Showing posts with label Lembang Floating Market. Show all posts
Showing posts with label Lembang Floating Market. Show all posts

Thursday, 27 February 2014

Jakarta - Bandung - Jakarta Day 2 Part 2


15 Februari 2014 - Sabtu

Jom kita ke Floating Market Lembang pula. Tempat pelancungan ini mula dibuka sejak 12 Disember 2012. 





Bagi angsa makan

Sebelah kanan tu surau ya..

 
Di Floating Market Lembang kita akan mendapati beraneka jenis makanan yang di jual dari perahu yang terapung di atas tasik yang besar. Ada berbagai bagai jenis makanan….nak sebut pun tak tau…hehehe…Ni adalah antara gerai gerai makanan  yang terdapat di Lembang Floating Market. Banyak perahu perahu ni sini..maybe lebih dari 40 buah perahu agaknya mengelilingi tasik ini.




 



Perahu yang menjual makanan ini berada di sekeliling tasik dan diletakan serapat mungkin. Disekeliling tasik juga di tempatkan beberapa pondok kecil untuk beristirehat sambil menikmati pemandangan sekitar. Rasaya pondok pondok ni boleh disewa..tp saya tidak pasti, sbb tak bertanya pun. Disini juga ada surau untuk memudahkan pengunjung menunaikan solat. 


Ni surau hiasan
Ni surau sebenar (sebelah kiri)
Selain menikmati makanan yang di jual diatas perahu, para pengunjung juga boleh menyewa canoe, paddle boat, sampan air. Terdapat juga permainan lain seperti Flying Fox dan ATV (tiada dlm gambar). Untuk menaiki sampan, canoe, sepeda air, flying fox, atv....etc dikenakan bayaran lain pula ya. 




Untuk memasuki Floating Market Lembang ni, setiap pengunjung di kenakan bayaran sebanyak RP10,000 dan parking kereta adalah RP5,000. Semasa masuk, satu voucher akan diberikan utk redeem coffee kat dalam ya. Untuk urusan pembelian makanan disini, koin khas perlu di beli ditempat yang disediakan. 




Contoh coin





Kami terlalu lama di dalam Floating Market ini. Pada mulanya nak singgah juga ke  Sari Ater Hot Spring dan kemudian ke Kg. Daun. Tapi dok naik sampan lama sangat kann...haahhaa. Selesai di Floating Market, kami terus balik ke Bandung sbb nak mengejar ke Pasar Baru plak. Pasar Baru tutup jam 5.00 petang. Sepanjang ke pekan Bandung, saya tak tau jalan mana supir ni bawak. Tp menarik betul sepanjang perjalanan. Rasa macam lalu kat cameron highland lak. Lalu di kawasan perkampungan yang mana terdapat byk kedai kedai pokok pokok bunga dan pokok hiasan. Cantik. 

Sampai di Pasar baru, jam sudah hampir 3.00 petang. Kami ada dua jam jer untuk ke Pasar Baru. Kali ni Hafiy buat hal ler pulak....merempan xmo berjalan. Nak botol susu lah dia..nak milo ler....nak kfc ler, mcdonald ler...hahaha..mcm mcm...Dah penat agaknya. Pastu suruh dukung dia..mak aih..30kg u. Pitam memasing...hahhahah. Masuk pasar baru, copot copot jer kami cari kain, pilih pilih lebih kurang.....jam 4.30 petang selesai. Xdenye ler nak berlama lamaan. Kemudian redza bawak kami ke Factory Outlet Jalan Dago...hahhaa..xde maknanya nak membeli belah lagi dah.....

Redza bawa kami ke Restoran Masakan Minang pulak. Sebelum tu, pergi cari botol susu..haha..adoi..hafiy oh hafiy...masa kecik bawak berjalan x byk ragam. Dah besar byk ragam lak. Selesai dinner, kami balik ke guest house. Perancangan esok, nak ke Safari Bogor dan terus ke Jakarta. Janji ngan redza jam 8.00 pagi. Kata redza..esok dia ada hal lain dan kena tukar driver lain. Kami okay aje, asalkan ada driver.