Tuesday, 25 June 2013

Implanon sudah dikeluarkan

Sebelum ini saya ada menceritakan tentang sampingan memakai implanon. Boleh tengok di SINI cerita dulu. Implanon yang saya pakai telahpun cukup tempoh 3 tahun. Tempoh tamat adalah pada 21 Disember 2012. Agak lama juga saya mengambil masa untuk mengeluarkan implanon ini. Maka pada tarikh 22 June, 2013, (setelah 6 bulan dari tarikh tamat tempoh) saya nekad pergi ke hospital. Kalau bertangguh lagi, tak tau bila pula akan di keluarkan implanon ini. Walaupun ada yang kata, tidak mendatangkan mudarat, tp saya risau juga. Benda yang sudah expired, tertanam dlm badan kita.

Proses mengeluarkan implanon tidak lama. Memula doktor akan menyapukan antiseptic ke bahagian lengan dimana implanon tertanam. Kemudian suntikan ubat tahan sakit di berikan Semasa doktor menoreh sedikit di bahagian lengan, saya terasa sakit sedikit. Tetapi masih tak berani memandang kearah lengan..Saya tak terasa langsung bila implanon di keluarkan. Cuma bila doktor memberitahu...sudah selesai dan menunjukkan implanon yang sudah dikeluarkan.. Sekejap sahaja. Alhamdulillah. Tidak seperti setengah orang lain yang bermasalah ketika mengeluarkan implanon. Malah saya penah mendengar pengalaman kawan mengatakan ada lelemak yang melekat pada implanon. Dan susah doktor untuk menarik keluar implanon tersebut.

Kesan masih baru, dah masih berdarah

Perbualan semasa proses membuang implanon diantara doktor dan saya.

Doktor:  Kenapa nak keluarkan implanon. You nak mengandung lagi ker.
Saya:  Eh..takdelah doktor. Implanon saya dah tampat tempoh.
Doktor:  Oh..ingatkan nak mengandung lagi....(adoi..sabar jer lah doc ni..)

Kemudian dia merasa rasa bahagian lengan saya, sambil berkata:

Doktor:  Kenapa implanon you dah lari dari tempat asal
Saya:  Erkk..
Doktor:  You ni dah berisi ya..bertambah gemuk..(hahaa..wallaaaa doc..ayat tak bleh bla...)
Dah keluarkan ni, nak pasang semula tak..
Saya: Blom lagi doktor...saya nak tunggu period saya regular semula..
Doktor:  Ada darah tinggi tak.Period semasa memakai implanon macamana.
Saya: Darah tinggi, borderline. Period, cuma datang beberapa kali sahaja
Doktor:  Ooo..bermakna you sesuai pakai implanon. Dan darah tinggi itu biasa. Kalau memakai implanon, mmg ada kesan..Nnt kalau nak pasang, datang semula ya.
Saya: Erk....okay..

Sebelum ni saya menulis tanpa memberitahu tentang kesan darah tinggi. Antara kesan sampingan lain ketika memakai implanon juga boleh menyebabkan darah tinggi (saya baru tahu yaaa).

Nota kaki:  Selepas implanon expired, selama 6 bulan sebelum di keluarkan, period saya cuma datang dua kali sahaja, hingga ke tarikh cerita ini di tulis...

Dah okay. Tanpa darah.

Selesai sudah. Lepas ni, tak tau lagi apa yang nak di gunakan untuk mencegah kehamilan. Tp menurut kata doktor, keberangkalian untuk saya mengandung lagi agak tipis, sbb umur saya telah mencecah lebih 40an. Walaupun begitu..harus berjaga jaga juga....hehehe.......Sbb ada seorang kawan saya, selepas implanon tamat tempoh, dia mengandung..huwaaa...hahaha...Mencegah lebih baik....pada saya yg sudah meningkat usia...

Friday, 14 June 2013

Nasi Vanggey...

Setiap kali balik Ipoh, akak ngan family memang tak penah miss makan kat kedai ni. Since bujang lagi. Dulu dulu ngan cik abe..hahhaa....bila deting, waktu lunch makan kat sini. Mcm xde tempat lain. Tp akak tak penah tau org sebut ni nasi vanggey(masa tu ler.)....ada gak yg sebut nasi ganja. Mana satu betul..wallahualam......

Asbend akak kata....depa dok sebut nasi vanggey..sbb dulu dulu, bila tuan kedai ajak masuk kedai, depa sebut..Vanggey..vanggey..vanggey. Tu yg terus lekat, nasi vanggey.

Ni ler kedai Nasi Ganja aka Nasi Vanggey
Memang heran....walaupun dah penah makan sekali, tak jemu nak makan lagi...tu sebab agaknyer di sebut juga nasi ganja...jadi ketagih gitu ek..hahhaa..

Ni alamatnya:
Yong Suan Coffee Shop
2, Jalan Yang Kalsom, Ipoh
Business hours: 9.30 am - 7pm (Closed bila cuti cuti perayaan besar)

Masa akak sampai kat situ, dlm jam 1.00 gitu. Ramai orang...sampaikan tempat duduk pun kena tunggu, ataupun share je lah ngan sesaper yang ada kerusi kosong. Tp kalau datang se family, kena gak tunggu meja kosong...hehhe..

besor ni je kedainyer....uish..ada hafiy dlm gambo..hehhe

Dan lagi heran.....kedainya biasa saja. Mamak jual nasi, org cina jual air. Nasi nya biasa saja. Ada satu lauk (kalau nak tambah lauk lain pun boleh), telur asin, sambal kelapa dan timun. Kuah kari pekat....(sambil menaip ni pun dah terbayang...rasa jejes air liur...hahahha).

Sambal kelapanya di tumbuk sekali ngan daun pudina..

Kannn..biasa jer......dan lauknyer pun x banyak. Yg sempat akak tengok, ada ayam goreng, kari, sotong, ikan, hati ayam....Tp kuah karinyer...perggghhh...pekat....

Kaunter...
Tempat buat air, ada dua tempat. Satu dekat ngan kaunter, satu lagi kat belakang. Kat belakang juga ada sinki untuk basuh tangan. Disediakan sekali dengan hand wash. Kalau rasa takmo melekat bau kari kat tangan, amikler handwash banyak sikit..heheh

Kat depan tu ler, tempat lauk pauk di letakkan. Sila pilih..vanggeyy..vanggey....Kalau kampung lagi, akan singgah ke Ipoh makan nasi vanggey aka ganja lagi..kekekke....

Tuesday, 11 June 2013

Dia telah tiada...

Patah tumbuh hilang berganti...yang patah kan tumbuh...yang hilang mungkin berganti..yang pergi tetap pergi. Al fatihah...salam takziah buat Yong sekeluarga. Pada tanggal 11 June 2013, seorang lagi dari generasi RUKAB AKRAB telah pergi menyahut panggilan Illahi. Semoga Arwah Abang Yop Shamsuddin Ramli di tempatkan di kalangan orang orang soleh dan solehah. Semoga rohnya di cucuri rahmat. Semoga generasi Rukab Akrab terus bertambah dan bertambah.....dengan kehadiran cucu cicit piat piun......