Showing posts with label South Korea Autumn 2013. Show all posts
Showing posts with label South Korea Autumn 2013. Show all posts

Thursday, 28 November 2013

Korea - Autumn Day 8 - Last day

6 November 2013

Hari ni hari terakhir berada di bumi Seoul bersama sama dengan kumpulan warga JPA Parcel C, Putrajaya. Takde ler sempat beramah mesra sangat, sbb masing masing ada pasangan masing masing..hehhee..takat berkenal kenal gitu ajer lah kan....

Kami di kehendaki berada di lobi jam 9.30 pagi. Selepas sarapan, semua barangan kena bawak turun. Saya mcm biasa, tak reti lambat lambat...so, dah siap, kami jalan jalan sekitar Yoido Hotel. Dah siang hari, baru perasan kat belakang hotel adalah Han River..hahahha....ye lah..dah balik malam jer..Mana nak nampak yang lain. Kerana kami dah siap awal, saya dengan Illa, jalan jalan di tepi Han River. Sampai situ, baru perasaan..ooo..hari tu kita dah sampai..tp setakat sebelah sana jer..kekekke...dari subway station ke Yoido Hotel lebih kurang 600meter jauhnya. Pagi ni amat sejuk...saya pakai baju nipis sbb dok pk dah nak balik Malaysia kan...Kemudian Gina bagi tau...ada Yoido Park kat situ...kami lari lari terus pergi..Masa tu dah jam 9.00..hahhaa..ada setengah jam...sempat ni..





Kami sempat pergi ke Yoido Park. Cantik giler kat sini...pakkal camera akak camera cokia jer....berwarna warna segala daun daun kat sini.....tp dek kesuntukan masa, tak sempat nak jelajah semua kat Yoido Park. Nampak ada satu tasik, tak sempat nak pergi....9.30 dah nak kena naik bas semula..hehhehe
Sepanjang jalan bersebelahan Yoido Park


dekat park sebelah Han River


Sejukkk amat..gigil gigil u...hahhaa

Pemandangan dari park sebelah Han River ke arah hotel


Han River...bridge tu rasanya Mapo Bridge

Yoido Hotel dari belakang

Sebelah Yoido Hotel
Jam 9.25 kami lari lari balik ke hotel. Oppa driver dah siap siap masukkan bag kami semua ke dalam perut bas. Jam 9.30 jalan...kami menuju ke kedai Amethyst pula. Dekat jer..sbb tak sampai 5 minit dok dalam bas dah sampai..sya tanya Gina..ni kat mana ni...Dia kata..our hotel is in front..ni kat bahagian belakang....jenuh nak pikir jalan..hahaha...so cuba tengok map ni..mungkin bleh faham kut..Kalau ikut google map, perjalanan dengan berjalan kaki hanya 6 minit sahaja...




Uncle yang bagi penerangan pasai amethyst ni kata, klu sakit kepala, masukkan kepala dalam ni...sure hilang sakit kepala. Tp saya masukkan kepala, lepas tu saya sakit kepala...hahahaha....x pasal pasal kena makan panadol....dan masa ni juga, hidung pun asik berair...telan plak ubat selsema. Elok sgt ler tu..bekalan untuk masuk flight..ubat tido..hahaha





Ni lah bangunannya.....

Hadiah dari KTO


Tempat amethyst ni mempunya designernya tersendiri yang di import khas (lupa dari mana..hahhaha). Dan katanya design yang ada mmg berbeza dari tempat tempat yang lain. Amethyst di ikat dengan dua bahan. 1st grade, emas putih. 2nd grade dengan silver. Kalau nak murah, boleh pilih silver. Tak byk beza dengan white gold. Nama saja yang berbeza..hehehe..Kali ni mujur kuat semangat..fuuuhhh..mujur tak terbeli benda yang xde dlm list..kekkee..

Selesai di amethyst, kami menuju ke Incheon Airport. Agenda seterusnya adalah tempat souvenier.....berhampiran dengan airport katanya...Tp sebelum beli barang barang nak bawak balik Malaysia, kita lunch dulu. Tengok ler lunch kitaorang..haaha..sempoi jer kan....Segala makneka cendawan di masukkan ke dalam periuk dan di rebus. Yang lain lain ada kimchi, seaweed, cili hijau potong dengan kicap, sayur tauge...sayur apa lagi ntah...Kat Korea bleh plak makan cenggini. Cuba kat Malaysia makan rebus rebus jer..harus xmo...hahha..



Restoran dan juga kedai souvenier tu dalam satu bangunan. Restoran di tingkat atas...nak membeli belah sila turun kebawah. Saya pasti ini adalah tempat tourist. Memang berderet deret tourist bus kat sini. Lepas satu group, satu group. Cuma kelebihannyer disini, selepas membeli belah, barangan boleh di masukkan ke dalam kotak, seal dan FOC. Lepas seal, Gina akan tulih nama masing masing in Korean..hehehhe
Nama ku di dalam tulisan  Korea..hehehe
Kat sini macam macam ada. Korean Food product, sos gochujang, kimchi, seaweed, alat tulis, baju, t shirt, snack korea..Pendek kata, semua adalah. Harga tak jauh bezanya kalau kita beli di bandar Seoul. Barangan dapur pun ada. Saya beli ni..memula saya tak tau apa..ingatkan tempat letak buah buahan...sekali Gina ckp...kegunaannya adalah utk mengukus...hehhee..

Bila nak simpan kita kuncup kan.. - Gambar google
Bila nak guna, kita kembangkan..hehhe - Gambar google
Juga boleh adjust tahap kekembangannyer..hehhe..- Gambar google

Ni ler bangunannyer..



Selesai makan, selesai shopping..jom kita balik ke epot. Ekceli masih awal lagi..tp tu la...program dah abis..nak kemana lagi..hahaha...kena lah nunggu jam 16.30 nak naik flight. Masa check in luggage, kelam kabut sikit..ada yang terlebih berat...hahahha...Mujur akak and my sisters' family ada amik luggage lebih...so tumpang tumpang jer lah..

Bye Gina...see you next year..cewahhhh

Muka nak balik Malaysia sgt..
Banyak catatan perjalanan yang akak tak amik gambar..rsa cam rugi lak..takleh nak kongsi kongsi ngan orang. Apapun, terima kasih bebanyak kepada Ziarah Sutera..dan terima kasih kepada BPO, Jabatan Perkhidmatan Awan, Parcel C kerana dapat tumpang group travel..hehehe..sbb my sister ada kan..klu idak, harus x dpt ikut..bukannyer ku kenal pun...hahhaa...

Those yang rasa rasa nak ikut travel agency, saya leh rekeman Ziarah Sutera ni. Well organised....and enjoyed dan harga berpatutan. Tempat makan best best..tempat tido pun best...masa punctual....so byk tempat boleh pergi.Takde lah terkejar kejar. Kata orang, klu ikut travel agency ni, masa terhad. Tp dengan Ziarah Sutera, x juga....okay jer pd saya. Boleh mengikut rentak dah kerenah para pelancong semua. Dan paling best, Gina is the tourist guide. Very informative, pandai wat joke dan menceriakan suasana. Nak nak lagi taim badan dah penat...kan..Terima kasih byk byk pada Pn. Sofi, susah susah jer kerana terpaksa tukarkan tiket saya (sbb nak gi awal sgt dari group kan..)...hehehhe...dan assistant (tak ingat nama gak..ehehhehe). Of course kena berterimakasih dengan my sister juta juta kali sbb membenarkan saya dan kawan ikut trip office dia..hehehe..In Sha Allah, kalau ada trip kemana mana lagi, habaq la no..leh tumpang..hahaha


Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang LCCT jam 10.30 malam. Segala urusan imigresen tiada masalah....Flight delay juga....huhuhuhu. Saya mmg tido sepanjang perjalanan gara gara panadol dan ubat selesema. H

































Wednesday, 27 November 2013

Korea - Autumn Day 7 - Itaewon, Cheonggyecheon Stream

5 November 2013

Bahagian kedua di hari ke 7. Selesai lunch, Gina bawak kami ke Itaewon untuk solat. Sampai di Itaewon, kami berhenti di tempat yang sama.....so kenalah mendaki bukit nak ke Masjid di Itaewon ni. Ingatkan dekat...haahhahaa..jenuh gak....semasa lalu di sini baru perasan Restoran Murree dan juga restoran Siti Sarah yang ramai bloggers sebutkan. Rupernya bukan kat tepi main road..kena masuk ke dalam sikit..

Pisang kaki


Berselirat wayar..hahha


Entrance Masjid




Dekat dekat jer kedai makanan ni. Di lorong yang sama...patutler kami x jumpa masa cari mula mula kat sini..kekkeke...Takper lah..yg pasti makan kat  Restoran Mentari  gak yang best..Selesai di Itaewon, kami menuju ke Gwanghamun Square untuk ke Cheongye Stream dan juga Donghwa Duty Free



Sampai di sini, saya dan kawan dah tak ikut group dah..haha..Takde apa pun nak beli kat duty free tu. Bukan murah pun. Tp agaknyer tourist guide kena bawak gak, sbb dah ada dlm itinerary. Kami jalan jalan terus cross jalan, ke Cheonggyecheon Stream

Subway Seoul:  Stop at Gwanghamun Station. Exit toward Cheongyecheon Stream. (kena tengok ler uols dari mana, dari line baper...tak kisah line baper pun..kena baca subway map betul betul, pastu makesure stop kat Gwanghamun Station)


Since kami berada di sebelah Donghwa Duty Free, bermakna kami kena cross the rood untuk ke Cheonggyecheon Stream. Nampak dak mende mcm siput tu. Tu lah landmark Cheonggyecheon Stream. Klu dah nampak tu, so tau ler dah dekat..


Gwanghamun square yang sibuk ngan lalulintas..

Mercu tanda Cheonggyecheon Stream





Kebetulan masa ni ada Lantern Festival. Bila kami sebut lantern, si Gina tu sebut lilin..haha..beria kami kata Lantern Festival, dia dok sebut Festival Lilin. Sama kaa..haha..ntah ler..apa apa ajer lah Gina...Suasana waktu ni sgt cantik. Byk patung patung yang berwarna warni. Baru jer jam 6.00 petang..tp dah gelap..hehehe.





Penuh semak samun..saja je kut..



Cacamarba dah gambo...hahhaa....yg siang, yang malam, udah bercelaru. Malaih nak edit..Abis kat sini, kami ke Namdaemun Market dan Myeondong. Sesungguhnya ramai yang terkilan kerana bangunan jual brooch dah tutup. Ofkos dah tutup..dah gelap maaaa...Kul 5.00 lagi dah tutupnyer sedangkan kul 5.00 kami dok kat sini lagi. Pergi Myeondong pun, tak beli apa apa...haishh..aritu duduk kat Myeondong, tiap tiap malam gi night market..hahha...

Our landmark untuk berkumpul adalah Sinsegae Shopping Complex ni. Gina kata, jangan masuk, sbb mahal. Tp klu nak masuk gak, pegi ler ke toilet nyer..hahahha...ni ler toilet Sinsegae..kekekke


Leh lepak lepak u...
Ruang menunggu
Ruang sinki
Ruang jamban, idak ler amik gambonyer...hahhaha.....mmg eksklusif ler tempat shopping ni. Agak agak ada duit terlebih boleh ler masuk membeli..hehehe...

Ituler kelebihan dan kekurangan ikut travel agent ni. Ada tempat yang backpacker tak pegi, agent bawak pegi, tp tempat yang backpackers pegi, agent tak bawak pegi. Tepat jam 8.00 malam, kami bergerak ke Restoran Mentari untuk dinner. Memasing terpaksa berpuas hati dengan brooch yang di beli kat Restoran Mentari..hehehhe...dibawa khas ke sana..tp mahaiiiiii nyer laaaa ya amat.....Selesai dinner, kami balik hotel...mandi mandi..golek golek..jangan gelek gelek..

Esok adalah hari terakhir berada di bumi Seoul ini. So, malam ni, semua pack barang siap siap. Sebelum tu Gina berpesan, don't buy any bags to put your extra things. Sbb esok kami akan pergi ke satu tempat utk membeli barangan souveniers, atau food atau apa apa ajer yang ada kat situ...so, semua tu can be packed in a box. Free of charge. Gina kata, just put extra things dlm plastic bag jer..