Wednesday, 13 March 2013

Kek Gula Hangus aka Kek Sarang Semut

Yang sebenarnyer akak dah mencuba resepi ni byk kali...hahahhaa...Tp asiklah tak menjadi. Bukan tak menjadi kek. Jadi tu jadi..sedap tu sedap...tp rupa paras tak menjadi cantik....So moralnyer...ikut resepi betul betul..Kalau rasa tak pandai masak cam akak, takyah memandai mandai..hahaha....Rupa paras kek akak tak menjadi cantik, sbb kekonon nak wat experiment sendiri ler tu......Resepi ni kawan akak yang bagi.....Kanda Dinda Confectionery...



Hasil sarang semutnyer takdan nak snap..hahaha....Cepat nau abis. Potong jer abis. Potong jer abis....potong jer abis...bila masa nak snap gambo..Tp leh tengok hasilnyer juga kat blog MASMOHAZ.  Resepi yang sama...takde ubah ubahsuai.......dah geng yg sama ler katakan. Memasing cuba resepi yang sama..

Ni resepinyer....follow betul betul....jgn derhaka tawwwww.........hahhahhaa

KEK SARANG SEMUT aka KEK GULA HANGUS

Bahan - Bahan:-
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar butter (unsalted)
4 biji telur gred A
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum diayak
2 tsp soda bikarbonat diayak
1 tsp essen vanilla

Cara Penyediaan:-
1)  Goreng gula tanpa minyak dengan api dapur sederhana kecil sehingga cair
2)  Masukkan air panas. Gaulkan sehingga sebati sekiranya masih ada sisa sisa yang belum cair.
3)  Masukkan butter dan gaul sebati. Tutup api dan biarkan seketika sehingga sejuk
-----------
4)  Pukul telur hingga kembang
5)  Kemudian masukkan susu pekat. Pukul hingga sebati
6)  Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang telah diayak tadik. Pukul hingga sebati.
7)  Masukkan esen vanilla dan gaul hingga sebati.
-----------
8)  Kemudian masukkan gula hangus tadi kedalam bancuhan tepung dan gaul sebati
9)  Perapkan adunan selama 3 - 4 jam (bertutup) bagi mendapatkan sarang yang cantik.
10) Bakar selama 60 minit dengan suhu 160'C.

Nota:
:: Kalau tak ada mixer, boleh guna blender
:: Kalau tak ada oven, boleh kukus selama 1 jam 45 minit (Akak kukus ya...malas nak bukak oven)
::Jangan lupa sapukan butter & letak kertas minyak pada bekas yg digunakan untuk bakar atau kukus

Selamat Mencuba
^_^
KDC | Chocolates.my

Tips; Untuk dapatkan sarang yang cantik, makesure air gula tu betul betul sejuk..




5 comments:

  1. Salam,
    Nampak sedap. kalau dapat rasa mesti sedap jugakkan.Akk penah try bakar kek guna microwave oven tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak penah guna microwave oven..sbb takde pun..hehe..oven biasa ada le..cubaler resepi ni..sedap gakk..

      Delete
  2. mak saya tana,jika tidak letak susu pekat adakah kek sarang semut itu akan jadi?(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..maaflah..tak pasti plak yang tu..sbb saya cuma ikut resepi yang ada..

      Delete