Showing posts with label Accommodation. Show all posts
Showing posts with label Accommodation. Show all posts

Monday, 5 December 2016

Clover Hotel, Ipoh

Baru baru ni balik Ipoh sebab ada kenduri kahwin. Since semua adik badik balik and nak bertanggak di rumah SIL, maka kami bercadang buat tahlil untuk abah, abang, kakak, anak saudara (Afiqah) dan cucu saudara (Ammar). 

But too many people in one house...not so me la ye. Bukan tak suka duduk ramai ramai. Tapi anak anak saya lelaki semua. Nak berebut 3 bilik air....pastu bilik cuma 4 jer. So saya prefer dok hotel je. Actually hotel ni tak jauh pun dari rumah SIL. Masih lagi area Meru. If last time, bila balik Ipoh, saya stay kat Casuarina Hotel, Meru. Ni memikirkan nak tido je pun. Siang hari gi kenduri. Pastu, saya plak, ada mini reunion. Ulang alik ulang alik, hotel je la. So, pilih punya pilih punya pilih...saya booked melalui booking.com. Dapatlah Clover Hotel. 




**Ipoh dah jadi macam kampung ke2 lak....

Clover Hotel ni dekat je ngan Hotel Casuarina, Meru. Budget hotel, yang dibina diatas barisan shoplot 4 tingkat. Masih baru, kata receptionist tu baru 4 bulan dibuka kepada orang ramai. So, takyah ler expect lebih lebih ya. Bilik takde besar mana. Since saya booked triple room, maka dapatlah kami satu katil queen dan satu katil single. Bilik air just nice, tetapi sbb still new, dinding pun masih lagi lepaan simen. Cuma lantai je ada tiles. Toileteries pun tak byk. Cuma satu botol kecil shampoo dan mandian. Jangan expect ada berus gigi dan ubat gigi lak ye seperti sesetengah hotel tu. Towel cuma bath towel sahaja. 





Ada tv, electric kettle dan meja. Satu tempat sangkut baju. No fridge. No lift. Mostly lantai adalah lepaan simen sahaja. Maybe sbb masih baru. Luckily the hotel is still new. So boleh nampak akan ke baruannyer....(apa punya ayat). Tp plug byk Ada 4. Senang nak men charging handphone..hehehe

Rekemend: Boleh if you all just want to sleep. Jangan expect lebey for budget hotel. Dekat dengan kedai kedai. Mydin sangat dekat. Depan ada mcdonald, kfc. Dan juga sangat dekat dengan Dataran Amanjaya if you all nak lepak malam lama. Juga dekat dengan Movie Animation Park Studios (macam belom siap je)

To me, x byk komplen le. Sbb nak tido jer kan. Janji katil selesa, takde bau bau tak sedap. And paling best, free wifi. Laju plak tu...huhuhuh. And the location is very good. 





Friday, 19 February 2016

Hotel Cititel Express Pulau Pinang

Masa ke Pulau Pinang baru baru kami stay di Hotel Cititel Express. Hotel ni betul betul di tengah tengah bandar. So access nak ke kedai makan, pasaraya, Penang Art Street, Muzium Terbalik etc sangatlah dekat. Hotel ni taklah besar mana. Kami booked 2 family rooms and 2 standard twin rooms. Family Room untuk myself sekeluarga and the other one untuk emak dan anak anak buah. My sisters and hubby masing masing amik standard room. 

Untuk Standard Room saya booked thru booking.com. Manakala family room thru  Hotel Cititel Express Penang website. Pada saya booking melalui website lagi murah hahha.. With breakfast and no extra charges. Melalui booking.com ada breakfast tp kena pilih and pay extra and harganyer lebih mahal. Untuk Standard Room, pada saya amatlah kecil. Nak solat, memang kena ejas. Tp family room nyer quite big gak..selesa lah utk 4 orang adults + 1 child. Family room nyer mcm connecting room gitu. Sebelah menyebelah. Bahagian dalam double bed, bahagian depan two twin beds.




Pemandangan dari dalam bilik
Boleh nampak jambatan Pulau Pinang




Keesokan hari kami breakfast di Enoshima Japanese Restaurant yang berada di lobby. Small restaurant, pilihan pun tak banyak, tp menarik juga.  Kami anak beranak bersembang kat dalam ni sampai orang tu tutup lampu ler..hahhahaha...indirectly nak bagitau gamaknyer, breakfast time dah tamat. 


Nunnn kat hujung tempat ambil makanan. Kecik jer..








Friday, 12 February 2016

Tok Janggut Homestay & Retreat Taiping

Pada 30 & 31 Januari 2016 yang lepas, maka berakhirlah Geder Geder TSY buat kesekian kalinya di Tok Janggut Homestay. Boleh masuk FB ni untuk tengok lebih lanjut berkenaan dengan TokJanggut Homestay & Retreat Taiping

Selebihnyer saya tepek gambar jer lah ya....Best tempat ni, sbb ada 8 bilik pelbagai size. Dibahagian hadapannyer ada main house, yang mana terdapat 3 bilik (2 bilik kelamin dan 1 bilik bujang) manakala di bahagian belakangnyer terdapat lagi 5 bilik. Di ruangan tengah tengah pula, terdapat sebuah kolam renang. Walaupun tidak besar mana, tapi cukup untuk anak anak bergumbira mandi manda.

Ni susunatur bilik kami aritu. Thank you to IMANN, susah payah buat layout bilik, untuk memudahkan kami supaya tahu bilik masing masing kat mana...




Disini juga ada disediakan basikal dan motosikal untuk kegunaan para pengunjung berjalan jalan sekitar kampung. Untuk penggunaan basikal hanya secara percuma, manakala untuk motosikal kalau tidak silap saya dikenakan bayaran sebanyak RM30.00 untuk sebuah motosikal. Selain mempunyai ruang dapur dan juga ruang makan, juga terdapat beberapa bilik air untuk di kongsi. Untuk sampai ke sini mudah sahaja...sila tengok berdasarkan gambar di bawah


Homestay Tok Janggut ni betul betul di tepi jalan. So, kena alert, takut terlepas pandang. If terlepas, kena patah semula ke belakang.




Bilik 6 & 7





Bilik No 4, 5 & 8  (kat belakang bilik no 5)

Ruangan untuk lepak lepak dan makan makan
Basikal boleh digunakan

Bilik 6 & 7

Tempat yang menarik untuk weekend gateways for families. Untuk bersama kengkawan pun seronok juga..facilities bagus, bilik bilik pun best. Setiap bilik ada aircond dan kipas. Paling best, bila mandi, air sejuk. Ada beberapa bilik air mempunyai 2 shower. Menurut kata owner, satu adalah dari air paip dan satu lagi air sungai...sejukkk.  


From Tok Janggut FB

From Tok Janggut FB




Thursday, 24 December 2015

Accommodation in Jeju Island

Jeju Gillime Pension 
Address: 1702-5 Dodu-1Dong, Jeju Si, CJ, South Korea 
Phone:  +82 64-743-5995

Offering complimentary breakfast, free Wi-Fi access and a free airport shuttle service, Jeju Gillime Pension is located just a 20-minute drive from Jeju International Airport.  Rooms here will provide you with air conditioning, heating and free toiletries. Private rooms come with an en suite bathroom with a shower, while bathrooms and toilets are shared in dormitory rooms. At Pension Jeju Gillime you will find barbecue facilities and laundry facilities. Free parking, free bikes and a luggage storage service are also available on site.  Halla Mountain is a 57-minute drive away, while Halla Arboretum is within an 18-minute drive from the property. Yongduam Rock can be accessed by an 18-minute drive. 

Jeju Gillime Pension ni sebenarnyer dekat dengan airport, kalau dari hadapan. Tetapi untuk ke Jeju Gillime Pension ni, kena pusing satu airport, baru sampai. Google map ni betul ke idak ni hahhaa...actually tak sampai 30 minit pun nak sampai sini. 



Nunnnn sana...pantai tu. Cantik gak pantainyer..


1 double tilam

1 bunk bed - bilik yg kami dpt. Bahagian bawah


Bilik air - serupa

Kitchen

Peti ais - bila dah abis, owner mesti refill

Toaster & kettle

Dapur dan sink

Tempat santai santai

Kalau tengok dari luar, macam biasa je. Tapi bila masuk kedalam, pasti kita menarik nafas lega. Sangat selesa. Semua disediakan. Mesin basuh, dryer, kitchen siap dengan orange juice, susu, telur dan roti. Air panas juga disediakan. Rate untuk satu malam adalah KRW150,000 (1 double bed and 1 bunk bed). Semasa saya membaca review di booking.com ramai mengatakan bising, kerana berdekatan dengan airport. Tp alhamdulillah, kami tak dengar bunyi bising sgt. Sesekali adaler sayup sayup bunyi kapal terbang.  Tempat ni amat berdekatan dengan pantai. Walau bagaimanapun, kalau nak berjalan ke pantai, berpeluh gak tiak weh...hahhaha...

Saya suka tempat ni. Sangat selesa, owner sangat sangat baik dan friendly. Kemudahan asas semua ada. Wifi sangat laju (penting tu...hehhehe). Cuma satu jer yang tiada...IRON...huhuhu. Stress mak bila tadak iron..hahhah. 


**some pictures amik dari booking.com


Seom Story Pension 
Address: 683-28, Seogwi-dong, Seogwipo City, 697-842, Seogwipo South Korea
Phone:+82 10-4287-1374

Seom Story Pension & Guesthouse is situated in Seogwipo, 5 km from Jeju World Cup Stadium . Soesokkak is 6 km away. Free WiFi is provided throughout the property. Some units also have a kitchen, equipped with a microwave and refrigerator. Free private parking is also available at this holiday home. Towels are featured. Hueree Park is 10 km from Seom Story Pension & Guesthouse. Jeju International Airport is 30 km from the property. 

Jangan ditanya bagaimana untuk ke Seom Story Guesthouse ni. Sebab saya cuma berikan address pada driver, pastu kami membuta. Bila dah sampai, Raymond bagitau dah sampai. Guesthouse ni takde tanda atau signboard. Memula Raymond teragak2 gak. Dia kluar dulu pi tanya, then baru bagitau kami bahawa itu memang betul tempatnyer. 

Reception adalah di tingkap 6. Dan kami mendapat bilik di tingkat 4. Untuk turun ke tingkat 4 menggunakan lift, kena tekan Lobby. Then lift itu akan stop di Tingkat 4. Sebabnya dalam lift tiada no. 4 ya. Saya booked One Bedroom House (tak ingat jenis apa, sbb ada 3 jenis). Tp yg kami dapat adalah Moon Seum Story, dimana terdapat 5 futton bed. Ia sangat luas, selesa, kemas dan bersih. Apartment konsep rasanya. Kalau satu keluarga 7 atau 8 orang, muat sangat lah. Tp bantal dan tilam yang disediakan hanya 5 sahaja ye. Mempunyai satu bilik, satu bilik air, kitchen dan living area. Kami semua tido di living area. Bilik yang kami dapat juga mengadap laut. Sejuk dan damai mata memandang. 

House facilities: Sea view, Flat-screen TV, Air Conditioning, Heating,Sofa, Shower, Hairdryer,Bathroom, Slippers,Refrigerator, Microwave,Kitchen, Dining table, Towels


Free WiFi is available in all rooms.

Living area

Kitchen

Sebelah kitchen ni, yang ada pintu tu adalah bilik. Dalam tu ada lemari simpan selimut bantal segala




Seom Story Guesthouse dari depan


**gambar dari booking.com. Tapi memang sebijik sejibon macam bilik yang kami dapat. 

Cuma yang tak best, sebab di bangunan yang sama ada sebuah restaurant. Setiap kali lift berhenti di tingkat yang mempunyai restoran, kami tutup hidung. Ntah...pening plak menghidu bau seafood. Semacam jer baunya. Begitu juga di bahagian bawah terdapat sebuah lagi restaurant. 

Juga disini utensil tak banyak. Basic sahaja..dua biji  periuk, pinggan mangkuk dan cawan dan sebuah fridge. Sudu pun xde. Mujur ada senduk satu. Kettle pun takde. Nak masak air, guna air paip ya...hehhehe. Tiada bahan makanan asas disediakan. Saya tak pasti tentang dorm yang berada di tingkat 6. Maybe ada makanan asas kut.  Rate untuk satu malam KRW125,000. Kata reception tu, kami sepatutnyer mendapat one bedroom house yang lebih kecil. Tp since semua penuh, maka kami di beri unit yg ini. 

Wifi ada problem juga pada mulanya. Di tingkat 4 kami tak dpt detect wifi, tp di tingkat 6, punyalah laju. Bila saya komplen, cepat2 reception tu tukarkan modem yang baru. 



Jeju Airport Hotel
Address: 260-25, Yeon-dong, Downtown Jeju, Jeju Island, South Korea 690-170
Tak sampai 15 minit pun dari hotel ke airport

Saya booked Jeju Airport Hotel ni melalui Airasia.go. Saya booked one Korean Style Family Room untuk 4 pax. Tapi bila tiba disini, katanya bilik yang kami nak tu, dah penuh. So mereka bagi 2 rooms, harga masih sama. Okay lah. Takdak hal. Harga untuk satu malam di Jeju Airport Hotel ni adalah KRW110,000. Tp kerana bilik kami ditukar ke Standard Twin Room, saya tak pasti harga sebenarnya kerana kami tetap membayar dengan harga yang sama.

Jeju Airport Hotel betul betul di bandar baru Jeju Si. Saya dipahamkan Jeju Si ada uptown dan downtwon. Banyak juga kedai kedai berhadapan dengan hotel ni. Paling best sebab dekat dengan Lotte Duty Free Mall diseberang jalan di sebelah kiri hotel. Dasar suka menyopping....celaru jiwa raga bila tak dapat shopping. Dapat masuk shopping mall, dapatlah mengubat hati yang lara, kerana banyak tempat yang tak dapat kami terjah pada hari ke tiga berada di Jeju kerana hujan. 


Bahagian bawah ni parking. Sila naik ke tingkat 2 tempat reception



Pada saya, okay ajer lah hotel ni. Kemas, bersih. Bilik xde lah besar mana. Sesuai utk dua orang. Nak solat,memang kena ejas sikit katil. Tp katilnyer besar, boleh tido dua orang. Ada juga kitchen dalam bilik ni. Tapi kami tak pasti boleh guna ke idak. Takde keperluan untuk kami  membedek kitchen tu masa tu. Takat nak masak air, kami guna kettle yang ada jer.