Showing posts with label Hari Raya 2015. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya 2015. Show all posts

Thursday, 23 July 2015

Riang Ria di Hari Raya Pertama 2015

Tema tahun ni adalah gold mustard dan hijau. Baju mak kau ijau, sampin kau ijau, sampin ayah kau ijau. Mujur songkok kau dan ayah kau tak ijau..hahhaa...

Lepas salam ambik gambar ngan opah dulu..
Alhamdulillah, panjang umur emak lagi. Sempat melihat cucu cucu membesar. Bebudak pun seronok ajer balik kampung. Sbb utama..nak beraya ngan opah. Ye lah...beraya ngan mak kau dan ayah kau, tak best ekk..hahahhaa

Perempuan2 yang ada di pagi raya pertama
Lelaki2 yang ada di hari raya pertama
Anak sapa lah paling ramai dalam ramai ramai tu...hahhaa..kuning ijo, kuning ijo. Senang nak bilang. Anak anak saya jer yang masih peringkat sek ren dan menengah kut. Yang lain semua udah membesar bagai johan...

Beratur  amik duit raya ngan cu mat...hahhaha

Mak budak pun beratur juga..

Bapak budak pun joint gak..hahhahha

Jom beraya keliling kampung dulu...
Beraya keliling kampung adalah satu kemestian pada kami sekeluarga. Tak kisah lah berdedai dedai kami ramai ramai jalan beraya. Bukan makan apa sangat pun...tp lebih kepada menziarahi. Tinggal orang orang lama jer. Yg baru baru dan muda muda tak berapa nak ada...hehehheh

Sebelum jalan, family photo dulu...meriah ngan hulubalang...kekkekke

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin