Showing posts with label Seoul. Show all posts
Showing posts with label Seoul. Show all posts

Monday, 16 December 2024

Autumn in My Heart - Day 6

6hb November 2024 (Rabu)

Last day. Walaupun ada yang tidur, tapi kami managed to bangun awal juga...hehhehe. Masa ni agak kelam kabut dan kalut sebab takde orang kat kaunter reception. Kami dah risau tentang airport transfer kami. Rupanya ahjussi dah tunggu kat bawah dah....hahahaa. Sabar je lah kan. Beria kami dok cari contact number nak tanya pasal airport transfer. Orang Korea lagi punctual. So don't worry ya...

Dalam kegelapan, kami meredah jalan menuju ke Incheon International Airport. Jalan clear saja. Mungkin sebab tengah malam. Sampai je di epot, memang org belum ramai lagi. Kami mencari tempat wrap luggage. Akhirnya jumpa juga. Tak ingat dia charge berapa. Kalau dulu, saya rajin catat perbelanjaan. Kali ni malas le pulok...hahhahaa. Cuma tak puas hati juga cara orang tu wrap beg. Tak kemas. 

Lepas wrap bag, kami cari kaunter untuk check in. Since kami dah beli Fast Pass, kami tak perlu berbaris di barisan yang biasa. Terus je masuk kat barisan Premium / Business Class. Urusan lancar. Masa kami booked ticket, kami ambil seat dekat dekat. Tapi bila lepas checked in, Elise ngan Mashie dpt seat di bahagian depan. Manakala saya dan tika menten seat yang tertera. Macam heran juga....tp lantak le. Cuma kesian Tika sebab dia dpt seat tengah dengan strangers di kiri dan kanan. Padahal masa beli tix, samada mashie or elise di sebelah dia. 

Dah checked in luggage, kami terus je masuk ke ruangan boarding sebab nak cari tempat untuk solat. Masa ni saya dah rasa tak berapa sihat. Sedang berbaris, then Tika baru perasan botol air dia masih mempunyai air. Aaah sudah...nak buang botol tu sayang. Entah camner, dia ngan elise dpt idea utk buarng air tu....hahhahaha.....apa dia...rahsia...kekeek. Naya betul. 

Masa kat imigresen, pompuan tu dok raba raba saya. Sekali dia rasa saya punya girdle. Dia tanya, what is this. Sudah kena angkat baju lak dok tunjuk kat dia. Pastu dia dok raba, teraba buah rantai saya. Pun sama, kenala saya kluarkan buah rantai dari dalam baju. Sabar je lah...

Elok masuk kat dalam, kami cari surau. Ada surau kat Incheon ni. Jangan tanya, sbb saya lupa gate berapa. Kami jumpa masa on d way nak ke gate kami. Tapi ambil wuduk, kena ambil kat toilet ya. Tak jauh dari situ. Selesai solat, kami terus menuju ke gate. Mashie ngan Elise beli burger, tapi saya ngan tika takmau. Agak lama juga kami menanti gate buka. Saya makan ubat siap siap. Sebab dah rasa lain macam. Kebas kebas, sengal sengal macam nak demam. Since ada Fast Pass, tak perlu berbaris panjang. Masuk je perut kapal terbang, saya tido. Terjaga bila dapat makanan. Dah makan, tido semula. Masa ni, seat saya sebenarnya di tengah. Kemudian ada dua orang Korean (anak beranak kut), minta duduk dekat dekat. Saya pun beralih le ke tepi tingkap sbb saya ingat seat dia tepi tingkat. Rupanya tak. Seat dia kat belakang. Then datang sorang mamat (tak sure warganegara mana), bagitau seat dia tepi tingkap. Adoilaaaa..nnt org ingat saya saja ambil seat dia. Sib bek pompuan Korea ni bagitau, seat dia kat belakang dan minta mamat tu duduk situ. And mujur mamat tu tak kisah....

Touched down KLIA 2 dalam jam kul 2 gitu. Sebab ada Fast Pass, tak perlu berbaris. Cepat je kluar. Tapi bag pulak lambat keluar. Saya buat andaian sendiri, lainkali jangan check in luggage awal. Sbb bila checked in awal, bag lambat keluar...hahha...Sbb bag tu dah masuk dulu kan. So keluar lambat le... yang kluar dulu, bag bag yang masuk kemudian. 

Kami berpisah di KLIA 2. Tamat sudah trip huru hara...hahhaa. Takde lah huru hara sangat. Cuma tak well planned. Banyak tempat boleh pergi, tapi tak pergi sbb masa tu la baru nak google carik. But still, enjoy je....




Tuesday, 10 December 2024

Autumn in My Heart - Day 5

5 November 2024 (Selasa)

Hari ke 5 di bumi Seoul. Harini plan untuk ke Bukchon Hanok Village. Kami bersarapan di Sechawan Cafe. Cafe yang kami jumpa semasa mencari guest house.  Masing masing order makanan kegemaran. Nasik lemak ayam goreng, nasi lemak rendang daging, english breakfast, 

English breakfast tu sebenarnya tersilap. Elise nak english breakfast for tea. Tp chef pi buat Set English Breakfast. Dek kesian sbb mende dah ada, kami accept je and makan beramai ramai walaupun dah order ala carte tuk masing masing. 

Memang rezeki hari ni, bertemu dengan owner Sechawan Cafe. Dan mashie berjumpa dengan student yang pernah dia jaga masa dia kerja kat Kedutaan Seoul. Panjang le cerita depa...

Selesai makan, kami pun menuju ke Buckchon Hanok Village. Kami ambil Subway Line 3, Anguk Station, Exit 3. Agak jauh juga berjalan dari Exit 3 ke Bukchon Hanok Village ni. Tapi sebab cuaca sejuk, maka okay aje lah...berjumpa dengan petugas berbaju merah. Maka kami bertanya kepada mereka.....

Kami jumpa kedai sewa hanbok. Since tak byk pilihan, kami masuk je mana mana kedai. Agak mahal juga. Tp belasah je lah. Trip ni memamg takde berbajet bajet sangat. Redah je. Actually, dah penah pakai masa kat Gyeongbukgong dulu. Tika pun mulanya taknak pakai juga. Elise pujuk pujuk, sbb Elise sorang je yang belum pernah pakai hanbok, last last mengalah gak Tika...heheheh

Bukchon ni kawasan perumahan. Jadi nak masuk pun kena la senyap senyap. Takleh buat bising. Infact ada petugas kat dalam tu, yang jaga. Kami jumpa geng dari Jepun....4 gadis manis. Secara tak sengaja terbising le pulok...hahhha. Pastu kena tegur ngan penjaga kat situ...sabar je lah kan. 

Tapi macam tak best pulak dah macam tu, Area tu cantik. Banyak rumah rumah traditional. Tapi tula...memang kena berhati hati hati. Kami pun tak lama. Pusing pusing dalam tu, ambil gambar dan pulang kan baju. One thing, kat kedai sewa hanbok ni, sewa unlimited. Maksudnya, tiada timing. Pakai le sampai petang. Kalau di Gyeongbukgong, rental pe hour. Sebab tu mahal kut. 

Selesai di Bukchon pergi ke Yang Good BBQ Lamb. Akhirnya....setelah beberapa hari tak berjaya untuk ke sini. Semasa menaip ni pun masih terasa rasa kesedapan grilled meat di sini. 

Ini kiranya macam hari terakhir juga lah kami di bumi Seoul. Kerana kami harus bergerak ke airport jam 2.00 pagi nanti. Jadi, kami pun menghabiskan sisa sisa Won yang ada. Selesai makan, kami balik ke Guest House dulu. Dan kemudian kami keluar semula untuk membeli apa apa juga barangan yang di perlukan. Saya membeli jajan di Myeondong. Kemudian membeli Coffee Ediya di Daiso. Ramai orang di Daiso. Nak tunggu lift mmg lama. Saya naik tangga sahaja dengan bawak barang berat...adududu... kemudian turun pun menggunakan tangga. 

Kami berpisah mencari haluan masing masing. Pandai pandai le cari jalan balik. Tapi saya memang risau bila jalan sorang sorang ni. Masa ni dah tak larat. Risau sungguhlah saya. Sebab jalan sorang sorang. Dalam kepala, mula fikir bukan bukan. Sbb barang berat....nak sampai ke Guest House tu pun terasa lama...Selepas beli coffee di Daiso, saya masuk Myeongdong Underground, beli bahulu pula utk di bawa pulang ke Malaysia. Mula beli satu kotak, tapi sebab nak habiskan KRW, saya beli lagi satu kotak....

Kemudian saya kembali ke Namsan Forest Guest House. Saya ingat saya paling lambat. Rupanya Tika pun belum balik...hahaaha. Banyak betul memborong. Sesampai di GH, kami berkemas barang barang semua. Sempat juga tido sekejap. Airport transfer dah booked awal awal. 





Friday, 6 December 2024

Autumn in My Heart - Day 4

4 November 2024 (Isnin)

Isnin 04/11/2024. Seawal pagi, selepas subuh, kami mula bergerak menuju ke Yejang Terminal Bus. Tour guide, Mr Park, dah masukkan tika dalam group and dah bagi instruction macamana nak ke Yejang Terminal Bus ni. Dari Namsan Forest,kami just berjalan terus menuju ke Daiso dan ambil ke kiri. Mashie memamg pernah ke Yejang Terminal Bus ni, jadi takde masalah. Sampai disisi, dah ramai yang menanti. Mr Park memberi penjelasan serba sedikit tentang tour ni....dah juga pros and cons bila bersama sama bergerak dalam kumpulan. Peringatan untuk semua, untuk terus duduk di tempat yang dah dipilih dari mula dan jangan tukar tukar. 

Perjalanan ke Mount Sorak lebih kurang 3 jam dan hanya berhenti di R&R sekali sahaja. Pada waktu pegi, Mr Park cuma benarkan 15 minit sahaja kerana tidak mahu buang masa. Agak bosan juga dengan Mr Park ni....hahhaha. Bercerita pasal Mount Sorak yang tidak begitu menarik minat kami. Kami lebih suka rehat dan tidur sahaja....hahahha. Bila orang tido, dia dok suruh wake up wake up...sabor je la

Bas berhenti agak jauh dari entrance ke Mount Sorak. Mungkin sebab banyak kenderaan kluar masuk. Untuk memudahkan keadaan, elok le bas berhenti jauh dan kami cuma jalan kaki sikit sahaja. Mr Park memberikan beberapa arahan. Cable car untuk group kami akan berlepas pada jam 1200 tengahari. Jadi kami makan dulu, dan berkumpul semula di tempat yang ditetapkan pada jam 1200 tengahari. Pada sesiapa yang nak ikut temple tour, kena berkumpul pada jam 1.45 tengahari di tempat yang di tetapkan. Pada yang taknak, boleh free and easy dan jumpa semula pada jam 2 petang. 

Kami mencari tempat yang sesuai untuk makan dahulu. Mee segera goreng, nasi segera, sambal ikan bilis segera...semuanya segera. Tapi sejuk sejuk ni, memang sedap je sambil menikmati pemandangan cable car berjalan. Usai makan, kami masuk untuk menaiki cable car. 

Sesampai diatas, pokok pokok dah togel belaka. Dah macam winter lak. Tapi cuaca sangat baik...jadi pemandangan pun cantik juga lah. Kami mendaki hingga ke atas, tapi tak lama, dan turun semula. Memandangkan kena berkumpul jam 2 petang, kami mencari tempat untuk solat di bawah. Cuaca sejuk dan angin agak kuat. Kami cuma bersiar siar sekitar bahagian hadapan sahaja. Actually, kalau masuk lagi kedalam, lagi banyak tempat tempat menarik. 

Jam 2 petang, kami bergerak menuju ke tempat bas. Dan kembali ke Seoul. Kali ni, bila berhenti di R&R, Mr Park bagi peluang lama sikit. Tapi saya tak turun pun. Tido lagi sedap...hahhhaha...

Bas menurunkan semua penumpang di Hongik Station. Kami mula memikirkan nak makan kat mana. Cepat cepat google, jumpa satu restoran Halal iaitu Iftar Halal Food Korean. Puas juga menggugel mencari, tapi sebenarnya senang je...hahha. Sabar je la kan. Dari Hongik Station, Exit 3. Keluar dari exit 3, jalan terus ke depan. Jangan pergi ke Main Road. Jalan dalam 100m gitu, ada simpang  ke kiri. Masuk simpang tu, jalan ke depan lagi akan nampak signboard Iftar Yang saya ingat sebelum simpang tu, ada pharmacy. Halal Korean Food sebelah kiri. Agak confused sikit...jalan masuk nya. Tapi takper....takkan sesat...hehehe

Makanan di Iftar Halal ni, biasa je pada saya. Tak cukup Korean. Pelajar Malaysia yang jadi tukang masak dan juga pekerja. Mereka ni bukan orang yang sama. Bersilih ganti.  Ramai je Malaysians makan kat sini. Selesai makan, kami kembali ke Myeondong. Sempat lagi menjamu mata di Myeondong Underground Shopping Centre. Macam macam di beli. 

Esok last day di Seoul. Plan nak ke Bukchon Hanok Village untuk memenuhi permintaan adik kita Elise sebab tak pernah pakai hanbok.