The trip was planned by our friend, Hazana. Pada mulanya, kami nak pergi ber4. Lastly, ber3 je. Itupun, saya hampir hampir tak jadi nak ikut, sebab 31 Ogos 2025 anak saudara saya bertunang. Aci serba salah le pulak. Puas juga mencari orang nak ganti. Tapi malangnya, memang tiada yang dapat menggantikan. Lina memang nekad, burn ajelah duit yang dah di bayar. Saya pula, berbelah bahagi. Yang mana akhirnya saya pergi jua.
Agent dah bagitau dalam group dimana untuk berkumpul. Untuk info, ini kali kedua saya ikut mixed trip/joined trip. Pertama kali dulu, masa ke Korea, ikut kakak saya anjuran pejabat dia pada tahun 2013. Masa tu, macam tak berapa nak best, sebab maybe saya pernah pergi ke South Korea sebelum tu. And ada few places yang tak sempat kita nak cover semua. So, ini kira 2nd time ikut joined trip under Caravanserai Holidays.
Kul 5.30 kami gerak ke Putrajaya Sentral. Zana dengan anak dia Sara. Parked kereta kat rumah saya, and asben saya hantar kami ke PJS. Dari PJS, kami naik ERL ke KL Sentral. Naik ERL jam 06.02 pm and sampai KL Sentral 20 minit kemudian. Kami sempat singgah Money Changer dulu. And gerak ke Jalan Sultan Abdul Samad. Dekat dengan SK Brickfields. Bas di jangka berhenti berdekatan dengan Madrasathul Gouthiyyah Surau, Brickfields. Masuk waktu maghrib, solat dulu and then berkumpul di seberang jalan berhadapan dengan surau ni.
Those yang nak parking overnight, boleh park kereta kat sini. Tapi kami tak le...ada member in our group yang parked kat sini.
Seperti yang semua sedia maklum, sekarang nak masuk Thailand, dah takde guna Arrival White Card ya. Semuanya online sahaja.
INFO MASUK THAILAND :
Pengumuman Penting untuk Pelancong ke Thailand!
Mulai 1 Mei 2025, semua warganegara bukan Thailand yang memasuki Thailand diwajibkan untuk menyelesaikan Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC) secara dalam talian sebelum ketibaan.
Sila daftarkan diri anda dalam masa tiga hari sebelum ketibaan anda.
1. Log masuk ke portal: https://tdac.immigration.go.th atau gunakan kod QR.
2. Lengkapkan borang pendaftaran dengan butiran peribadi anda: nama penuh, kewarganegaraan, nombor telefon, alamat email, dan maklumat pasport. Sertakan butiran perjalanan: nombor penerbangan, tujuan perjalanan, dan alamat anda di Thailand (contohnya, hotel atau tempat tinggal).
3. Hantar borang - Selepas melengkapkan borang dalam talian, anda akan menerima email pengesahan ke alamat yang anda berikan.
4. Semasa ketibaan, tunjukkan email pengesahan dan dokumen perjalanan anda kepada pejabat imigresen di kaunter untuk pengesahan.
***Simpan QR CODE ini untuk mase depan!
#ThailandDigitalArrivalCard
Our tour guide leade - Zad. Maaf Zad, akak tepek la muka mu di blog ini...hahhaha. Zad ni sangat sporting and sangat bekerjasama. Info, details, jelas dan paham. So happy dapat guide macam ni. Very informative.
Gambar bas lupa amik. Masa pergi, kami dapat naik Executive Coach AZ Linear. Seat luas, ada tempat cucuk usb, kerusi sangat selesa.
Tepat jam 0830 bas yang kami naiki bergerak menuju ke Padang Besar. Segala penerangan diberikan dan selepas itu, lampu di tutup dan kami semua pun zassssss....lentuk....
Memandangkan masih ramai belum solat isyak (sebab ada yang tak boleh buat Jamak), bus berhenti di RNR Tapah. Dengan mata yang layu dan longlai, kami turun untuk solat. Masa diberikan pun tak lama. Untuk solat dan berhadas je. Then, kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar. 😆
TENTATIF PERJALANAN
HARI PERTAMA
8.00PM : Pendaftaran
8.30PM : Bertolak
HARI KEDUA
6.00AM : Solat subuh di Masjid Padang Besar. (Optional : Sarapan pagi nasi lemak dan air RM 5)
9.00AM : Urusan imigresen
10.00AM : Perusahaan Madu Lebah
11.00AM : Membeli belah di Nora Plaza
12.00PM : Membeli belah di Kilang Kacang
1.00PM : Makan tengah hari
2.00PM : Daftar masuk hotel
4.30PM : Floating Market
8.00PM : Free & easy
HARI KETIGA
8.00AM : Daftar keluar dan sarapan pagi
9.00AM : Chang Puak Camp
10.00AM : Lawatan ke Masjid Songkla
11.00AM : Samila Beach (Duyung)
1.00PM : Makan tengah hari steamboat
2.30PM : Bertolak ke Phattalung
4.00PM : Bergambar di Jambatan Ekachai
5.00PM : Melawat Napoke
7.00PM : Makan malam
8.00PM : Free & easy
HARI KEEMPAT
7.00AM : Daftar keluar & sarapan pagi
7.30AM : Menaiki sampan di Tasik Thale Noi
9.00AM : Shopping Barangan Rotan
10.30AM : Bertolak ke Danok
12.30PM : Shopping di Danok
2.00PM : Urusan imigresen
11.00PM : Dijangka sampai

No comments:
Post a Comment