Showing posts with label Jakarta. Show all posts
Showing posts with label Jakarta. Show all posts

Monday, 10 March 2014

Itinerary / Budget - Jakarta Bandung Jakarta





Mengikut perancangan, inilah itinerary yang saya sediakan untuk trip Jakarta Bandung Jakarta

DAY 1
  • Arrived Soekarno Hatta Airpot Jakarta 
  • Transfer to Bandung
  • Check in at La Nostalgie Boutique
  • City Tour (Toko 3, Factory Outlet Jalan Riau - ni jer sempat pegi)
DAY 2
  • Tangkuban Perahu
  • Lembang Floating Market
  • Ater Sari Hot Spring (tak pegi pun)
  • Kg Daun (tak sempat pergi sbb terlalu lama di Floating Market)
  • Pasar Baru (2 jam sahaja sbb Hafiy dah start merempan..hahahha)
  • Factory Outlet Jalan Dago

DAY 3
  • Check out from La Nostalgie Boutique
  • Safari Bogor (tak jadi pergi, pak supir datang lambat, kensel perancangan)
  • Transfer to Jakarta
  • Check in @ Maxone Hotel, Sabang Jakarta
  • Monas
  • Kota Tua Jakarta (tak pegi jua, sbb tak tau jalan, dan xde driver...heehhe)

DAY 4
  • Tanah Abang
  • Check out
  • Transfer to Airport
  • Depart to Kuala Lumpur 
Untuk mendapatkan supir bagi trip Jakarta - Bandung - Jakarta ni, saya berurusan dengan Tony (rekemended by one of my friend). In my case, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa (Kawan saya xkan rekemen kalau tak bagus). Malahan Pak Halim  owner La Nostalgie Boutique juga sering menggunakan perkhidmatan mereka untuk tetamu tetamunya yang memerlukan perkhidmatan supir. Supir juga bukannya tidak datang pada hari itu, cuma terlewat 3 jam dari waktu yang kami tetapkan. Sedangkan 3 jam itu, sepatutnya kami sudah dalam perjalanan ke Safari Bogor. Cerita pasai supir ni boleh baca di   HARI KE 3    semasa berada di Bandung.
Package Supir yang saya dapat untuk 7 orang Suzuki APV



Day 1 - Jakarta Bandung - RP850,000
Day 2 - Bandung City Tour - RP450,000
Day 3 - Bandung Jakarta - RP850,000
Day 4 - Jakarta City Tour + Airport - RP850,000

Kami cuma menggunakan supir untuk dua hari sahaja. Bayarannya adalah RP1,300,000. Untuk ke airport kami menggunakan airport transfer arranged by Maxone Hotel dengan bayaran RP250,000.

Flight ticket @ 7 pax - RM700.00 RM644.00 + bagasi RM50.00
Hotel @ Bandung - RP1,440.00 (2 nights Family Room)
Hotel @ Jakarta - RP1,100,00 (1 night 2 rooms)
Supir - RP1,300,000 (2 days)
Lunch/Dinner @ 4 days for 7 pax - RP3,200,000
Airport transfer - RP250,000
Entrance fee @ Tangkuban Perahu - RP450,000
Entrance fee @ Floating Market - RP70,000
Cipaganti - RP700,000 (100,000 per pax tak kira adult or child)
Bajaj oren - RP15,000
Bajaj biru - RP20,000
Teksi Bluebird @ 2 - RP30,000 + RP35,000
Airport tax @ 7 pax - RP1,050,000

Total RP9,660,000 x 3 / 10000 = RM2,898.00 + Flight tiket RM644.00 + Bagasi RM50.00
= RM3,592.00 / 7 = RM513.14 per pax

Tp takde maknanyer ye...sb tukang bayo nyer sorang jer (kena berterimekasih bebanyak kat tukang bayo....heheh).....At least itu boleh di buat anggaran klu pegi jenjalan dengan kengkawan atau saudara mara. Boleh kongsi sama sama. Idak ler terasa banyak beno nak kena bayo. Perbelanjaan diatas tak termasuk soping dan etc expenses yang kecik kecik ya mcm jajan/minuman/souveniers......

Walaupun camner pun, banyak gak baki Rupiah yang kami perabihkan dalam flight..hehehe...nak bawak balik pun, rasa mcm tak baloi jer. Baik bagi perabih....






Jakarta Day 4

17 Februari 2014 - Isnin

Hari terakhir di Jakarta, perancangan kami cuma mahu ke Tanah Abang. Disebabkan kami tidak mempunyai supir, maka jalan jalan di kota jakarta terpaksa di batalkan. Sehari sebelum, saya telah menempah airport transfer pada jam 1.00 tghari. Untuk ke Tanah Abang, saya cuma pergi bersama suami sahaja..Anak anak semua kami tinggalkan di hotel. Dan berpesan, jam 11.00 pagi, pastikan semua sudah bersiap sedia. Flight ke Kuala Lumpur jam 4.35 petang. 

Masa pergi ke Tanah Abang kami menaiki bajaj berwarna biru dan dikenakan tambang sebanyak RP20,000.  Dekat sahaja Maxone Hotel dengan Tanah Abang ni. Terlalu awal sampai di Tanah Abang iaitu jam 8.30 pagi, banyak kedai yang masih belum di buka. Kami pun copot copot jer. Fikir apa nak beli, jumpa jer, sambar. Mmg dah malas nak serbey menyebey lagi dah. 





Notakaki:  pictures, ehsan google ya.

Tanah Abang ni pada saya terlalu besar. Tak sempat nak jelajah semua dalam masa yang singkat. Ada banyak blok..dan setiap block mmg amat besar. Tiap satu tingkat, luas seluas luasnya. For those yang suka membeli, Tanah Abang memanglah tempatnya. Selesai menyoping di Tanah Abang, kami pulang ke hotel menaiki bajaj berwarna oren dan dikenakan bayaran RP15,000 pula. Tengah jalan, tayarnya bocor...hahaha..kena pula turun tukar tayar. 


Sampai di Hotel, anak anak dah siap, kami check out dan pergi lunch dahulu. Since airport transfer jam 1.00 tghari, mmg cukup masa untuk lunch. Hampir jam 1, kami pulang ke hotel dan menunggu airport transfer. Sekali lagi mood jadi terganggu...aduhai..dugaaan sungguhlah. Airpot transfer tak sampai sampai...hinggalah jam 2.00++ ptg. Muka memasing dah cuak...nak keluar dari bandar Jakarta yang penuh sesak membuat hati berdebar debar......memasing diam dlm kereta. Akhirnya sampai ke epot jam 3.15 petang. Check in luggage semer bagai, amik masa sbb orang ramai...dua tiga kali nama kena announce..aduhai....jam 4.15 baru lepas semua pemeriksaan imigresen. Sebaik sahaja melepasi imigresen, pekerja AA sudah menunggu dipintu masuk. Berlari lari pulak menuruni tangga menuju ke kapalterbang. Dok carry hafiy yg debab tu..aduhai. Asben ngan anak2 carry backpack....hahaa......Elok jer kami berada dlm flight...tak sampai 5 minit, flight dah mula bergerak.......mujur tak kena tinggal. 



Kami selamat mendarat di LCCT 28 minit lebih awal dari waktu ketibaan. Alhamdulillah...walaupun terjadi macam macam perkara, saya tetap tidak serik untuk travel lagi. Semua itu adalah pengalaman. 




Friday, 28 February 2014

Jakarta - Bandung - Jakarta Day 3

Ahad - 16hb Februari 2014

Mood malas nak perabihkan citer Jakarta Bandung Jakarta ni..

Hari ke 3 di Bandung. Mengikut perancangan, hari ni menuju ke Jakarta tetapi akan singgah di Safari Bogor. Hari ni ramai betul tetamu di La Nostalgie Guest House ni. Tetapi Ibu Risti memang sangat baik. Dia risau betul bila melihat anak anak saya belum sarapan. Risau makanan habis agaknya. Ye lah..sbb mungkin dia menyediakan sarapan yang terhad kut. Kebetulan hari tu ada pulak satu rombongan dari sebuah persatuan di Indonesia menginap disitu. Mereka juga, selepas sarapan, akan terus ke Jakarta. 

Muka ceria lagi sambil menunggu supir
Bersama ibu risti dan pak halim
Seawal 8.00 pagi kami sudah bersedia menunggu supir. Mula mula menunggu kami okay lagi. Bila dah mula menginjak ke jam 9.00 supir x datang, saya dah gelisah. Jam 10.00 x muncul, hati lagi mengelabah. Saya cuba menghubungi Tony (yang arrange transport), tp tak dapat. No hp redza saya tak ambil pula. Hari sebelumnya, dia kata driver lain yang akan ambil kami....pd kami tak jadi masalah, asalkan ada driver. Setelah mencuba byk kali, saya minta tolong Pak Halim dan Nola (reception La Nostalgie) menghubungi org yang arrange transport ni (sbb mereka kenal dengan Tony), tapi tak berjaya juga. 

Jam 10.30 x muncul, kami nekad mencari supir lain. Anak anak pun masing masing dah jemu. Pak Halim dan Nola berusaha keras mencarikan transport untuk kami. Pada masa tu, kami buat keputusan, membatalkan saja rancangan ke Safari Bogor, terus balik Jakarta sahaja. Setelah selesai urusan, dengan jasa baik Pak Halim, kami semua pun meletakkan barang di dalam kereta untuk ke tempat Cipaganti (kenderaan minivan yang bakal kami naiki ke Jakarta). Elok sahaja kami mahu berangkat, supir pun sampai. Pak Halim terus menanyakan bermacam mcm soklan kepada supir yg baru sampai akan perihal kelambatannya. Saya tak paham bahasa Indonesia, yang mana akhirnya, Pak Halim tidak mencadangkan langsung kami mengikuti supir yang baru ini. Memandangkan Pak Halim (owner La Nostalgie Boutique) juga tidak mencadangkan kami mengikut supir yang baru ini, kami akur sahaja kerana pada kami Pak Halim lebih mengenali orang dari daerahnyer sendiri. . Saya enggak percaya lagi, kata Pak Halim. Saya kenal sama Tony, tetapi saya tidak kenal dengan supir ini. Saya tidak mahu nanti entah kemana mana dibawanya ibu dan bapak juga anak anak. Bagaimanapun, saya tidak mahu melabelkan apa apa ttg mereka ini, cuma mungkin nasib kami sekeluarga tidak begitu baik kerna supirnya lambat.. Boleh saja kami meneruskan perjalanan ke Safari Bogor dan langsung terus ke Jakarta....tp mendengarkan kata kata Pak Halim, kami membatalkan niat kami. Dan pada masa itu juga, mood kami untuk ke Safari Bogor juga memang sudah terbantut.

Pak Halim menghantar kami sekeluarga ketempat untuk menaiki Cipaganti. Segala urusan, Pak Halim yang selesaikan. Kami cuma perlu membayar harga tambang Cipaganti sahaja sebanyak RP100,000 seorang. (RP700,00 untuk 7 orang). Saya berterimakasih banyak banyak pada Pak Halim. Saya bersyukur, mujur saya menginap di La Nostalgie yang mana ownernya kenal dengan orang yang menguruskan kenderaan kami. Memandangkan kami belum membuat pembayaran transport, saya cuma meninggalkan duit bayaran kepada Pak Halim untuk diberikan kepada Tony. Based on trust sahaja. Walaupun bagaimanapun ada juga dibuat surat pengesahan penerimaan wang antara saya dan Pak Halim. Kalau ikutkan hati yang marah, rasa xmo bayar jer..hahhaa..tp pk pk......tak baik kan...

Cipaganti
Tepat jam 12.00 tengahari, kami menaiki cipaganti terus ke Jakarta. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2-3 jam. Laju juga driver ni bawak. Sampai di Jakarta, kami mengambil teksi untuk ke MaxOne Hotel. Orang kata, naik teksi bluebird, teksi yang boleh di percayai di Jakarta. Hmm..ntah ler ya...sbb kami di bawa pusing pusing ntah kemana, walhal Maxone Hotel tu dekat sahaja dengan tempat Cipaganti ini berhenti. Malah sebelum tu, saya bertanyakan kepada orang yang lalu lalang di situ, Maxone Hotel cuma di hadapan jalan yang lurus sahaja. Akhirnya kami dikenakan RP30,000 dan RP35,000 untuk dua buah teksi. Perjalanan sama, tp jumlah bayaran x sama.


MaxOne Hotel Sabang
Jl KH Agus Salim, No. 24
Central Jakarta


Notakaki: Bagusnya menginap di Maxone Hotel ni kerana sepanjang panjang jalan, penuh dengan gerai gerai makanan, restoran dan juga pasaraya. Jadi kami tidak perlu bimbang untuk mencari tempat makan.

Maxone Hotel ni kecik jer. Nak solat payah sikit..jenuh kena ejas kedudukan. Bilik air pun comel. Tp sekadar nak tidur, tak jadi hal. Interior deco memang menarik..

Selepas check in, kami terus menuju ke National Monument Indonesia (MONAS) dengan berjalan kaki sahaja. Berpeluh juga ko...hahhaha....punyalah ramainyer orang di kawasan Monas ni. Kami cuma jalan jalan di luar sahaja. Beli air kat sini..mencekik betul.....








Ada satu pertunjukan disini, menggunakan kanak kanak. Di balut dengan kain..tak tau nak buat apa. Tp sy andaikan mungkin agaknya nak bakar kut..sbb org tu siap kumur kumur dengan minyak tanah,sambil main main api....kami tak tengok sampai habis. Tak minat dan tak berani. Sekadar pusing pusing jer kat dataran ni..lepas tu balik hotel.

Malam kami dinner di Restoran Natrabu ni. Walaupun byk kedai kedai makanan di sepanjang jalan berhampiran hotel, tp sy lebih suka memilih restoran. Dah kenyang makan, balik hotel, tido. Esok nak pergi Tanah Abang pula.



Sepanjang berada di Jakarta / Bandung, peruntukan lunch/dinner bagi kami 7 beranak, setiap kali makan,  harga x jauh bezanya. Kami akan membayar lebih kurang RM120.00 utk 7 orang = RP400,000 (hampir setengah juta ko..hahhaha). Satu hari untuk lunch and dinner RM240.00. 4 hari RM900.00++. Redha jer..anak ramai..kekekkee.. (itu anggaran saja ya..ada kala kami bayar kurang)



Wednesday, 26 February 2014

Jakarta - Bandung - Jakarta Day 1

Jumaat - DAY 1
14hb Februari 2014

Percutian kali ini adalah ke Jakarta - Bandung - Jakarta pula bersama sama keluarga. Pada mulanya saya cuma bercadang nak ke Jakarta sahaja. Kemudian suami saya kata, tak banyak tempat yang kami boleh pergi di Jakarta, so why not kita sambung jer trip ke Bandung. Puas juga memikirkan berapa hari nak berada di Jakarta dan berape hari pula berada di Bandung. Lagipun anak anak tidak berminat untuk pergi ke mana mana theme park samada di Jakarta ataupun Bandung. Mereka lebih suka bila mendengar perancangan ke Safari Bogor. 

Seawal jam 5.00 pagi bertolak dari rumah menuju ke LCCT. Selepas menurunkan kami di LCCT dlm jam 6.00, suami saya berpatah ke arah Tune Hotel untuk meletakkan kereta. Kali ni kami membuat keputusan menaiki kereta sahaja dan park di LCCT (sebelum ni kalau travel, kami amik bas dari KL Sentral ke LCCT). Flight ke Jakarta jam 7.00 pagi. 6.30 pagi kami memasuki boarding area.  Tepat jam 7.00 pagi, kapalterbang berlepas.



Sesampai di Soekarno Hatta International Airport, flight berhenti agak jauh yang mana kami terpaksa menaiki bas untuk sampai ke Terminal 3. Alhamdullillah, urusan imigresen berjalan lancar dan pak supir yang sudah di tempah lebih awal dari Malaysia sudah menunggu dengan board yang tertera nama saya. Imad Rohimat nama nya. 



Ini kereta sewa kami
Patung dekat jalanraya..
Kami meneruskan perjalanan ke Bandung. Untuk keluar dari bandar Jakarta yang sesak, perjalanan kee Bandung mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sepanjang perjalanan, kami perasan Imad ni berhenti beberapa kali di R&R. Rupernyer Imad tidak sihat. Kesian dia. Sesampai di Bandung kami singgah makan tengahari dahulu Tone's Square. Di sini, driver kami bertukar di ambil alih oleh driver bernama Redza pula. 

Notakaki:  Saya rasa tempat ini memang terkenal di kalangan para pelancong. Banyak blog yg saya baca, kebanyakan pelancong di bawa ke restoran ini untuk makan tengahari. 

Masakan Padang. Letak lauk byk byk atas meja. Kalau nak, sila makan,
takmo sila letak ke tepi..

Kami singgah makan di sini



Selesai makan tengahari, kami terus menuju ke La Nostalgie Boutique Tempat penginapan ini di cadangkan oleh kawan saya. Saya membuat tempahan melalui email dan telepone sahaja. Dan berjaya mendapatkan satu family room yang boleh memuat kami 7 beranak. Onwer La Nostalgie ni adalah Pak Halim dan Ibu Risti. Sangat sangat baik.....

Boutique Guest House
Galunggung Street, No. 29
Bandung Indonesia 40264
Phone:  +62 22 7304526
Fax:  +62 22 7333787
Email: lanostalgie@ymail.com


Bahagian depan
 


Bilik kami

Bilik air
Surau
Di La Nostalgie ni ada surau dan juga tempat ambil wuduk di Ground Floor. Dekat sangat dengan family room kami. So, sekira ruang bilik agak sempit untuk kita solat, bolehlah menggunakan surau ni.
Tempat ambil wuduk
Suka sgt Hafiy, sbb ada kolam ikan
Cermin sebesar besarnya..
Ruang menunggu
Hotel La Nostalgie ini adalah sebuah penginapan guest house, tetapi berkonsepkan hotel. Mempunyai 12 bilik sahaja. Terletak di kawasan perumahan di Jalan Galunggung. Tidak jauh dari bandar, tetapi memerlukan kenderaan untuk keluar ke bandar. Kalau saja saja nak jalan kaki, mmg takde lah ya....berpeluh peluh pula nanti. Disini juga ada disediakan perkhidmatan wifi percuma..
Entrance dan reception
Untuk family room saya mendapat harga RP1,440,00 untuk 2 malam, breakfast included for 4 person. Untuk breakfast tambahan adalah RP47,500 per person. Kanak kanak adalah percuma. Bilik ini mempunyai 2 katil besar dan satu sofa. Satu katil boleh memuatkan 3 orang (pd saya okay je, xler sempit sangat katil tu)...anak saya yang sulung tidor atas sofa. Sofa tu pun besar juga. So, tak kisah katanya. Untuk tidur sahaja. Selepas zohor, kami menuju ke Toko 3 untuk mencari seluar jeans. Redza yang cadangkan ke sini. Sebenarnya kami pun tak tahu kemana harus di tuju dahulu, jadi ikut sahaja lah. Didalam kereta, Redza berpesan jangan melayan penjaja penjaja yang datang menjual barangan kononnyer dengan harga yang murah. Kami menurut perintah sahaja..hehehe.

Gambar google
Toko 3 - Original Jeans Centre at the centre of Bandung city, offering wide ranges of original jeans brands at affordable prices. Up-to-date fashion for men and women..Visit Toko Tiga at Jl.Ahmad Yani 114, Bandung


Ye ker pun ntah. Namun dapat juga saya membeli sehelai jeans levis utk diri sendiri, untuk suami dan anak anak dan juga beberapa helai tshirt.  Selesai di Toko 3, Redza membawa kami ke Factory Outlet di Jalan Riau. Tak banyak yang kami beli di sini....sebab terlalu banyak kedai, saya pun pening...mana satu nak masuk pun ntah ler....




Kami sekadar pusing pusing di Factory Outlet, kemudian kami mula mencari tempat untuk makan malam. Kerana di Bandung waktunya adalah lewat satu jam dari Malaysia, sekitar jam 6.00 petang hari sudah beransur gelap. Si hafiy nak KFC pulak...pusing pusing Redza cari restoran KFC...hehehe. Kemudian dia membawa kami ke sini untuk makan malam


Order mee kuah. Rupernya mcm mee sup jer.
Resto Karamba adalah Restoran Sudanese Bistro. Tp kami order makanan yang biasa biasa sahaja. Nasi goreng biasa, nasi goreng karamba, mee kuah...Restoran ini terletak di Jalan Sultan Tirtayasa, No. 26. Dekat sahaja dengan Jalan Riau. Selepas makan masing masing sudah penat dan dah tak berminat nak jalan jalan, kami beransur pulang ke tempat penginapan. Berjanji dengan Redza, esok jam 8.00 pagi untuk pergi ke Tangkuban Perahu pula.

Sesampai di La Nostalgie, ada show pulak.  Siap dancing and singing lagi para pengunjung di sini. Lagu lagu yang dinyanyikan pun mendayu dayu jer. Asben saya pun depa ajak menari gak..hehehhe..Rupanya memang every friday ada Live Music Event kat La Nostalgie ni.


Live Music Event

Friday ? its a weekend time !! a good day to spend your time with us, get some chat with friends, dine or sing away...
La Nostalgie Guest House has an event " Live Music Event" which held every Friday starts from 4 PM until 9 PM.
This event is placed in Lobby / Restaurant on the ground floor. Using the latest version of Keyboard Instrument and all perform will be guided by professional music player with many kinds of genre of the music such as pop, rock, jazz, blues or even classic "old" music. And don't forget guys, this event is 
FREE !!! FREE ENTRANCE AND FREE SINGING !!!
Bring all of your friends to La Nostalgie Guest House, enjoy our food and drink,and get a new experience here...