Showing posts with label Bangi Wonderland Theme Park. Show all posts
Showing posts with label Bangi Wonderland Theme Park. Show all posts

Sunday, 1 January 2017

Bangi Wonderland Theme Park & Resort

31 Disember 2016 (Saturday)

Aktiviti akhir tahun bersama keluarga. Kami pergi ke Bangi Wonderland Theme Park & Resort ni pada hari Sabtu. Jam 10.00 pagi dah buka. Alhamdulillah tak ramai orang. Bayaran masuk ke theme park ni adalah RM58.00 untuk dewasa dan RM48.00 untuk kanak kanak. Didalam web di tulih bermula dari RM38.00. Jadi jangan tersilap pula ya. Kerana ada diskaun for senior citizen juga orang OKU. Kanak kanak di bawah 90 cm adalah percuma. Sebabnya semasa saya berbaris untuk membeli tiket, saya terdengar ada beberapa orang merungut. Dalam web tulih RM38.00. Sampai sini harga RM58.00 hehhehe. Strict juga disini ya. Sebab mereka akan check bag yang kita bawak. Just in case ada yang sorok makanan. Tapi setakat air mineral tu, lepas je (saya laaa). Saya suka theme park ni sebab:

  • Games tak banyak sangat. Tak sampai 10 tempat permainan.
  • Orang tak ramai. Tak perlu berebut rebut untuk naik mana mana games
  • Queue pun tak panjang. 
  • Boleh ulang banyak banyak banyak kali
  • Tempat berteduh banyak juga. Cukup untuk menampung para pengunjung. 
  • Berbaloi bayar sebab dapat main semua permainan yang ada. 
  • Sesuai untuk kanak kanak / remaja bawah 17 tahun. Yg lebih dari 17 tahun pun okay gak. Cuma maybe tak adventure sangat ler 
  • Tak perlu ber swimming suit bagai. Asalkan jangan pakai kain batik sudah lah yer..hehhehe
  • Kawasan tak luas sangat, so tak risau nak monitor anak anak. 
  • Ada food court kat dalam ni. So dun worri tentang makanan walaupun harga boleh tahan. 







Yang ni agak adventure sket kut. 
Tak ramai kan...silalah berkuak lentang bagai...hehhehe








Sebekas ni 7.00 hengget ye...hehhehhe