Showing posts with label Hari Raya 2013. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya 2013. Show all posts

Thursday, 15 August 2013

Kenangan di kampung

Bila jalan jalan di kampung....perubahan tak banyak. Yang membangun tu takde ler..Yang nampak, jalan dalam kampung dah makin elok compare to dulu dulu. Jalan tanah merah jer.

Yang banyak..semua merudum. Kanak kanak dah tak ramai. Tinggal warga warga tua belaka. Remaja dan belia pun takde....semua dah merantau kut. Kesian ngan para warga tua sekelian..dah takde teman ngan anak anak muda.

Dulu dulu lagi seronok musim raya. Pagi pagi hari selepas solat sunat hari raya, dah meriah kekanak datang bertandang ke rumah. Kalau di malam raya pula...riuh rendah bunyi mercun...bercahaya  bunga bunga api.

Walaupun tak sama, raya tetap di teruskan jua....Gambo gambo kenangan yang tak tau apa bakal berlaku lagi pada 10 tahun akan datang...

Sungai tempat mandi manda dahulu kala..skrang soh mandi..
ishhh..idak ler teman..

Dulu cantik empangan ni.....mmg suka mandi manda sini..
Skrang ni...ini ler jadinya...

Dah tak ramai penghuni, surau pun terbakar...


Dulu dulu terojun dlm sungai...tengok skrang..
tak brani woo..hahahha






Wednesday, 14 August 2013

Hari Keluarga di Hari Raya Kedua 2013

Tahun lepas 2012, rumpun keluarga Opah Ngah Lipah & Tok Abdul Hamid  SINI TENGOK berjaya menjayakan hari keluarga membuatkan salah seorang dari ahli keluarga dari rumpun  yang lain berminat untuk mengadakan Hari Keluarga juga. Kali ini, semua rumpun keluarga dari Kulop Dahaban (moyang) di kumpulkan. Saya fail betul bab bab salasilah ni...tp turutannyer begini lah kut..

Kulop Dahaban + Siti Long Zaharah (saya tak pasti nama moyang saya ni..hehehhe)

  • Tok Musa (ada 4 isteri) + Pah Som (tak ingat isteri no braper..hehhe)
    • Mak Cik Mah
      • .................

  • Tok Hamid + Pah Lipah (boleh rujuk SINI)
    • Hemah
    • Ariffin (arwah abah)
    • tak ingat nama makcik yg ni...(deceased masa kecil)
    • Zanariah
    • Bichah
  • Pah Tekah
    • ......

  • Pah Teh Banun
    • Pak Cik Midon
    • Pak Cik Din
    • Rafeah
    • Pak Chu Pie
      • Halimatun
      • Yati
      • Liza
      • Kamil (sponsor of the day..hehehhe)
      • Wa
      • Nuar

  • Tok Baki (5 orang anak)
    • Maimunah
    • Maiselamah (bukan emak saya tau..kekekke. Nama je sama)
    • ....
    • .....
    • .....
  • Lebai Mat Aris
    • Pak Cik Reshad
    • ....

Sebenarnya masa kecik kecik dulu, selalu bermain bersama sama ngan sepupu dua pupu ni semua...ngan pokcik mokcik...tp masa tu tak tau salahsilah nyer bagaimana.

Ni sebahagian dari gambar gambar yang ada..Memula kena tayang family sendiri..huwahahaha..


Baru sampai ke tempat perjumpaan

Keluarga Ariffin + Maiselamah

Yeaaahhhh..riang ria di hari raya..


Keluarga Ina + Zain..hehee

Cucu cucu lelaki opah yang ada

Cucu cucu perempuan opah

Majlis dah bermula

Rumpun Keluarga Tok Baki

Rumpun Keluarga Tok Musa

Rumpun Keluarga Pah Teh Banun

Rumpun Keluarga Lebai Mat Aris

Ni paling besar dan ramai...hahahah. Rumpun Keluarga Tok Hamid

Kecohhh

Besornyer hadiah..tu en sponsor kita

Org org kuat yang berusaha...

Interprem gaak..nak amik gambo laman benonyer..hehehe

Luas laman..sesuai sgt jadi tempat perjumpaan..

Hari keluarga berakhir ngan jayanya. Alhamdulillah...bagus juga di buat perjumpaan sebegini. Meriah...Ada yang jadi boss kepada anak buah sendiri, tp tak penah tahu. Ada anak anak buah jadi student kepada pokcik mokcik sendiri, hari ini baru tahu....Ada juga sedara yang tak pernah berjumpa langsung, tp ditemukan di hari ni. Alhamdulillah..semoga silaturrahim terus berpanjangan...Usaha untuk menemukan lebih ramai lagi saudara mara akan di teruskan.






Tuesday, 13 August 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2013

Pejam celik pejam celik..cepat nyer masa berlalu. Bulan Ramadhan dah berakhir, menjelang. Selamat Hari Raya Kepada Semua...Maaf Zahir Batin. Sajer nak tepek tepek gambar...buat kenangan untuk diri sendiri...ehhehe..

First Hari Raya...Selepas solat sunat Hari Raya, selepas bergambar sekeluarga..mmg kebiasaan kami sekeluarga jelajah kampung...pegi ramai ramai lak tu..hahahha..

Jom beraya

Rombongan cik kiah

Rumah ke 3

Hafiy dah jumpa kawan se bam bam...

Tengah jalan pun sempat bersalam

Weeeh..lambat bebeno..cepat ler..

Rumah ke 4

Me & Bonda....

Dah..jom pi umah lain pulak..


Nak cross jambatan kayu...memola kena cross
tali air, pastu sungai..heheh

Dah abis...jom balik

Hahaha....pis yo

Poyo

Satu keluarga di hari raya pertama


Dak bam bam dengan paket duit raya...


Sempat singgah ziarah pusara FIL

Tu cuma sebahagian..xper lah..untuk tatapan diri sendiri semata....Supaya tidak terlupa