Showing posts with label The Silver Yongs. Show all posts
Showing posts with label The Silver Yongs. Show all posts

Thursday, 11 February 2016

Geder Geder TSY - The Silver Yongs

30 January 2016

TSY - membawa maksud The Silver Yongs. TSY wujud bermula dizaman wanitamelayu.com. If bukak website wmc ni, dah tak wujud dah kut. Sudah terkubur dialam maya..hahaa. Tp Intan ada tulis tentang sejarah TSY kat blog nyer di  SINI

The
Silver - Perak
Yongs - anak anak perempuan sulung di Perak selalu di panggil Yong. Tapi kengkadang, kalau tak tau nama, kita panggil juga Yong. Kalau lelaki biasa di panggil Yop.

TSY ni dah banyak kali dah buat geder geder. Punyalah lamanya kami kenal antara satu sama lain melalui internet sahaja pada mulanya. Berkawan sesama kami dan terus membawa kepada pasangan masing masing pula saling berkenalan, juga hingga ke anak anak. Alhamdullillah. Masih kekal utuh hingga sekarang. Pertemuan kali ini adalah kali yang ke4 kalau tak silap saya. Saya penah join cuma dua kali sahaja. Yang lain lain tu tidak berkesempatan.

1. Taiping ~ 2008
2. Lumut ~ 2010
3. Sungkai Hot Spring ~ 2011
4. Cameron highland ~ 2013
5. Changkat Jering ~ 2016


Takde apa nak cerita sangat pun. Selebihnyer biarlah gambar sahaja yang berbicara. Sebabnya, kami bila dah berjumpa macam macam cerita yang kluar....Sampai pukul 3 pagi tu. Tatkala para bapa dan anak anak dibuai lena, kami masih belum habis cerita. Macam macam ada...

Bila dah berjumpa...

Macam macam aksi ada





Anak anak seronok mandi manda
Since kami semua tak begitu rajin nak memasak, kami order sahaja dari tuan punya homestay ni. Untuk tea time, dinner, dan breakfast keesokan harinya. Untuk lunch, kami memasing membawa bekalan. Saya bawak makanan paling senang...laksa Kuala Kangsar...hahhaha

Dinner. Donut dan mihun tu belen masa teatime
Dimalam hari, kami buat acara exchange gift pula
Satay ni tersangatlah murahnyer....0.30 secucuk..




31 January 2016
Breakfast
Check out.

Sedap nasi lemak ni.

Pulut udangnye pun sangat sedap. Begitu juga dengan kuih lompang
Posing sebelum meneruskan perjalanan kerumah masing2...

Bye bye..till we meet again




Thursday, 23 August 2012

Mee Udang Kuala Sepetang Pak Hashim




On the way balik berhari raya dari Sg. Dua, singgah di Taiping, nak berjumpa dengan kawan persekolahan yang dah lama tak jumpa. Dia tinggal di Taman Sri Matang. Lepas jumpa kawan, anak anak sibuk nak makan mee udang.

Sebelum ni pun, dah pernah dah makan mee udang Mak Jah Kuala Sepetang. Kali ni kami nak cuba Mee Udang Banjir Mak Teh. Tapi, ramainya orang. Since mmg takmo pergi kedai Mak Jah lagi (sbb memang nak mencuba yang lain, tambahan pula, kedai Mak Jah pun ramai juga orang), kami pergi ke kedai sebelah. Kedai Pak Hashim. Tp sayang, gambar yang di ambil, semua blurrrrr...kelabu asap. Tinggal gambar sign board ni jer yang elok sikit.


Kami order mee udang (2), mee goreng udang (1), kueteow udang (1), nasi goreng  udang (3) berserta air minuman untuk 7 orang. Total : RM67.00.  Pada saya murah ler kalau bandingkan harga di kedai Mak Jah. Cuma bezanya, kedai Pak Hashim ni tak menarik sangat. Dia perlu lakukan sesuatu, untuk menarik minat pengunjung untuk datang. Dan juga menu nya tidak banyak. Tidak seperti kedai Mak Jah. Ada udang goreng tepung, cucur udang, mee, kueteow, nasi udang dll. Dan cara makanan di hidangkankan juga menarik.  Kena carik balik gambar gambar lama semasa makan di kedai Mak Jah.   Dari segi rasa, pada akak, tak jauh beza. Kedai Pak Hashim ni sempoi sangat.