9 May 2016 (Isnin)
Dari Pranang Cave Beach, kami menuju ke Tup Island. Sebenarnya di sini, if low tide, boleh berjalan kaki dari Tup Island ke Mor Island. Tp masa ni air tak braper nak surut. Paras dada juga. Jadi tak boleh ler nak berjalan jalan dari satu pulau ke satu pulau. Di Tup Island juga ada National Park. Disini yang sepatutnyer kami bayar untuk entrance fee. Tapi kami dah terbayar di Aonang, dan tak amik resit. So, x merasa lah nak menjelajah pulau tu.
![]() |
| Main main ikan kat Tup Island |
**Notakaki: Sebenarnya xleh bagi ikan ikan tu makan. Kami curik curik bagi roti. Berkejaran ikan datang makan...hehhhhehe
Selesai di sini, kami ke Chicken Island. Dekat jer dengan Tup Island dan Mor Island ni. Disni, sesaper yang nak snorkeling, boleh ler berbuat demikian. Saya tak snorkel pun. Kat Chicken Island ni bukan leh kita singgah pun. Cuma tengok dari dalam boat jer. Semasa di dalam boat, kami disajikan dengan buah tembikai. Boleh ler...tp saya lebih suka buah nenas...hehehhe.
Dari Chicken Island, kami meneruskan perjalanan ke Poda Island. Disini juga kami disajikan dengan makan tengahari. Nasi putih, sayur dan ayam (tatau masak apa). Tp x menyelerakan sangat pada saya. Saya cuma makan demi mengisi perut yang kosong. Semasa di sini, Shida sudah mula sakit kepala dan perut meloya. Kesian juga pada dia. Semasa yang lain semua mandi manda, saya temankan Shieda kembali ke boat. Sempat ler melelapkan mata...hahahhaha.
| Ayam dan sayur |
Poda Island ni cantik benonyer. Tapi bila dah banyak sangat bot bersidai kat tepi pantai...hehhehe ilang mood nak menikmati keindakan pulau. Tapi enjoy jer..

***xde gambar yang sesuai untuk di letakkan. Most of the gambar.....ada je muka2 kami yang x baper sesuai nak letak ler...kekkekeke. Pinjam gambar pak gugel je lah..
Di sini, syarikat yang menguruskan trip ni, menyediakan kenderaan untuk menghantar para pelancung semula ke hotel.. Malang bagi kami....tiada satu kenderaan pun. Maka terpaksa lah menunggu untuk seketika. Dek kerana masalah bahasa, org tu silap hantar hotel lain..hahaha. Mujur Airin ada simpan alamat hotel.
![]() |
| Naik van ni balik ke Hotel |
| Syarikat yang menguruskan 4 Island Hoping |
Sampai di hotel, mandi manda dan berehat. Shieda makan ubat dan terus tidur. Kami pula bercadang menyusuri kedai kedai di sepanjang Aonang Beach. Sebelum tu kami singgah mencuba Thai Pancake dan udang tempura di gerai gerai di tepi jalan. Kemudian meneruskan perjalanan ke kedai kedai di sepanjang Aonang. Mcm saya, mmg tak byk yg saya beli. Sue Along pun tak kelihatan penat juga. Mak mak budak travel, stamina dan berkurangan...hahaha. Ada ketika semput juga dibuatnya.
![]() |
| Pandai cakap melayu org kedai ni |














No comments:
Post a Comment