Krabi, Thailand - Again
Krabi, Thailand - Day 1
Krabi, Thailand - Day 2
Krabi, Thailand - Day 3


![]() |
| Dengan Salma |

Dari Pranang Cave Beach, kami menuju ke Tup Island. Sebenarnya di sini, if low tide, boleh berjalan kaki dari Tup Island ke Mor Island. Tp masa ni air tak braper nak surut. Paras dada juga. Jadi tak boleh ler nak berjalan jalan dari satu pulau ke satu pulau. Di Tup Island juga ada National Park. Disini yang sepatutnyer kami bayar untuk entrance fee. Tapi kami dah terbayar di Aonang, dan tak amik resit. So, x merasa lah nak menjelajah pulau tu.
![]() |
| Main main ikan kat Tup Island |
**Notakaki: Sebenarnya xleh bagi ikan ikan tu makan. Kami curik curik bagi roti. Berkejaran ikan datang makan...hehhhhehe
Selesai di sini, kami ke Chicken Island. Dekat jer dengan Tup Island dan Mor Island ni. Disni, sesaper yang nak snorkeling, boleh ler berbuat demikian. Saya tak snorkel pun. Kat Chicken Island ni bukan leh kita singgah pun. Cuma tengok dari dalam boat jer. Semasa di dalam boat, kami disajikan dengan buah tembikai. Boleh ler...tp saya lebih suka buah nenas...hehehhe.
Dari Chicken Island, kami meneruskan perjalanan ke Poda Island. Disini juga kami disajikan dengan makan tengahari. Nasi putih, sayur dan ayam (tatau masak apa). Tp x menyelerakan sangat pada saya. Saya cuma makan demi mengisi perut yang kosong. Semasa di sini, Shida sudah mula sakit kepala dan perut meloya. Kesian juga pada dia. Semasa yang lain semua mandi manda, saya temankan Shieda kembali ke boat. Sempat ler melelapkan mata...hahahhaha.
| Ayam dan sayur |
Poda Island ni cantik benonyer. Tapi bila dah banyak sangat bot bersidai kat tepi pantai...hehhehe ilang mood nak menikmati keindakan pulau. Tapi enjoy jer..

***xde gambar yang sesuai untuk di letakkan. Most of the gambar.....ada je muka2 kami yang x baper sesuai nak letak ler...kekkekeke. Pinjam gambar pak gugel je lah..
Di sini, syarikat yang menguruskan trip ni, menyediakan kenderaan untuk menghantar para pelancung semula ke hotel.. Malang bagi kami....tiada satu kenderaan pun. Maka terpaksa lah menunggu untuk seketika. Dek kerana masalah bahasa, org tu silap hantar hotel lain..hahaha. Mujur Airin ada simpan alamat hotel.
![]() |
| Naik van ni balik ke Hotel |
| Syarikat yang menguruskan 4 Island Hoping |
Sampai di hotel, mandi manda dan berehat. Shieda makan ubat dan terus tidur. Kami pula bercadang menyusuri kedai kedai di sepanjang Aonang Beach. Sebelum tu kami singgah mencuba Thai Pancake dan udang tempura di gerai gerai di tepi jalan. Kemudian meneruskan perjalanan ke kedai kedai di sepanjang Aonang. Mcm saya, mmg tak byk yg saya beli. Sue Along pun tak kelihatan penat juga. Mak mak budak travel, stamina dan berkurangan...hahaha. Ada ketika semput juga dibuatnya.
![]() |
| Pandai cakap melayu org kedai ni |

| Ni pun....unik. |
![]() |
| 1400 meter / 1.4km yer.... |
Jernih sungguh lah air kat sini. Hijau kebiruan, clean and clear. Memang semula jadi sungguhlah.. walaupun ramai yang dah berendam dalam air, tp air menten clear. Taklah keruh macam air sungai kita..hehhehe. Cuma tak suka, sbb ada beberapa ekor anjing kat sini. Dari Emerald Pool ni, kami nak masuk ke Blue Pool. Tp malangnyer ditutup....from May until October kalau tak silap. Ianya dibuka hanya dari November hingga April. Terlewat sikit lah kami ni..hehhehe.
Setelah puas berendam, kami beransur meninggalkan Emerald Pool dan singgah makan tengahari di gerai berdekatan. Roshan dah siap menunggu. Sebenarnya tak plan pun nak mandi, so tak bawak baju extra. Cuma seluar jer. Lepas berendam haruslah basah lenjun. Mujur sementara tengah makan, pelan pelan air dibaju mengering sedikit demi sedikit. Walaupun tidak kering sepenuhnya.
| Order fried rice omellet......tp dpt mcm ni..hhahahha. |
| Ni pun sama.....fried seafood with basil |
![]() |
| Saya punya baru betul nasi goreng....hehhhe |
Notakaki: Bukan nasi yang di goreng, tp bahan yang lain. Nasi cuma nasi putih sahaja. Cth fried seafood with basil. Samada menu yang silap tulis, atau kami yang tatau hahahaha..
| Van kami setia menunggu... |
Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Aonang. Sebelum sampai ke hotel, Roshan bawa kami singgah di sini dulu.
| Street food. |
Untuk hotel, saya booked bersama dengan ticket kapalterbang melalui Airasiago. Kami tawakal jer. Dalam hati berharap, biarlah elok hotelnyer. Hotel yang kami dapat ialah Aonang Terrace. Dari main road, kena berjalan sedikit dlm 5 minit gitu (or maybe less).Bilik yang kami dapat sangatlah besar. Boleh memuatkan 8 orang dewasa. Ada 4 katil queen. Since kami cuma ber5, mmg terasa lapang sesangat, cuma bilik airnya satu. Maka berebut2 lah ber5 tu yer...hehehehe. Tiada lift...tp tak ler tinggi.
| Besar dan luas kan... |
![]() |
| Jom gi Krabi Town Night Market |
Selepas check in, kami lepak lepak sahaja dalam bilik. Sebelum tu kami sempat bertanya kepada Salma, kiranya dia boleh menyediakan transport untuk ke Night Market di Krabi Town. Alhamdulillah...Salma kata boleh. Untuk trip ke Pekan Krabi, kami dikenakan bayaran TBH800.00 untuk pergi dan balik. Dalam perjalanan ke Pekan Krabi, hujan tersangatlah lebatnyer. Mencurah2. Dalam hati memasing mula pikir, camner nak jalan jalan kat Night Market. Salma kata,dinner dulu, sementara menanti hujan reda. Salma & driver menurunkan kami di Restaurant yg direkemennyer.
![]() |
| Kami dinner di sini |
![]() |
| Our dinner...meriah |
**kami order nasi putih, tomyam, ikan stim, sayur, ayam pandan goreng, kerabu betik, sotong goreng........hmm...apa lagi eh.....sedap dan puas hati. Total: lebih kurang TBH1135.00 utk 5 orang
Selesai makan, alhamdulillah hujan mula reda. Dan gerai gerai gi Night Market pun sudah mula di buka. Saya jalan jalan tengok tengok jer. Sempat beli fruit juice dan pulut mangga. Sudah berjanji dengan Salma, jam 9 dia dan driver akan tunggu di van.
![]() |
![]() |
| Unik |
![]() |
| Cantik...tp tak berani nak beli |
![]() |
| Fruit juice...tingat masa kat Korea..hehhee |
Abis pusing night market, kami kembali di tempat pertemuan perjanjian. Dan terus pulang ke hotel. Sesampai di hotel teringin plak nak bermassage. So kami bertiga, saya Sue Along dan Shieda turun semula untuk massage. Bawah hotel tu juga. Semasa kena massage...mak aihhhh ko...rasa mcm kena pijak2....hahhaha. Ingat massage ala ala aromaterapi. Ni massage gila gila punya massage. Nak terkucil di buat nya. Tp semua diam tak berkutik, sampaikan si tukang massage pun pelik. Siap tanya kami ni kerja apa. Aci pelik plak dia punya soklan. Rupanyer dia kata, dia heran, sbb kami diam sepanjang kena massage. Biasa orang lain, mesti akan berbunyi bunyi sakit..hahhaa..kelakar gila plak rasanya. Dia tak tau kami semua menahan jer.....Memang sakit badan tul di buatnya. Jam 11 abis massage kami masuk bilik....tido. Esok Island Hoping to 4 Island.
