Alhamdulillah, semalam berjaya juga memasak rendang ikan tongkol. Inilah hasilnya. Sebenarnya, resepi ni akak gugel daripada beberapa blog, dan akak buat style akak sendiri..hehehhehe....
4 batang serai
3 labu bawang besar
20 biji cili padi hijau
Halia (sebesar ibu jari)
(Ada orang bubuh lengkuas, kunyit hidup. Kat umah akak takdak lengkuas/kunyit hidup, jadi guna pakai apa yang ada..hahaha)
Bahan - bahan lain
4 ekor ikan tongkol size sederhana yang sudah dibersihkan, dipotong ikut dua
Daun kunyit - 2 helai (di hiris nipis)
Asam keping - 2 keping
Garam + gula secukup rasa
Kerisik - 2/3 sudu klu ikut resepi orang lain (tp akak habiskan satu peket kecik sbb takmo simpan belen)
Santan - RM1.00 kalau ikut resepi orang (tp santan akak RM2.00..hahahaa...pun perabih gak, sbb malas nak simpan sikit sikit)
Akak memang bedal aje. Semua bahan yang di kisar masuk kuali berserta santan, kerisik, garam, daun kunyit dan asam keping. Masak kuah hingga pekat dan kemudian masukkan ikan. Kacau sedikit, guna api perlahan untuk bagi kuah agak kering. Rendang akak memang kering ya..hehhhe..bukan jenis berkuah macam setengah orang tu. Kalau takmo kering, pun boleh gak. Jangan biar lelama atas api..
Ikan tu akak rebus dulu. Akak ngikut resepi dari blog INI. Tak tau kenapa kena rebus, tp akak sajer jer cuba. At least tak perlu masukkan ikan awal awal, so ikan pun tak hancur. Air rebusan akak buang, cuma ambil ikan sahaja......hmmmm..sedap..sedap pada tekak akak...hahahaa....


No comments:
Post a Comment