Tuesday, 26 May 2026

Day 1 - Istanbul - Bolu - Ankara - Cappadocia - Pamukkale - Bursa - Istanbul

Day 1 (1 November 2025 - Sabtu) - 

Istanbul - Bolu

Actually, 31 Oktober tu, kami dah kena berkumpul di KLIA. Trip ke Turki kali ini saya and friends mengguna ARBA Travel. Dah usia cenggini, aci malas nak study. So kita ikut je la agent. Sonang gitu. Sepatutnya kami pergi ber4. Kak Zu tarik diri last minit. Tinggallah kami bertiga sahaja. Saya, Lina dan Ana. Flight ke Turki jam  0.15 pagi (01/11/2025). Perjalanan 7 jam 20 minit transit di Dubai selama 5 jam. Dijangka tiba di epot Dubai jam 04.45 pagi. 

Gather at KLIA - Berkumpul di KLIA, wakil ARBA sudah menunggu dan memberikan penjelasan tentang perjalanan. Tour guide dari Malaysia bernama Dee. Happy go lucky person, sangat peramah dan sangat mengambil berat. Very lively person. Selepas penerangan, masing masing bawak diri masing masing dan di jangka berkumpul semula utk check in. Kami menaiki Emirates Airlines.


Kami mendapat seat di tengah tengah. Selesa juga. Sebenarnya, hp saya ada masalah, all gambar trip ke Turki gone. So, mana yang ada saja lah boleh share. Saya selalu kena ingat, bila tengok gambar. Tengok gambar, baru ingat kejadian. Since flight tengah malam, mata memang nak tido je lah. Waktu served makanan pun, dah rasa macam waktu sahur. Food sedap, tp selera tak berapa nak ada. Tido lagi sedap. 


Lebih kurang jam 04.45 pagi, kami selamat mendarat di epot Dubai. Selepas melepasi imigresen, tour guide sekali lagi memberikan penerangan. Di mana nak solat, di mana nak berkumpul. Our next flight ke Turki jam 10.15 pagi. Kami solat secara bergilir gilir. Sebab nak tunggu barang masing masing kan. Masa ni, kami belum lagi buat ice breaking. So mmg tak berapa nak kenal sangat la ngan ahli jemaah yang lain. Lebih kurang 20 orang semuanya. Masing masing buat hal masing masing. Selesai solat, kami cari port utk lepak. Jemu juga menunggu dalam masa 5 jam. Nak makan di epot Dubai, mak aiih.. mahal kedaung. Ana sempat mencari perfume. Tak memasal kami borong perfume kat epot Dubai...

Jam 10.15 am, kami berlepas ke Istanbul. Tiba di Istanbul jam 2.25 petang. Tour guide Turki sudah menanti. Dee membawa kami terus ke tempat di mana bas menanti. Dan kami meneruskan perjalanan ke Bolu for another 3 hours. Kematu bontot weh...hahaaha. What a hectic day. 

Singgah kat one of the stesen minyak on the way ke Bolu. 

Setiba di Bolu, kami terus dinner. Dinner di Turki memang tak kena dengan tekak saya. Walaupun ada roti, ada buah buahan, manisan, buah kering dan pelbagai jenis cheese. Baru 1st day dah tak lalu makan. 

Pada saya, Bolu ni kawasan outskirt yang jauh dari hiruk pikuk bandar besar. Suasana tenang dan damai saja. Since kami sampai dah gelap, tak byk yang dapat kami lihat di Bolu. Tambahan pula, gambar gambar yang saya ada byk yang hilang....huhuhu...

Kami mendapat bilik untuk 3 orang. Masuk je bilik, memang penat tak tau nak kata apa. Mandi manda, selesaikan apa  yang patut then kami tido. Esok pagi kena bangun awal. 

Untuk pengetahuan, pemberitahuan masuk waktu solat di Turki berbeza ya. Akan ada dua kali azan. Kali pertama, azan masuk waktu solat. Kali kedua, azan untuk memberitahu waktu solat hampir tamat. Jadi jangan keliru. Sebab kami pun keliru. Sampai ada yang solat dua kali kerana tak yakin. Sabar je lah. 

Esok pagi kena bangun awal.





No comments:

Post a Comment