08 April 2016
Ini adalah kali pertama saya menaiki Malindo Air ke Kota Kinabalu. Sepatutnya kami menaiki Rayani Air. Jam 2.48 pagi kami mendapat sms dari Rayani Air mengatakan Flight di batalkan. Haru sungguh. Masa tu kami dah on the way ke airport. Dalam perjalanan ke airport tu baru perasan ada sms dari Rayani Air. Walau dah dpt sms, tak puas hati gak. Tetap singgah di KLIA2 and pergi check, betul ke idak penerbangan di batalkan. Kaunter pun tak bukak u...haru...Mujur flight pergi sahaja, manakala flight balik kami ambil MAS. Kekonon nak try sangat nak Rayani Air kan....meROYAN jadiknyer..
Alhamdulillah saya memilih Malindo Air. Sekurang kurangnyer anak saya taklah bosan dalam kapalterbang. Ada juga flight entertainment yang boleh depa tengok. Main game or tengok movie. Tu pun masa kat bawah dah asik mengaruk kenapa lambat sangat.....Saya cuma pernah naik MAS dan AA jer utk penerbangan dari Malaysia manakala Eastar Jet semasa di Korea. Jadi bila dpt naik Malindo Air...jakun...hahhahha. Sedangkan orang lain dah macam macam airlines dapat di cuba...
Bagus Malindo Air ni. If sesaper nak mencuba ke lain lain destinasi dan mahukan yang lebih selesa, selain dari AA, boleh lah mencuba Malindo Air. Walaupun cuma dapat snack dan jus sahaja, tp kenyang juga. Pramugari pun sangat cermat dan teliti