Showing posts with label Kawah Putih. Show all posts
Showing posts with label Kawah Putih. Show all posts

Thursday, 3 July 2014

Saung Gawir

On the way balik dari Kawah Putih menuju ke Kota Bandung, kami singgah makan tengahari di Saung Gawir. Restoran ni berada di pertengahan jalan menuruni bukit untuk sekembali dari Kawah Putih. Saya andaikan memang in restoran kegemaran ramai. Sebab memang ramai para pelancung disini. 

Restoran Saung Gawir. Entrance ke depan sikit, ni sbb masuk bahagian parking




Sementara menunggu makanan yang lain sampai, kami dihidangkan dengan otak otak. Terpulang. Kalau makan, kena bayar berapa byk yg kita makan. Mungkin ada nama lain bagi makanan ini, yg sy tak ingat apa namanya. Tp rasanya exactly macam otak otak. Saya tanyakan kepada supir, kenapa berwarna putih. Katanya, yang berwarna oren kemerahan tu, sambalnya di gaul sekali kemudian dibakar. Yang ini, sambalnya berasingan. Dan juga di balut dengan daun pisang. Tak seperti yang kita temui di Malaysia, dibalut dengan daun kelapa. 

Sementara tunggu makanan. Nyaman pemanadangan di belakang. Di belakang tu adalah ladang stoberi
Saya punya..jus limau (nama lain di bandung saya tak ingat..hahaha..lupa ingatan memanjang)

Asben punya....hehehe. Ntah apa nama minuman ni. Ada rasa rempah. Manis manis pedas. 




Makanan dah habis...hahhahhaa...

Restoren dari depan.

Entry ni dah terlalu lama. Sampaikan saya dah lupa, berapa yang kami belanjakan untuk makan tengahari. Kali pertama ke Bandung dulu, supir bila di ajak makan, mesti menolak. Kali ni, bila ajak supir makan, dia laju je..hehe. Takde apa hal pada saya. Rezeki dia. 

Memang seronok berada di tempat tinggi dengan suasana sejuk dan nyaman sambil menikmati makanan di samping di jamu dengan pemandangan seluas mata memandang. Bertuahnya mereka mereka yang tinggal disini. 






Kawah Putih

Biasa kalau ke Bandung, orang lebih suka ke Tangkuban Perahu. Tapi bila membaca mana mana thread Bandung di internet, ramai pula yang suka ke Kawah Putih.  Kali ke dua ke Bandung, saya mengambil peluang untuk ke Kawah Putih.

Perjalanan ke Kawah Putih mengambil masa lebih kurang 2 jam dari pusat bandar Bandung. Perjalanan mendaki bukit, jalan yang berbelok belok dan tahap kesesakan yang melampau membuatkan saya pening disepanjang perjalanan. Mujur view gunung ganang yang menarik di sekelliling.



Byk nampak tanaman ni di tanam sepanjang naik ke Kawah Putih

Sesampai di kaki bukit untuk menuju ke Kawah Putih, kita mempunyai pilihan. Samada membawa terus kenderaan naik ke atas, atau menaiki public transport yang di sediakan, yang di namakan Ontang Anting. Untuk membawa kenderaan 4 roda naik ke atas, bayaran yang dikenakan (yg mana saya lupa berapa). Tp disebabkan kami hanya berdua, (sy dan suami), kami mengambil keputusan untuk menaiki ontang anting sahaja yang mana bayarannyer adalah sebanyak Rp50,000 per person.

Ontang Anting


Sudah beli tiket, kena ke tempat kontrol tiket ni. Ada satu machine kat situ, masukkan tiket, dan jalan. Ala...mcm kita naik LRT atau Komuter tu.....masukkan tiket, tolak penghadang, jalan terus masuk ke dalam ontang anting.


Sebuah ontang anting boleh memuatkan 13 orang. Bersempit sempit kat dalam tu, yang mana pada saya, satu seat tu sesuai memuatkan 3 orang jer. Tp depa sumbat selagi mau. Satu seat 4 orang, ada 3 seat, 12 orang. Seorang lagi duduk kat depan dengan driver..perghh...kalau lalu kat selekoh, xde ruang nak kona baring.. Jalan menuju ke Kawah Putih ni amat berliku liku, tetapi driver tetap menten bawak laju. Kita pulak yang susah hati bila berselisih dengan kenderaan lain.

Sampai sudah. Lelaki merenung ke arah kamera tu supir kami..hehehe













Yg ada di jual di sini, hanya lah serbuk belerang



Susahnyer nak amik gambar kat sini...ramai orang..


Jom turun, naik ontang anting
Ramai para pengunjung berkelah di sini

Antara kelainannyer di Kawah Putih ni, tiada penjaja yang menjaja barangan di merata tempat, tidak seperti di Tangkuban Perahu. Adakala kita boleh menjadi rimas, bila penjaja mula mempromosi barangan untuk di jual. Sekiranya mahu membeli apa apa, sila turun kebawah semula. Banyak gerai gerai menjual makanan, buah buahan, jajan dan juga souveniers.

Stoberi banyak di jual disini



Kami berada di atas, tidak sampai setengah jam pun. Tak tahan dengan bau belerang, walaupun tak kuat, tp still tak selesa. Dan juga orang terlalu ramai. Mungkin kerana hari ini adalah hari Ahad. Ramai yang datang berkunjung ke sini. Kebetulan saya pula masa tu sedang batuk batuk. Ada orang tak berani nak sentuh air, tp saya sentuh juga. Tak panas pun, kata supir yang membawa kami ke Kawah Putih. Tp memang tak panas. Maybe sebab kawah tu kawah mati. Lain dengan Tangkuban Perahu.

Selesai di sini, kami kembali semula ke Pusat Bandar Bandung, dan singgah di Cibaduyut untuk melihat barangan kulit sambil sambil mahu mencari jaket.

**Terlupa...semasa perjalanan ke Kawah Putih, kami singgah di Taman Kopo untuk membeli telekung. Kata supir kami, di sini telekung murah murah belaka. Tp saya cuma membeli 3 helai sahaja, kerana tak banyak yang berkenan di hati. Saya lebih suka membeli telekung di Pasar Baru.