Tuesday, 10 July 2012

Love You Thousand Times - Episod 50 - 52


Minggu depan abis ler citer ni..hahaha..tp dok tengok promo, nnt akan di tayangkan di Astro Prima. So, sesaper yg takde Beyond, leh ikuti kat Astro Prima..start bila ekk..akak pun tak pasti....bila habis episod kat Beyond ler kut gamaknyer baru start kat Prima. 



ehsan google

Episod 50

Bapa EN pengsan apabila di beritahu oleh Seon Yeong bahawa Eun Nim yang melahirkan Yoo Bin. Dia meminta supaya bapa EN memisahkan EN dan KH.  Aerang menelepon EN memberitahu perihal bapanya. Di hospital, Aerang juga memberitahu bahawa bapa EN jadi begini kerana Seon Yeong.

EN pulang kerumah mentuanya, dan menyoal Seon Yeong diatas tindakannya. Dan terbongkarlah segala rahsia dan didengari oleh Baek II dan juga nenek KH. Ini membuatkan Baek amat marah, dan terus menghalau Hyang Sook. (tp tak keluarkan pun. Ada satu part tu, masih ada lagi dia kat rumah tu) 

Nenek amat  termarah dengan tindakan Seon Yeong. Sae Hoon juga tidak bersetuju dengan tindakan Seon Yeong. Dia tak faham, kebahagiaan yang bagaimana yang Seon Yeong mahukan. (Seon Yeong ni memang pentingkan diri sendiri ler...tengok ler masa keadaan dia nak nak bercerai dengan Sae Hon dulu. Sanggup buat apa sahaja, tp bila dah takda jalan, baru ler nak balik semula.)

Nan Jeong, Cheol, Aerang (mak tiri EN), Cheong Ja (mak Cheol/Seon Yeong), So Wol (makcik) semua dah tau yg EN tu jadi ibu tumpang dan melahirkan Yoo Bin. Nan Jeong memperjelaskan segalanya kepada Cheong Ja (Mak mentua dialah).

Cheong Ja marah dengan tindakan Seon Yeong. Seon Yeong sikit pun tidak memikirkan tentang Cheol dan Nan Jeong sekiranya berlaku kejadian yang tidak di ingini ke atas bapak EN.

Geum Ja tu tak abis abis nak sebarkan perihal anak dia pregnant. Padahal, tak pregnant pun. Siap pi tempat kerja Sae Hoon, tp tak dapat jumpa. Yeon Hee sewakan rumah dia pada org.

Baek II dan juga bapak EN meminta EN dan KH tamatkan perhubungan mereka. Baek dan nenek KH amat marah kepada Sae Hoon & KH kerana merahsiakan perkara itu. Dan mereka juga marahkan Seon Yeong. KH berkeras tidak mahu menceraikan EN. Sekiranya Baek meminta dia menamatkan hubungan dengan EN, dia meminta supaya tidak menganggap bahawa dia adalah sebahagian dari keluarga Baek. Malah katanya, selama hari ni pun, dia bukan sebahagian dari keluarga itu. (Sedey masa ni…sian KH. Sian EN).

Episod 51

Keadaan keluarga Baek jadi huru hara. Hyang Sook kena halau keluar,(kali ni betul betul keluar dari rumah). Seon Yeong tetap dengan sikap pentingkan diri sendirinya. Malahan Sae Hoon merasakan Seon Yeong tidak punya hati dan perasaan belas kasihan langsung terhadap Eun Nim dan Kang Ho.

Ayah Eun Nim merayu kepada keluarga Baek supaya tidak memisahkan EN dan KH. Dia sanggup mengenepikan ego dan maruahnya demi Eun Nim.

Eun Nim ingin pulang ke kampung. Manakala Kang Ho pula pergi bercuti selepas bercerai.



Tp akhirnya EN dan Kang Ho bercerai juga. It seems that, paling seronok, Seon Yeong le. Hyang Sook dah ingat ingat lupa. Dia dah tak kisah dengan apa yg berlaku. Di waktu EN ingin memberikan semula cincin perkahwinan mereka, KH meminta agar tidak membuka cincin itu di hadapannya. Kemudian kemudian, terpulanglah pada EN dia nak buat apa.

Geum Ja mengugut Seon Yeong untuk menyebarkan berita tentang Yoo Bin bukanlah anaknya. Ini menimbulkan kemarahan kepada So Wol (makcik Seong Yeong)  dan Cheong Ja (emak SY). Mereka berdua pergi menyerang Geum Ja dan Yeon Hee.

Hyang Sook menjadi pelupa. Dia mendapat penyakit Alzehmeir (tak tau eja camner..nanti akak gugel ekk..kekekke). Dia cuma ingatkan Kang Ho dan Eun Nim sahaja.

gambar ehsan google

Episod 52

Sae Hoon amat sedih, kerana emaknya hanya mengenali Kang Ho. Tp tidak mengenali dia. Bila Hyang Sook dlm keadaan sedar, Sae Hoon cuba memberitahu emaknya akan apa yg terlah terjadi. Tp tak berkesan.

Kesian melihat Sae Hoon, tatkala dia memberikan rantai dan gelang tangan kepada Hyang Sook (gelang + rantai ni ada sensor). Sekiranya Hyang Sook hilang lagi, senang utk di cari. Sae meminta agar emaknya tidak melupakan dia sebagai anak. (Sedih...dan scenery waktu ni cantik ler pulak..dok atas bench sambil mengadap lautan yg beku sambil minum coffee panas). 




Hyang Sook terserempak dengan EN di sekolah Yoo Bin. Dia mengejar EN. Nyaris nyaris di langgar oleh sebuah motosikal. EN berjaya menyelamatkan Hyang Sook. Keduanya di masukkan ke hospital. Di saat ini barulah EN mengetahui dia berkemungkinan mengidap kanser perut. Bila EN nampak SH dan SY masuk untuk melihat Hyang Sook, EN melarikan diri.

Doktor datang dan bertanya kan kepada Kang Ho, Sae Hoon dan Seon Yeong, kemana perginya EN. Di saat ini juga doktor memberitahu KH akan penyakit EN setelah di tanya berulang kali oleh Kang Ho.

KH berusaha mencari EN. Dia sanggup pergi semula ke rumah bapa EN. Tetapi bapa EN membohongi KH dan mengatakan supaya KH jgn mencari EN lagi. Kang Ho tidak putus asa, dia menelepon Cheol dan meminta Cheol bertanyakan hal EN kepada Nan Jeong.

KH pergi ke Yeonju mencari EN. Bila EN ternampakan KH, dia terus lari.

Dalam episod ni ramai yang menyesali dengan apa yang telah berlaku. Geum Ja memohon maaf kepada Cheong Ja dan So Wol. Cuma Seon Yeong tu jer yg tak sedar sedar diri..kekekkeke

No comments:

Post a Comment