Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Friday, 8 June 2012

Medan Ikan Bakar - Serkam, Melaka

5 Jun 2012

adeii........org tak reti menulis, jenuh nak perabihkan cerita.......hahahhaha......Belasah ajelah labu..janji blog idak berabuk..kihkihkhkih...

Taim utk balik ke Kuala Lumpur..udah udah ler tu berehatnya. Banyak kerja melambak menanti di rumah dan juga di opis....Kul 2.30 bertolak balik ke Kuala Lumpur. Ada hati lagi nak singgah Melaka.....org dok citer pasai Seafood kat Melaka. Akak pun apa lagi..sms Iekin (nick name). Iekin kata, cuba kat Serkam dan juga Umbai.

Dari Selatan, kami masuk tol Jasin. Terus jalan cari arah ke Bandaraya Melaka. Senang jerk nak cari Serkam ni. Terus jer jalan ikut signboard. Akan nampak nanti signboard Medan Selera Ikan Bakar Serkam. Jalan terus sampai kawasan kampung, ada simpang 4. Jangan lost kat situ ya. Sbb kami lost..hhaaha...Sebelah kiri simpang 4 tu, ada balai polis. Terus aje ke depan......klu belok ke kanan, arah ke Bandaraya Melaka. Ke kiri pergi ke Jasin/Merlimau.

Sampai Serkam, dah mula serba salah...sbb tengok keadaan mcm tak menarik jer. Asbend kata, nak pi ke Umbai ker...(masa tu Umbai pun tak tau kat mana). Pikir pikir, tak pe lah....rezeki org Serkam kut..kekkekkeke..

Medan Selera Ikan Bakar Serkam
Ni ler kedai yg kami singgah untuk makan
Muara di Serkam
Suasana di waktu malam
Makanan yg kami order di Medan Selera Ikan Bakar ini. Tp ikan bakar tak order pun...hahhaha..
Ketam masak blackpepper
Sayur campur

Pepahat masak halia
Pepahat masak halia
Ketam blackpepper
Ketam blackpepper
Ikan tiga rasa
Sotong goreng
Kerang bakar
Ikan ikan segar yang boleh di pilih untuk di masak
Ketam + Udang...sila piley...hehhehhhe
Pepahat, lokan, kerang, lala, sotong
Bot nelayan di muara sungai
Akak tertarik betul ngan hiasan ni. Kreatif tul orang yg membuatnya.



Pada akak, biasa aje lah seafood kat sini. Sedap mmg sedap. Akak paling suka ketam masak blackpepper. Pepahat tu, tersilap kut..heeeehehe..maybe kitaorang patut soh org tu buat pepahat masak sambal. Sbb bila masak halia, macam tak berape kena. Kerang bakar, takde cili sos.....samada mmg takde, atau sbb kitaorang tak minta, wallahualam.....Sotong goreng, mcm biasa. Ikan masak 3 rasa pun, biasa. Kalau nak makan seafood, takyah jauh jauh. Kat Bagan Lalang pun boleh..hahhaha...Tp taklah mengecewakan juga.

Menu
Ketam Blackpepper
Sayur campur
Sotong goreng
Ikan 3 rasa
Kerang bakar
Pepahat masak Halia (ada setengah orang sebut Sepetang)
Air
Nasi
Otak Otak

Total keseluruhan RM169.00

Nasi kami order 9 (yg makan 7 orang........hahahhahhaa), air pun tujuh. Korang rasa camner..berbaloi ke...pada akak, okay ler. Taklah mahal sangat. Sbb ketamnya besar, sotong pun besar.

Untuk pengetahuan, kat situ ada surau. Jadi jangan risau......kalau2 sampai situ, dah masuk waktu solat.

On d way balik, hala ke Bandaraya Melaka, terjumpa Medan Ikan Bakar Umbai...dekat jer ngan Serkam ni. Lain kali la pula kita menerai ya.......dah tau tempat kat mana. Mula mula mmg kami takde idea langsung where are these places.