Showing posts with label Makan Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan Makan. Show all posts

Wednesday, 7 November 2018

KL Fabulous Food Hunt 2018 - Clue & Task

CLUE & TASK 

CP 1
A burgers place is where you need to locate. Read YAW from behind, BACK, now the clue is perfect. 86 is your lucky number

YAW from behind = WAY
BACK = BACK
86 = No of the restaurant located. Because Way Back has many branches

Answer:  Way Back Burger, No. 86, Wisma Lim Foo Yong 

CP 2
Located in Bangsar, definitely a nice place to dine. When you remove K, from the the name, Negeri di Bawah Bayu' you can find

Negeri di Bawah Bayu = Sabah
Find restaurant near Bangsar = Kasbah, remove the K the answer will be Sabah

Answer:  Restoren Kasbah, Jalan Maarof, Bangsar 

CP 3
Literally, this Middle East Restaurant located some where in 'Star Hill', I am sure. When you re-arrange the name and say it twice, a 'Spider' will appear. Find the '2nd

Star Hill = Bukit Bintang
Spider = Labah  Labah
Find the 2nd = Labah
Re- arrange = Halab

Answer:  Halab Restaurant, Bukit Bintang

CP 4
Go to 1 Mont Kiara search for MAKANAN SEBENAR. See you there.

Makanan sebenar = Real Food
1 Mont Kiara = the location

Answer:  Real Food, 1 Mont Kiara

CP 5
Located in Chow Kit which is pretty near. 'SEVEN T 9, this restaurant name, sound similar

Seven T 9 = 7 T Nine (sound similar)
Chow Kit = location

Answer:  7 T Nine Bar & Cafe, Chow Kit

CP 6
A coffee placeis the next location you need to go. The name is associated with a 'COLOUR SYSTEM'. A clue you need to follow. It's always 'PEACEFUL' here.

Answer:  RGB, Jalan Damai 

CP 7 
The next location is in a PLAZA. KADAR IA you've got to re-arrange the word to be able to find it. If you like to eat fish, you might get lucky. It best served in a bowl. Enjoy!

Plaza Kadar Ia = re arrange will be Plaza Arkadia
Fish served in a bowl

Answer: The Fish Bowl, Plaza Arkadia

CP 8
"AN OLD NAME OF SRI LANKA" restaurant and bar, it's called. Search for one name that ends with B, you shall. Located somewhere along Jalan Tun Razak, another clue for all

Old name of Sri Lanka - Ceylon

Answer:  LG Serendib Restaurant & Bar, Ceylon Tower 

Once you're done with the task at all restaurant, you must we-fie IN FRONT OF THE RESTAURANT and post the photo on INSTAGRAM with HASHTAG #XXX (restaurant's name). Show to the Marshall and claim you "COMPLETED" stamp!

Task for PHOTO CLUE

T1
Take a we-fie of your team inside MRT/LRT with a passenger. Make sure he/she wears the same color T-Shirt as yours. SMILE. Post the photo on one of your members' FB and get 25 LIKES. Hashtag #VISITKL #KLFFH. Show the FB post to Marshall at CP9 to get your stamp.

T2
Take a we-fie photo of your team with this background. Post the photo on one of your members' FB and get 25 LIKES. Hashtag #VISITKL #KLFFH. Show the FB post to Marshall and CP9 to get your stamp.

T3
Take a we-fie of your team inside a RAPIDKL BUS with 2 passengers. Smile! Post the photo on one of your members' FB and get 25 LIKES. Hashtag #VISITKL #KLFFH. Show the FB post to Marshall at CP9 to get your stamp.























Monday, 19 February 2018

Neka Cafe

17 February 2018

Kesian anak anak mereput kat umah. Jom kita jalan jalan cari makan. Actually, bab jalan jalan cari makan ni biasa sangat dah. Cuma kengkadang akak malas nak haplod kat blog. Rajin haplod kat ig je...hahhaha.

Google je lah kat mana nak gi makan makan ni. Actually saya pun tak tau nak makan kat mana. Then anak no 2 sajes makan di Neka Cafe ni. Okay..moh kita. 

To me, okaylah food kat sini. Tapi service a bit slow. Berjinggut tunggu makanan sampai. Nak order, kena order kat kaunter ya. Takde orang amik order kat meja. Depa bagi menu je. Pastu pilih and sila ke kaunter. 

Kami ber7, saya order Neka Sejoli kongsi ngan asben. Air pula honey lemon tea, sweet corn, root beer dan ice cream soda. Si sulung order apa ntah...hahhaha. No 2 and no 4 order nasi putih with tomyam merah. Harga boleh le. Takde le mahal sangat. Makan ber7 kenalah dalam RM140.00 gitu. 

The rest takde komplen. Cuma lambat dapat makanan je lah. Air hampir hampir nak habis, baru makanan sampai. Knowing anak anak hakak.......suka perabis minuman.

Neka Cafe
My little bam bam dengan spageti carbonara dan juga kentang goreng. Abaikan mak yg mendongak tu
Spageti carbonara
Neka Sejoli 
Neka Sejoli ni untuk 2 orang makan. Ada 2 nasi putih, semangkuk tomyam merah, semangkuk sayur campur, ayam macam masak paprik, sambal ulek dan dua keping telur dadar. Puas makan sebab telur dadar nyer besar. 

Si sulung punya, tak ingat nama
Untuk si no 3
No 2 dan no 4 punya, tiada dalam gambar. Sebabnya tak sempat nak ambil gambar, depa dah bedal dulu. Kelaparan al kaedahnya....hehhhe. Saya rekemend kedai ni. If tak kisah menunggu. Kecil je cafe nye, boleh memuatkan dalam 20 - 25 orang macam pada satu satu masa. Ada juga dessert seperti velvet cake, pandan cake juga tart chocolate. Kalau suka suasana cosy, bolehlah datang sini....Pada masa kami datang, ada orang celebrate birthday.

Untuk info selanjutnya boleh ler masuk FB: Neka Cafe. IG: nekacafe. Kat mana Neka Cafe ni...Neka Cafe kat sini ya...Address9-G, Jalan SS15/8B SS15, 47500 Subang Jaya, Selangor






Tuesday, 12 December 2017

Sukiya - Paradigm Mall

10 Disember 2017 (Ahad)

And again on the 10th December 2017, we #guj #gengukurjalan bergeder geder lagi. Kekonon buat exchange gift. Kang sebut buat ala ala Secret Santa, kena kecam lak ekk..hahhaa. Kami anggap ini adalah Exchange Gift antara sesama kami yang baru berkenalan ni. Memasing dah bagi list kepada si pemberi hadiah. Tapi tak tau sapa lah pemberi hadiah tu. Nanti kita teka ajalah ye...konon...hahaha. Saya minta sesuatu yang senang je. Memory Card for Handphone...hehehe. Banyak gambar nak di savekan. 

Our venue kali ni adalah Sukiya Paradigm.Tak abis abis...weder Korean Food or Japanese Food. Suka sesangat. 







Saturday, 14 October 2017

Hwa Ga Restoran, Empire Damansara

22 Oktober 2017

Mencari Restoran Korea Muslim Friendly. Berikut saya cadangkan silalah ke Restoran Hwa Ga yang terletak di Tingkat 1, Empire Damansara, Petaling Jaya. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis makanan Korea asli secara buffet dan juga ala carte. 

Ini lah yang kami pilih semasa saya bersama sama #guj #gengukurjalan bersuka ria menikmati makanan Korea disini. Makan sekenyang dan sepuas hatinya. 




Apa yang menarik tentang restoran ini ialah mereka juga menawarkan 'Ala Carte Buffet, berkonsepkan ' Eat All You Can' dimana anda perlu memesan hidangan ala carte ayam pada menu mereka dalam 3 perisa. Waktu makan tengahari:  11 pagi hingga 3.00 petang, untuk Makan Malam: 5.00 petang - 11.00 malam. Harga adalah berbeza bagi setiap sesi. 


Kami pergi seramai 8 orang. Pada mulanya hanya mahu memesan 'Ala Carte Buffet' untuk 4 orang manakala yang lain memesan secara ala carte. Tetapi tidak boleh ye...hahhaha. Macam tau tau je nanti yang 4 orang ni akan menumpang makanan another 4 orang tu. Kekonon nak buat konsep sharing is caring la tu...hahaha. Bijakkk...bijakk sangatlah...








Thursday, 11 May 2017

Mini Reunion

10 May 2017

On Wesak day recently kembali bertemu kengkawan sama sama belajar di ITM Kota Bharu, Kelantan juga kengkawan sealiran dari ITM Kuantan, Pahang (Batch saya ITMCK 88, kemudian kami di tukar ke Kuantan, Pahang). Saya dah lama tak ketemu mereka mereka ni semua. Ada yang tak jumpa langsung lepas tamat pengajian. Saya juga bukan jenis orang yang rajin mencari kawan kawan. Tapi atas inisiatif kengkawan seperti Sherry, Zana, Hani, Tini, (saya namakan a few), maka tercetus ler idea untuk berjumpa jumpa. Some of them memang dah biasa sangat berjumpa. Silaturrahim antara mereka memang berpanjangan dari saat tamat pengajian hingga sekarang. 


I put this story in my blog, sebab saya mahu mengenangkan kembali zaman zaman remaja. One day, I might forget. So if I read this again, then maybe I will remember. Saya taklah rapat dengan semua orang. Cuma several people je. Tapi demi usaha kengkawan, saya gagah juga untuk hadir. Tak ramai sebenarnya. Dalam 11 orang gitu. Hani, Nor, Sherry, Zana, Tini, saya (ITMCK), manakala Erra, Noriah, Mawar, Yati, Rose dari ITMCP Kuantan. Siapa lagi eh....

Yang hadir
Konsep potluck. Masing masing bawak makanan. Macam macam ada. Lemang, rendang, spageti, victoria sandwich cake, roti kapit sardin (tak tau nama hehehhe), bingka, choc cupcake, serimuka, laksa...walllaa. memang meriah makanan. 

Rendang Erra memang superb. Begitu juga dengan Mini Red Velvet Cake. Bronies Rose, Puff Zana, Laksa Sherry, Lemang Noriah, Sandwich Cake Noor, Serimuka Tini, Cupcake Yatie, Spageti Hani...perghhh..buntang makan. Saya bawa spageti oglio bukan masak sendiri....(banyak lagi makanan lain yang tak berapa nak ingat)

Sapa penah makan laksa ngan fish cake. Org Perak je buat gitu hehehe





The best ever - Mini Red Velvet
We enjoyed. We chit chatting sambil mengenang ngenang masa lalu. Macam biasa, bila terlalu lama tak berjumpa, terlalu banyak stories mories yang nak di sampaikan. Adakala bercakap pun sampai bersimpang siur. Cross over.

Moga silaturrahim terus berpanjangan. Walau mungkin dahulu kita tidak serapat mana, moga kali ini persahabatan terus dapat di eratkan. Gembira mengenali uols.




Tuesday, 17 January 2017

Mango Six

Bila sesuatu viral di FB, maka keinginan untuk mencuba sudah pasti ada. Dan akhirnya kami sampai ke sini...hahhaha.  Tak dapat try Mango Six kat Korea, kat Puchong pun jadilah ya....As usual, The 6 Hardcore Ladies menerjah Mango Six (walau tak cukup korum). Lain kali kita pergi togeder geder ye Airin, Shieda and Along. Hari ni ai bersama Dahlia dan Nurul jer..hhehehhe...

Location:
The Cube
No. 11, Jalan  Puteri 7/13A, Bandar Puteri, Puchong, Selangor
Opening Hours:
Sun - Thur
0900 am - 1200 am
Fri - Sat
0900 am - 0100 am

Sedap ker.....hmmm..it depends on tekak masing masing. Kami mencuba yang mango base. Tak manis sangat, tapi creamy. Bila lemak berkrim ni, di makan bersama mango yang sweet sour tu, just nice (pada saya la)

Menu kami hari ini: 


Sementara menanti




TS Caramel Almond

Mango Baumkuchen

Waffle Mango

JC Mango Tango

Caramel Machiato

Caramel Machiato, JC Mango Tango, Waffle Mango, Mango Baumkuchen & TS Caramel Almond

Mango Baumkuchen

TS Caramel Almond, Waffle Mango & Mango Baumkuchen

Caramel Machiato & JC Mango Tango

TS Carameal Almond

Waffle Mango
Saya suka TS Caramel Almond. Roti yang di salut karamel dan di bakar agaknyer..hahaha...wallhualam. Sbb keliling roti is bit crunchy.. And diletakkan whipping cream diatasnya disamping beberapa almond disekeliling semasa dihidangkan.. Memang amat creamy and not too sweet. Manakala Mango Baumkuchen pula adalah sejenis kek diletakkan bersama whipping cream, icecream dan hirisan mango. Waffle Mango juga dihidangkan bersama hirisan mango, ice cream dan whipping cream....hmmm...lemak berkrim...disukai ramai. 

Bukan semuanya mango base semata mata. Ada juga strawberry + mango, green apple, lemonade, berries dan juga kiwi. Cheese pun ada tu...hehhehhe. 









Monday, 27 June 2016

Porridge & Kimchi

Sejak dua menjak asyik ke Korea jer, kimchi dan saya takleh dipisahkan le pulak...hahhaha. Saya jadi jatuh cinta plak ngan makanan Korea. Dua kali belajar buat kimchi. Tak pandai pandai gak...tatau ler. Dek kerana dah penah belajar, maka saya membuat stok kimchi tuk diri sendiri. Tak payah nak beli lagi kan. Kimchi pun mahal. Sekali beli boleh dua kali makan je. Sekali buat...menimbun dalam bekas. Ni kemaruk kimchi la ni. 




Ini adalah hasil hasil kimchi yang pernah saya buat sebelum sebelum ni. Skrang ni cuba buat kimchi lobak putih. Tak tau ler boleh makan ke idak..hahhaha. Kalau tengok rancangan What Shall We Eat Today, macam macam jenis kimch bleh buat. Daun bawang pun boleh di kimchi kan.

Ni buat untuk pertama kali

Ni buat sebab ada kekawan nak. Buat jer lah. Rasanyer..hhehe..sedap pd saya, lom tentu sedap pd org lain...
Resepi kimchi....gugel je la yer.....kalau ikut style saya, saya gunakan apa yang pernah saya belajar masa ke Korea pada tahun 2013 dan tahun 2015




Sunday, 18 November 2012

Popiah Glass

atau di kenali dengan nama Vietnamese Roll

Akak mula makan popiah ni, bila ada sorang kawan akak menjualnyer. Emak dia from Cambodia...jadi memang tau lah makanan asal usul orang Vietnam ni. Pertama kali akak makan, akak suka. Sedap....mmg sedap. Dan pada akak, its a healthy food. Sebab isinyer sayur sayuran  + isi ayam + isi udang.

Akak pernah tertengok kat chenel Travel kat Astro berkisarkan tentang popiah ni. Bagaimana cara kulit nyer di buat.  Setelah akak makan, akak rasa boleh buat sendiri. Yang penting kena ada kulitnya. Maka bermulalah edisi mencari...jalan jalan cari bahan...hahahhaa...

Akak pergi TMC Bangsar (adik badik Giant ni..so rasanya kat Giant mesti ada). Cari punya cari punya cari..maka akak terjumpa lah ini....yang mana akak pasti, inilah kulit popiah glass ni.




Satu paket ada 20 keping. Perghh..puas makan.

Beginilah rupa Vietnamese Rice Paper sebelum di rendam.

Gambar ehsan gugel. 


Ini pula hasil setelah di roll...hahha..






Ni adalah bahan bahan yang akak gunakan dalam vietnamese roll ni.

Daun selasih
Timun
Soon
Karet
Ayam (direbus)
Salad

Sebab sendiri buat, segala galanya akak letak byk byk...hahaha..esepcially daun selasih. Sedap rasanya.

Tp kalau di lihat pada kulit belakang paket Vietnamese Rice Paper ni, resepinya agak berbeza. Tapi tak kisahlah. Ikut citarasa masing masing.




Notakaki:  Nak rendam vietnamese rice paper ni tak perlu lama. Walaupun setelah di rendam, nampak macam keras lagi, tapi takper. Sebab nanti ia akan lembut. Dan kena handle with care. Vietnamese Rice paper ni sgt lembut....senang ter koyak.