Monday, 2 July 2012

Love You Thousand Times – Episod 42 – 45




Kang Ho akhirnya mengetahui bahawa Eun Nim adalah ibu tumpang kepada Yoo Bin apabila dia terdengar pertengkaran di antara Hyang Sook, Seon Yeong dan Eun Nim. Ini membuatkan Kang merasa amat sedih. Dia merasa tertipu,w alaupun hakikatnya dia amat sayangkan Eun Nim. Kang Ho juga akhirnya mengetahui bahawa Hyang Sook bukan ibu kandungnya, sebaliknya dia adalah anak kepada Baek bersama perempuan lain. Semua ini membuatkan hidup Kang Ho jadi huru hara. (Flashback..kisah masa dia kecil kecil dimana perempuan (ibunya) selalu muncul, tetapi dia tidak mengetahui langsung itu adalah ibunya. Dan dia terlambat utk bertemu ibunya kerana telahpun meninggal dunia 6 bulan yg lepas).

Hyang Sook membuat ujian DNA untuk memastikan adakah Eun Nim itu betul betul ibu kepada Yoo Bin. Semua ini terbongkar apabila Geum Ja dengan tidak sengaja melepaskan kemarahan kepada Hyang Sook yang bersikap kejam terhadap Yeon Hee. Hyang Sook memang tidak mengetahui bahawa  Yeon Hee adalah anak kepada Geum Ja. Apabila rahsia terbongkar, Hyang Sook tetap cuba menutup rahsia dengan memberikan sejumlah wang kepada Geum Ja.

Seon Yeong juga akhirnya mengetahui Eun Nim adalah ibu kandung Yoo Bin. Ini membuatkan Seon Yeong berubah sikap terhadap Eun Nim. Dia begitu takut Eun Nim akan mengambil hak penjagaan terhadap Eun Nim dan membuatkan Seon Yeong bersikap kejam terhadap Eun Nim. Memanggil nama Eun Nim pun dia tidak ingin sebalik selalu merujuk Eun Nim kepada ‘perempuan itu’.

Hyang Sook dan Seon Yeong berusaha utk mengeluarkan Eun Nim dari rumah Baek. Malah Seon Yeong sanggup menghalau Eun Nim dari rumah itu dan mengeluarkan kata kata kesat. Kang Ho juga menghalau Eun Nim dari rumah itu, sambil melemparkan sejumlah wang kepada Eun Nim. Eun Nim sedih, dan cuba membunuh diri, tapi di selamatkan oleh seorang rahib.

Semua orang risaukan Eun Nim yang menghilang. Kisah Eun Nim dan Kang Ho akan bercerai, tersebar, gara gara Seon Yeong membuat cerita dengan mengatakan Eun Nim mempunyai orang lain. (jahat Seon Yeong tawwww…mmg hipokrit abis dia ni…disaat ini dan juga selfish.Hilang semua sifat lemah lembut dia….hehheeh..). 

Kang Ho pula memberitahu kepada bapa Eun Nim bahawa dia mempunyai perempuan lain dan tidak mencintai Eun Nim dan bersetuju untuk menceraikan Eun Nim.  Walaupun pada hakikatnya dia sudahpun mengetahui alasan kena Eun Nim menjadi ibu tumpang Mereka masih berahsia alasan untuk bercerai. 

Eun Nim terserempak dengan Kang Ho di luar rumah bapanya. Kata Kang Ho, dia cuma mahu memberitahu Eun Nim bahawa mereka perlu berada di mahkamah. Kata Eun Nim, kenapa bersusah payah datang ke rumah, sedangkan dia boleh menelepon sahaja. Ketika itu, Eun Nim cuba memberikan kembali cincin perkahwinan mereka, membuatkan Kang Ho amat terkejut…………………

Dalam episod episod ni, Sae Hoon, Baek bersikap lebih rasional. 

sambuuunggggggggg



No comments:

Post a Comment