Showing posts with label Batam - Singapore. Show all posts
Showing posts with label Batam - Singapore. Show all posts

Thursday, 28 June 2012

KL - Batam - Singapore - KL


Mulanya bersembang pasai Corelle. One of our friend kat kelab, Jass  ajak soping corelle kat singapore. Murah katanya. Seperti biasa, akak tergedik gedik, nak berjalan.  Ni lah akibatnya kalau bersembang dengan mak mak budak. Tak abis abis pasai soping. Soping pinggan mangkuk, soping kain baju. Soping barangan  penjagaan diri luar dan dalam. Soping macam macam le. Mashi cadangkan, alang alang pergi Singapore, jom terjah Batam sekali.Wah..lagi akak suka.  Akhirnya 4 orang saja yang boleh pergi. Su, Mashi, Adek dan akak. Jass tak dpt joint..takper Jass, lenkali na...

Adek dah buat itinerary dan bajet. Boleh tengok kat blog SUTERAZEN Mashi dah booked hotel kat Batam.  Tiket ferry pun Mashi yang setelkan – FOC (tumpang tuah Mashi jer kitaorang ni – mekasih bebanyak mashi, mekasih daun keladi).  Akak ni pulak, lenggang kangkung, bawak badan…hahahaa..

Persiapan…….ala..pergi Batam – Singapore je . Bukan pergi Korea. (asik asik korea, takde ker tempat lain.....hahhaa..ye lah..sbb tak penah pegi tempat lain...tu ajer yang boleh di jadikan contoh..)


Hari Pertama (23 Jun 2012)


Berkampung di Bangi. Lepas jam 12 midnite, we started our journey and drove all the way to Johor Bahru. Adek is a good driver. Smooth ajer perjalanan kitaorang. Sesampai JB, kami singgah untuk bersarapan di restoran E & Y. 



Breakfast disini di pagi hari sambil menonton bola Greece vs Germany.
Gambar ehsan pak google


Selesai makan makan, kami mula pusing pusing cari masjid. Jenuh juga berpusing pusing dan bertanya orang ramai. (Yg lawaknya, memasing confident jer ngan jalan jalan kat JB. Walhal, semua buta jalan). Jenuh dok pusing CIQ, cari masjid kat belakang as instructed by one of the org yg ada kat kedai E&Y ni. Nampak mcm kubah kecil, ingatkan masjid. Rupernye bangunan stesen KTMB lama.......hahahaha..Tetapi akhirnya sampai juga ke Masjid Saidina Abu Bakar, Johor Bahru (setelah bertungkus lumus bertanya pada orang ramai dan juga pak polisi. Tu baru dalam Malaysia pun sesat barat.)



Notakaki- Masjid ni masjid lama. Sunyi, tak ramai orang. Azan sayup sayup kedengaran dari atas bukit. Masjid ni berhampiran dengan Pusat Islam dan juga Istana. Dekat dengan main road. 


Kesian para musafir yang keletihan...
siap kena bebel lagi ngan sorang makcik dlm masjid....
akak ler yg kena tu..hahhaa..sabor je lah...

Sesudah solat subuh, kami berehat seketika, sambil melurus-luruskan kaki dan badan. Dan juga sambil tu, cuci mata memandang jauh ke hadapan, negara Singapore di waktu pagi. Sementelah masjid tu berada di atas bukit, memang sedap lah mata memandang sayup jauh ke hadapan. 




Sunrise - gambar taken dari dalam kereta..

Hari dah cerah, kami berangkat ke The Zone, Stulang Laut. Nak park keter kat sini. Sampai kat parking area, inilah pemandangan yang menakutkan. Mulaler cuak. Selamat ker idakni. Tawakal ajerlah ya....


Kejadian menyeramkan di parkinng The Zone

Setiba sahaja di feri terminal, berlaku satu kejadian yang tak di sangka sangka..hahahhaaha. Kami tak tau, samada nak ketawa ker atau nak apa. Sukar untuk di gambarkan keadaan di waktu itu. Maka dari jam 8.30 pagi - 3.30 ptg, kami berusaha menyelesaikan permasalahan dari kejadian yang berlaku...Apa yang berlaku ya...hehee..biarlah rasia. Tepat jam 3.30 petang, kami berada semula di Stulang The Zone semula setelah selesai semua perkara. Dah parking keter, kami terus ke ferry terminal. Masa ni, badan pun dah berlengas. Seharian tak mandi. Muka pun tak usah cerita. Ferry seterusnya untuk ke Batam adalah jam 4.30 petang. Sampai Batam jam 5.30 petang (waktu Batam. Kalau waktu Malaysia 6.30 petang)



Tiket ferry. Siap ada nama lagi...tp kat bahagian price - 0.00..hehhehhe

Sabar menanti utk departure. Muka pun, takyah citer..muka fenattttt.

Nak tau lagi info info tentang Batam, meh ler masuk kat blog SUTERAZEN ni. Akak tak reti menulis macam su. Main bedal jerk..hhaha

Terminal ferry Batam

Sampai Batam, check in kat Hotel Goodway. Naik taxi kena bayar Rp60,000. Rehat kejap, pastu bermula lah edisi soping…..hahhahaha. 

Link pasai  Hotel Goodway


Hotel Good way, Nagoya, Batam


Ni ler bilik kami. Twin sharing, connecting room.


Kat Reception Goodway + Welcome Drink - air guava

Pemandangan dari bilik hotel. Salah satu bangunan yang ada kat Batam

Empat mak dara pingitan..wakkakakakkaka.......kat lobi hotel

Notakaki:  Nak masuk kat Goodway Hotel ni, kena lalu kat laluan yg ada scanner. Mcm kat epot tu..kkkekkeke

Kami pergi ke Nagoya Hill. Apa lagi nak buat kat Batam ni. Bukan ada taman tema. Nak gi mandi kat pantai pun takde. Kalau orang yang suka menebas (golf) bolehler datang Batam. Akak di fahamkan, kat Batam banyak Golf Course. Baper lubang, akak tak tau ekk..Mashi kata, ada satu lagi mall di panggil DC Mall. Tapi takdan nak pergi, time limited.

Shopping di Nagoya Hill.
Ingatkan ada kena mengena ngan nagoya textile...


Akak beli TShirt  I love Singapore. Tp beli kat Batam.  Oleh ole dari Batam, Bolu Kentang - Cake Kentang. Dah abis soping, makan dulu. Perut pun dah laparrrrr.. 

alpukat  - jus avocado. Sedap di tekak akak...

Teh botol

Tau ler lapar............

Ayam penyet Pak Chomot, Nagoya Hill. Sedap.
Total 4 pinggan ayam penyet, 4 teh botol, 1 alpukat RP94,600

Restoran Pak Chomot

Dah abis makan, balik hotel. Kena bayar Rp20,000 satu taxi. Walhal bukan jauh nau Nagoya Hill ke Goodway Hotel tu. Tak kisah. Redah je. Dah penat le katakan. Sampai hotel, kita massage badan pulak. Fuhhhh....memang best. Kena massage (Rp80,000). Pastu tido pun lena.....



Hari Kedua (24 Jun 2012)


Esok pagi, kul 4.30 pagi akak dah terjaga. Tak lama tu dengar azan subuh. Cepat subuh di sini..lebih kurang kat Malaysia. Tp timing yang berbeza. Check out hotel, nak kejar the earliest ferry. Naik taxi, kena bayar RP70,000. Sampai ferry terminal, breakfast dulu. Sampai kat ferry terminal, ada beberapa kaunter tiket dan kedai belom bukak lagi. Ingat nak terjah kedai Polo kat situ. (butik polo ni memang menjual barangan yang original). Tp kami tak sempat. Time limited. Masa dok punggah punggah beg, kami perasan ada satu beg plastik. Ingatkan kepunyaan ahli rombongan. Rupernyer kepunyaan pak supir taxi. Bekalan makanan dia...adoiii..sian dia. Tp kami letak kat entrance ferry terminal tu, dan bagi tau penjaga disitu. So, pandailer dia ekk..maaf ya pa supir...kekkekke....

Info:  Kat Batam ada barangan berjenama, dan juga barangan tiruan. Berhati hati lah ketika membeli. 



Breakfast di terminal ferry, nasi lemak singapore  +
dimsum + teh tarik (tak sedap)


Terminal ferry - The Zone (balik dari Batam singgah kat Duty Free).
Kat sini ada jual Pepero....snack korea.


Sampai The Zone, Stulang, alhamdulillah, kereta selamat. Apa lagi mari kita ke Singapura pula. Setel isi Embarktion Card, beli Autopass, masuk hiway BKE (kat Singapura), sesat barat kitaorang mencari Orchard Road.  Mula ler koling here and there. Biasaler...mencari rescuer..hahahhaha. Akhirnya setelah jenuh berpusing pusing mengikut kata hati dan juga mengikut GPS, akhirnya sampai juga. Park keter kat Lucky Plaza. Kat Lucky Plaza ni terlalu ramai foreigner Filipino dan Indonesia. Pening akak sekejap.

Boleh gak baca pasai singapore ni dalam blog suterazen. Sbb pegi sama sama kan...boleh ler share cerita seshama...hehhehe

Notakaki:  Untuk ke Orchard Road (sekiranya dari Woodland) dari hiway BKE, keluar Exit 1. Cari signboard Stevens Road Exit 19A

Tak sempat pergi banyak tempat. Cuma pegi ke Tangs, Lucky Plaza dan Takasyimaya. Soping pinggan mangkuk. Adeiii....rambang mata menengok Corelle. Dah tengok Corelle, tengok Vision pulak.  Dah tengok Vision, Corning Ware pulak..hahahha.....mak mak budak. Dapat lah merembat beberapa set Corelle, Vision, dan Corning ware. Su dan adek, 1 set corelle. Dan juga beberapa  loose items corelle.. Mashi pun beli loose items. Dah abis shopping, time to go back Malaysia. Nak balik pun sesat barat gak. Jenuh pusing pusing Singapura, sampai gak ler ker area Marina Bay Sands. Kita orang siap bukak rooftop keter, semata mata nak amik gambar…haaha. Tanya orang sana sini, akhirnya selamat melepas imigresen di Woodland dan sampai ke Malaysia. Singgah sekejap di Danga Bay untuk makan.

Hajat hati ingin berjumpa dengan seorang ahli kelab yang menetap di Singapore, Enon. Tp hajat tak kesampaian. Lain kali ye Non. Kami turun Singapore lagi....

Antara yang sempat di rembat....


Design corelle yang berkenan di hati yg sempat di rembat



Beg shopping Takasyimaya 

Penuh dakk...hahahahhaha..bertimbun...

Antara pemandangan yg sempat di snap semasa jalan jalan di Singapore

Jam 10.00 malam kami bertolak dari Danga Bay Johor Bahru. Jam 12.30 malam sampai di Putrajaya WP. Jam 1.30 pagi sampai di rumah, Bangsar, KL......fenatttt....esok mau kerja..hahahah..

Secara jujurnya, akak really loved this trip. Walaupun hectic dan memenatkan, tp enjoyable.Of course tak sama rasanya bila travel lebih jauh lagi. Trip ni, trip redah dan belasah...hahahha. Memang ada perancangan, tetapi secara asas sahaja. yg mana akhirnya turn upside down, but we managed juga. 

Pada akak, bila berjalan bersama kawan kawan, memang kita kena cari yang sekepala. Kalau tak sekepala pun, masih boleh, asalkan mereka boleh ikut rentak kita dan kita boleh ikut rentak mereka. Give and take. Kalau ada issues here and there, sikit sikit saje, kita harus pejam mata. Don't take it too hard to heart. Penting kena saling memahami. Bawalah kenangan indah pulang, daripada membawa kenangan pahit untuk di kenang.

Lepas ni kemana pulak.......kkekkekkeekkkekeke..