Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts

Friday, 19 February 2016

Family Gateways to Pulau Pinang


Lepas balik dari Taiping, kami ke Pulau Pinang pulak semasa CNY. Sekali lagi, balik kampung dulu di hari Sabtu (06/02/2016), then on 07/02/2016 kami bergerak ke Pulau Pinang. 3 buah kereta semuanya, termasuk emak. Myself & my sisters's family. Abang-abang tak dpt join..nothing much yang kami buat pun benonyer. Just jalan jalan....kami lalu kat jambatan kedua. Alhamdulillah..jalan memang clear. 



Melintasi jambatan dan laut, kami masuk ke area Teluk Bahang. Meredah jalan berliku liku, berbelok belok...byk kali kena berhenti, sebab emak asik nak terkucil jek..kekkke...then singgah breakfast di Teluk Bahang dulu. 

Mmg spesel roti jala ni...besaaaarrrrr

Tak cukup korum, tp still meriah


Kami breakfast di sini
Selesai breakfast, kami menyusuri jalan terus menuju ke Batu Feringgi. Mula mula anak saudara nak masuk Teluk Bahang Park....tp kensel. Tatau ler depa ni....jap nak, jap taknak. Mak pak ngikut jer lah...hehehheh. 

Singgah di pantai, anak anak nak mencuba parasailing. Layan jer. Hafiy the bam bam pun nak gakk..haii..jenuh akak mujuk..risau wehhhh. Takut dia tak reti nak duk diam masa kat awang awangan tu. Tp dia kata nak gakk.....Alhamdulillah. Selamat. Tanya dia..takut dak. Takkkk...katanya. And nak naik lagi..haha..udah ler nak.  Lenkali la ye..One thing that i dun like here, ada anjing berlegar legar di tepi pantai.....jenuh ngelak..anjing tak bersalah...tp hmmmm....



Opah duduk bukak kitab, anak anak cucu berjimba tak hengat...kekekke

Lunch kat Nasi Kandar Ketapang. Yg benarnya nak ke Cargas Cafe tp kena pusing balik ke Bayan Lepas sana nun. Kami carik Hameediyah Nasi Kandar. Tp punyalah ramainyer orang berbaris menunggu..kedainyer kecik jer...huhuhu..tak sanggup. Lagipun kesian kat emak. Bukan boleh lama lama dalam panas tu. Maka berpuas hati ajelah kat Nasi Kandar Ketapang. 

Then..kami check in di Cititel Express Hotel. Lepas check, bebudak nak ke Art Street lak..okay..jomm..jom..layankan aje. Tp bebudak je lah yang bergambar. Mak mak dan bapak bapak budak idak ler..

Pinjam from insta meelyabani

Pinjam from insta syafiqahnoh

Selebihnya, kami layan bersembang anak beranak jer. Erkk jap..dinner kat mana ntah..hahaha..pi kat gerai gerai dekat ngan tokong ular tu rasanya,,,,nama kedai..hmmm..haram ingat..hahaha. Hancusss plan pemakanan saya.....

Hafiy, Hakim, Haikal, Me & Hubby makan char kuehteow

Malam hari bebudak bujang tu semua pi makan kat Padang Kota. Then depa gi tengok wayang citer Ola Ola Bola. Sbb hotel kami stay tu dekat sangat ngan shopping kompleks.

The next day, dapat juga makan di Cargas Cafe. Kedai ni betul betul di tepi jalan. Susah nak cari parking. Tersangatlah ramainyer orang....tempat duduk pun berebut rebut. Ntah apa yang speselnyer..pada saya nasi kandaq kat Penang sama jer sedap nyer...hehehe. Semua sedap..

Afterall, it was a good time spent with the family. Selagi hayat masih ada...alhamdulillah emak pun masih sihat walaupun takleh jalan lama lama. Kemana mana memang kena bawak wheelchair. Next time will try utk pastikan semua ada. Next plan...Hari Raya Aidil Adha 2016. Kemanakah kita....jenuh dah survey merata ni.................