Tuesday, 25 June 2013

Implanon sudah dikeluarkan

Sebelum ini saya ada menceritakan tentang sampingan memakai implanon. Boleh tengok di SINI cerita dulu. Implanon yang saya pakai telahpun cukup tempoh 3 tahun. Tempoh tamat adalah pada 21 Disember 2012. Agak lama juga saya mengambil masa untuk mengeluarkan implanon ini. Maka pada tarikh 22 June, 2013, (setelah 6 bulan dari tarikh tamat tempoh) saya nekad pergi ke hospital. Kalau bertangguh lagi, tak tau bila pula akan di keluarkan implanon ini. Walaupun ada yang kata, tidak mendatangkan mudarat, tp saya risau juga. Benda yang sudah expired, tertanam dlm badan kita.



Proses mengeluarkan implanon tidak lama. Memula doktor akan menyapukan antiseptic ke bahagian lengan dimana implanon tertanam. Kemudian suntikan ubat tahan sakit di berikan Semasa doktor menoreh sedikit di bahagian lengan, saya terasa sakit sedikit. Tetapi masih tak berani memandang kearah lengan..Saya tak terasa langsung bila implanon di keluarkan. Cuma bila doktor memberitahu...sudah selesai dan menunjukkan implanon yang sudah dikeluarkan.. Sekejap sahaja. Alhamdulillah. Tidak seperti setengah orang lain yang bermasalah ketika mengeluarkan implanon. Malah saya penah mendengar pengalaman kawan mengatakan ada lelemak yang melekat pada implanon. Dan susah doktor untuk menarik keluar implanon tersebut.

Kesan masih baru, dah masih berdarah

Perbualan semasa proses membuang implanon diantara doktor dan saya.

Doktor:  Kenapa nak keluarkan implanon. You nak mengandung lagi ker.
Saya:  Eh..takdelah doktor. Implanon saya dah tampat tempoh.
Doktor:  Oh..ingatkan nak mengandung lagi....(adoi..sabar jer lah doc ni..)

Kemudian dia merasa rasa bahagian lengan saya, sambil berkata:

Doktor:  Kenapa implanon you dah lari dari tempat asal
Saya:  Erkk..
Doktor:  You ni dah berisi ya..bertambah gemuk..(hahaa..wallaaaa doc..ayat tak bleh bla...)
Dah keluarkan ni, nak pasang semula tak..
Saya: Blom lagi doktor...saya nak tunggu period saya regular semula..
Doktor:  Ada darah tinggi tak.Period semasa memakai implanon macamana.
Saya: Darah tinggi, borderline. Period, cuma datang beberapa kali sahaja
Doktor:  Ooo..bermakna you sesuai pakai implanon. Dan darah tinggi itu biasa. Kalau memakai implanon, mmg ada kesan..Nnt kalau nak pasang, datang semula ya.
Saya: Erk....okay..

Sebelum ni saya menulis tanpa memberitahu tentang kesan darah tinggi. Antara kesan sampingan lain ketika memakai implanon juga boleh menyebabkan darah tinggi (saya baru tahu yaaa).

Nota kaki:  Selepas implanon expired, selama 6 bulan sebelum di keluarkan, period saya cuma datang dua kali sahaja, hingga ke tarikh cerita ini di tulis...

Dah okay. Tanpa darah.

Selesai sudah. Lepas ni, tak tau lagi apa yang nak di gunakan untuk mencegah kehamilan. Tp menurut kata doktor, keberangkalian untuk saya mengandung lagi agak tipis, sbb umur saya telah mencecah lebih 40an. Walaupun begitu..harus berjaga jaga juga....hehehe.......Sbb ada seorang kawan saya, selepas implanon tamat tempoh, dia mengandung..huwaaa...hahaha...Mencegah lebih baik....pada saya yg sudah meningkat usia...





8 comments:

  1. Xde apa2 kesan eh klu implanondh expired dlm bdn..sy risau jg ni dh nk expired jg.dhcukup tmpoh 3thn.

    ReplyDelete
  2. Pd saat sy kluarkan implanon tu xde kesan apa apa. Sy pun x brani nak ckp. Kalau dah expired eloklah kluarkan jer. Sy buat di pusat rawatan islam kl

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat area mana yea puan pusat rawatan islam kl?berapa kos nk remove implanon?

      Delete
  3. Nk tanya, kalau implanon dah expired tp belum sempat dikeluarkan. Kebarangkalian termengandung tu ada ke. Just nk tanya pendapat sis.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum...






    Salam Sejahtera..
    Lagi 4 hari implanon yang ada dalam tubuh akan tamat tempoh iaitu pada tarikh 8.11.2016 . Saya lihat dalam kalkulator subur pula pada 5.11.16 hingga 9.11.16 adalah waktu subur saya.Adakah pada tarikh itu, kebarangkalian saya boleh mengandung?
    Terima kasih.


    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak. Nak lebih yakin, tanya doktor le.... Saya pun tak pasti.

      Delete