Perancangan ke umrah kali ini tidak melalui travel agent. Setelah membuat kaji selidik sekian lama, kami memilih untuk pergi sendiri ditemani seorang Muttawif bernama Ustaz Nadzri juga merupakan kenalan kepada anak saudara saya (anak kakak). Segala urusan umrah Ustaz Nadzri (dan sekutunya) yang uruskan. Secara dasarnya, kami tidak namakan Umrah DIY sebab kami tidak melakukannnya sendiri. Tapi pihak ustaz dan rakan rakan. Cuma tidak melalui travel agent. Untuk urusan Visa dan ticket penerbangan, rakan ustaz dari Syarikat Harmony Excellence yang menguruskan. Begitu juga dengan surat pelepasan untuk bercuti juga di atas nama Harmony Excellence. Manakala penginapan, transport, makan dan minum di Mekah dan Madinah, sekutu Ustaz yang berada di sana menguruskannya.
**Notakaki; Ustaz Nadzri sebenarnya freelance mutawwif dimana terdapat travel agent akan hire Ustaz utk mengikuti rombongan umrah. Ustaz berpengalaman menguruskan diy umrah sambil dibantu oleh rakan-rakannya. Kerana itu, kami yakin untuk menggunakan perkhidmatan Ustaz Nadzri.
Kami memilih cara begini kerana tidak mahu terikat dengan jadual agent. Lagipun kerana kami membawa emak. Kami lebih suka secara santai. Setelah timbang tara cost all in, tidak jauh beza dengan yang ditawarkan oleh agent untuk pakej VIP, maka kami meneruskan cara sebegini.
Untuk kursus juga dilakukan oleh Ustaz Nadzri. Pada masa yang sama, kami juga menghadiri kursus yang ditawarkan oleh Masjid Almizan Putrajaya,
Dari Putrajaya tiga MPV (abang2 ipar dan juga mertua anak saudara saya) menghantar kami ke lapangan terbang KLIA 1. Sesampai di sini, kami wrapping bag dan ustaz memberi sedikit penerangan , peraturan dan perkara perkara yang perlu kami ingat, dan juga tanda pengenalan diri untuk di pakai di leher. Sebelum naik flight, sempat anak anak saya makan di mcdonald Kami solat jamak siap siap dan mengucapkan selamat tinggal pada yang menghantar. Penerbangan kami pada jam 0515 petang menggunakan Etihad Airlines. ETA pada jam 2225 Abu Dhabi (transit sahaja disini). Dan penerbangan ke Madinah keesokan harinya pada jam 0150 pagi waktu Abu Dhabi dan akan tiba di Prince Muhammad Bin Abdul Aziz Airport pada jam 0355 pagi.
Sangat selesa terbang bersama Etihad Airways. Kerusi lebar, makan cukup sampai tak larat nak makan. Ada entertainment untuk hilangkan kebosanan. Cuma seat kami anak beranak sahaja bertaburan. Itu tak menjadi masalah kerana masing masing sudah besar, kecuali si bambam saya tu je lah. Sbb baru 11 tahun. Tapi mujur seat dia dekat dengan ayahnya. Didalam flight dipenuhi dengan ahli jemaah dari Indonesia. Manakala asben pula terserempak dengan boss dia dalam flight yang sama tapi destinasi berbeza. Transit di Abu Dhabi juga. Dia dan keluarga bercuti ke UK. Masa di KLIA tak perasan pula.
Sesampai di Abu Dhabi, flight berhenti agak jauh dari main terminal. Kami kena menaiki airport transfer lebih kurang 10 minit perjalanan juga. Airport Abu Dhabi ini sangat sangat besar. Sesampai di main terminal, kami terus ke ruang menunggu dan masing masing mengambil giliran untuk solat Jamak Maghrib dan Isyak. Pada mula teringin juga membeli makanan di airport Abu Dhabi then baru realised kami tak tukar Abu Dhabi currency pun.
Sebenarnya tak terasa lama sangat menunggu. Sekali lagi kami kena menaik bas untuk ke kapal terbang. Flight dari airlines yang sama, cuma kapal terbang yang berbeza. Punya dua baris sahaja, tetapi ruang seat tetap lebar dan selesa. Makanan juga tetap di sediakan. Memang kenyang la sepanjang perjalanan dari KL - Abu Dhabi - Madinah.
7 February 2020 (Jumaat)
Setiba di airport Prince Muhammad, untuk melepasi imigresen sangat lama. Paling saya risau (bukan saya sahaja, Ustaz pun risau) anak saya yg sulung. Dia baru sahaja kerintingkan rambut ala ala african look. Udahlah warna kulit pun tak secerah mana. Tapi alhamdulillah, semua selesai. Memandangkan emak menaiki kerusi roda, ustaz sudah buat buat arrangement siap siap. Yang saya perasan, turun dari flight, naik kerusi roda lain. Sampai di terminal, ada satu transit dimana kena tukarkan kerusi roda lain pula. Saya kata, bukan setakat transit flight, kerusi roda pun ada transit. Tapi sangat smooth. Tiada ternanti nanti. Segalanya lancar.
Sesudah semua melepasi imigresen, kami perasan bahawa beg beg kami sudah diturunkan dari conveyer. Bayangkan betapa lamanya hendak melepasi imigresen. Di ruang menunggu, ketibaan kami di sambut oleh 2 orang lagi muttawif iaitu Ustaz Raja & Ustaz (Ustaz yang ni mmg sampai sudah saya tak ingat nama dia). Transport juga sudah menanti. Ada 4 SUV dan kami membahagikan kepada 3 kumpulan termasuk ustaz-ustaz tadik.
Di Madinah, kami menetap di Hotel Shaza Al Madina. Hotel ini sangat dekat dengan Pintu 22 dan 25. Dalam keadaan sedikit kalut mengeluarkan bag, tiba tiba anak saya si bambam bagitau. Ibu, backpack tertinggal dalam kereta. Termenung sekejap memikirkan apa yang ada dlm beg tu. Then saya teringat, dalam bagpack tu cuma ada sweater yang saya beli di New Zealand dan juga sekotak mask. Takpalah. Takde rezeki. Nak cari semula pun...hm...ustaz pun pening sekejap nak pikir. Saya kata, xpa, tak perlu susah susah. Bukan ada barang berharga sangat pun.
Di Shaza al Madina, saya mendapat satu bilik yang boleh memuatkan 4 orang (saya dan suami berkongsi katil dan 2 orang anak satu katil setiap sorang). Ada 3 twin bed (agak besar), satu sofa yang boleh dijadikan sofa bed. Manakala along, angah dan anak no 3 ditempatkan bersama abang ipar (dua katil queen, - kena berkongsi le). Kakak saya bersama anak dan menantu berserta cucu (2 katil queen, berkongsi jua). Manakala emak saya bersama dua orang anak saudara perempuan saya. Actually bilik emak boleh memuatkan 4 orang. Tapi sebab nak bagi dia selesa tak perlu berkongsi katil, maka kakak beralah menumpang bersama anak menantunya. Ustaz pula bersama kawan kawannya. Bilik kami memang besar kerana ada ruang tamu. Twin bed pun besar boleh memuatkan 2 orang.
Kerana hari ini adalah hari jumaat, masing masing cepat cepat bersiap sedia untuk solat Jumaat. Saya sebenarnya dalam keadaan tidak suci. Tapi doctor telah memberikan ubat untuk saya makan. Menurut kata doctor, insya allah tiba di hari untuk menunai kan Umrah, insya allah period akan habis. Tapi betul kata doctor tu. Alhamdulillah.
Kesemua turun untuk mengambil tempat menunaikan solat Jumaat. Saya hanya mampu memandang dari bilik hotel sahaja. Hotel ni tersangat dekat dengan masjid. Memang boleh nampak orang lalu lalang berbondong bondong menuju ke masjid.
Selesai jumaat, para jemaah lelaki mempunya aktiviti sendiri. Merata lah tempat yang sempat mereka pergi, manakala kami jemaah perempuan, lebih suka berada di masjid or bilik sahaja (saya le tu)
