Showing posts with label Kluang. Show all posts
Showing posts with label Kluang. Show all posts

Friday, 8 June 2012

Kluang Rail Coffee - Johor

3 Jun 2012


Orang dok bercerita pasai Kluang Rail Coffee. Apa yang istimewanya...since mmg on d way ke Johor, akak ajak asbend singgah kat Kluang. Akak mmg pesen gitu..klu dah namanya jalan jalan, meh ler kita singgah memana......jalan jalan.......hahahhaha.........Asbend akak kata, jauh nyer nak pegi minum minum kat Kluang Rail Coffee...kat Bangsar pun ada..kekkeke..akak kata, sajer.....nak menikmati suasana minum coffee di tepi landasan keretapi. Ala...asben akak tu sajer jer. Padahal dia mmg suka pun..almaklum........landasan keretapi  tu kan, nostalgia pada dia.......kekekeke..anything got to do ngan keretapi..dia suka je.......hahhahaa...

Sepanjang nak sampai ke bandar ada beberapa  Agro Resort. Menarik kut utk di lawati. Tp kami tak singgah pun. Sampai jer kat bandar Kluang, terus pegi ke stesen keretapi. Mmg antik sungguh lah kedai ni..kedai lama. Rupenya kat Bandar Kluang tu ada satu lagi Kluang Rail Coffee......besarrrr punya..kekkeke........tp kami tak singgah pun juga. Sbb yg tu, lebih kurang macam yang kat Bangsar jer. Kedai yg dah di komersial kan......bangunan baru, deco baru...

Notakaki:  Kat Bangsar tu bukan Kluang Rail Coffee. Tp Kluang Station. Sama kaa...rasanya tak sama..kekekke..yg sama cuma Kluang jer..hahaha

Kluang Rail Station

Bahagian luar


Masa sampai, betul betul dah nak dekat kul 12.00 tengahari. Masa tu tak tau, kedai ni tutup kul 12.00. Kendian buka semula klul 2.30 ptg. Ada sorang akak tu, bagi tau....mujur..hahhaa..klu idak, harus menunggu lagi.........

Business hours

Kedai ni kat stesen keretapi tu..takdak kena mengena ngan Kluang Rail Coffee..hehehhe
hahahha.......ada cendol bakar..tp kami tak try pun..



Menu yang ada...



Maybe yg special kat sini, rotinya di bakar mengguna arang. Bukan masuk toaster macam kedai kedai yang lain. Tapi tak pasti plak kat kedai kedai Kluang Rail Coffee yang lain. Yang pastinya, klu kat stesen keretapi Kluang ni, mmg bakar guna arang..dan roti ada dua jenis...roti biasa, atau bun

Kami order yg ni jer....



Jenuh nak memujuk budak baru jatuh dari kerusi ni........sian dak Hafiy. Pucat lesi muka dia bila jatuh dari kerusi. Seriau akak........sbbnya dia jatuh kepala dulu...tengkuk terhentak ke lantai. ..adeii........tp mujur takde apa-apa...takde muntah, takde apa. Tak lama tu dia dah okay...lega akak...Lama gak ler dia nak recover dari terkejut jatuh..........



Dah abis minum minum, kami sambung perjalanan ke Kulai Jaya.  Masa nak kuar parking dari stesen keretapi tu, asbend angkat tangan jer, kawan dia katanya. ...takyah bayar parking...........hahhahhaa.......Akak kata kat asbend, seluruh staff keretapi kat semenanjung malaysia ni, kawan abang belaka ke......kekeekkkeke