13 May 2015 - Rabu
Pagi ni semua bangun awal, seawal 4.30 pagi. Entah apa yang kami excited sangat sampai xleh tido tu tak tau ler.. Mata semua segar bugar. Since awal sgt, semua malas mandi, kami start nyembang tak hengat. Mcm2 citer kluar. Pastu gelak ketawa punyala kuat. Tiba tiba pintu kena ketuk. Perghh...saspen..saper lak mengetuk pintu bilik subuh subuh hari ni. Masa tu saya paling dekat ngan pintu...pelan pelan bukak. Ingatkan owner, rupenyer sorang minah saleh ni trus sound kat kami....People are trying to get some sleep. Could you please keep quiet...hahhaha. Dinding tak kalis bunyik. Udahler jam 4.30 pagi...sunyi bebeno. Opkos ler sore kami ni kuat. Kelako. Sib bek x kena marah lebey lebey...
Pepepun, jom kita mandi dulu ler. Sejuk gedi. Ada kejadian berlaku malam sebelum tu. Dimana saya masuk bilik air sensorang nak mandi (shared bathroom), bila nak pasang lampu, jenuh cari suis, tak jumpa jumpa. Malas nak tanya orang, saya tawakal masuk aje..tup tup lampu menyala..hahhaa....otometik rupanyer. Itu pun taktau..kekkeke.
Setel kemas dalam bilik, prepare breakfast siap siap. Air panas mmg tersedia ada. Tak perlu nak masak masak air bagai. Belen roti dan bahan2 sandwich semalam masih ada. Fruits, vege dan tuna....itulah sarapan kami disamping bersulamkan maggi. Maggi takleh tinggal..hahaa. Pepagi hari ni punyalah sejuknyer......kami sesaja breakfast kat luar. Mak aihh angin..punya lah kuat....sampai terbang terbang sudu dan garpu. Dari kejauhan kedengaran bunyi ombak menderu deru disulami dengan bunyi angin berdepus depus.
 |
| Our breakfast |
 |
| Masa sampai semalam gelap gelita...x nampak apa.. |
Selesai disini, kami mencari visitor center untuk bertanyakan arah ke Pinnacles Nambung National Park. Sungguhlah susahnya nak cari manusia kat Western Australia ni. GPS sekali lagi membawa kami ke nowhere in the middle of the road...hahah. Sekali tu nampak groceries store. Pi jengah pun xdak orang walaupun pintu terbuka. Nampak sorang budak, dengan dia pun jadilah kami pi tanya..hahhaa. Budak tu memberikan direction. Kami pun ikut jer direction yang di beri, on d way nampak plak petrol pam. Singgah dulu isi minyak, beli roti dan tissu. Untuk menambah keyakinan, tanya lagi pada pekerja di petrol pam. Direction sama. Dan kami set juga GPS....kalau menurut direction, mcmlah dekat jer nak pegi. Bila ikut GPS, kami ni dok tanya...bila nak sampai..bila nak sampai..bila nak sampai. When nampak signboard, baru lega.........hahaha..mengong tul laaa...
 |
| Sila bayar dulu ya..AUD12.00 per car |
Hari ini turn saya drive pulak. Sesampai di sini, kena bayar dulu AUD12.00 per car. Bayaran hendaklah dimasukkan ke dalam envelope. Sila tulih car registration number dan ada few details to fill in. Walaupun xde saper jaga kat guard tu, bersikap jujur ajerlah ye....Paling x suka, sbb banyak sungguh langau kat sini. Langau ke lalat eh...tp spesis tu lah. Tp bila masuk kedalam Pinnacles Nambung National Park ni, Masya Allah, Subhanallah....sekali lagi terkagum dengan kebesaran Allah SWT dan juga kejadian alam semulajadi. Cantiknyer kawasan ni. Tak tergambar melalui kata kata. Rasa begitu berbaloi drive berjam jam lamanya untuk melihat keindahan alam disini. Kami bergambar sepuas puas hatinya dengan pelbagai gaya hahaha...sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Lancelin.
