Hari kedua berada di Bandung. Seperti yang dicadangkan oleh Redza semalam, hari ini kami menuju ke Tangkuban Perahu. Saya tidak pasti berapa lama perjalanan ke Tangkuban Perahu, kesemua dari kami tidur sepanjang panjang perjalanan. Sedar sedar, kami terasa cuaca sejuk. Rupanya Redza bukak cermin kereta dan tutup ekon. Cuasa sejuk datang dari luar. Untuk masuk ke sini kami membayar RP75,000 seorang untuk 6 orang sahaja. Hafiy masuk percuma. Sepanjang perjalanan naik keatas, kami mula terhidu bau belarang dari kawah di Tangkuban Perahu. Busuk...hehehe..Semasa didalam kereta sekali lagi Redza berpesan supaya tidak melayan penjaja penjaja yang datang menjual barangan.
Sampai diatas, ramai sungguh orang. Mungkin hari sabtu kut. Dan ramai penjaja penjaja mula datang menjual barangan mereka. Ada yang menjual souvenier, buah rasperry, stobery dan blueberry, dan berbagai bagai lagi...saya sempat membeli rasperry dan blueberry. Itu pun sbb penjaja tu dok mengekor kitaorang tanpa jemu. Di kawasan yang agak kurang penjaja, baru saya berani membeli..haha..takut kena serbu lak nanti.

Banyak barangan hiasan, pakaian, cenderamata di jual di sini. Selesai di Tangkuban Perahu kami meneruskan perjalanan ke Lembang Floating Market. Sebelum itu, kami singgah dahulu di ladang teh berhampiran dengan Tangkuban Perahu.
Dan juga singgah di Ladang Strawberry. Nak petik stobery pun boleh. Tp anak anak saya kata...Takyah lah bu. Nak petik stobery kat Cameron Highland je lah..hahhaa..tak sama nak oiii..CH lain, Bandung lain. Disini ramai betul orang menjaja jaja. Pantang berhenti seketika. Meluru jer mereka ni datang nak menjual barang. Rimas plak rasanya. Kami singgah sekejap je pun.
Semasa nak ke ladang strawberry, kami nampak kumpulan menaiki kuda beramai ramai di jalanraya. Siap ada org jaga jalan lagi. Kami tanya redza...ada apa perayaan. Redza kata, kumpulan tu adalah meraikan budak budak nak bersunat. Waala...siap naik kuda bagai. Kuda pula di hias. Menarik...
![]() |
| Buah ni masam...kata pak supir, penjaja rendam dengan air gula dulu.. |
![]() |
| Gambar google |