Friday, 24 June 2016

Krabi - Day 3

10 May 2016

Dalam jam 4.00 pagi macam tu, saya terjaga. Saya mula rasa perut saya tak selesa. Mual, berangin menyucuk nyucuk. Nak tidur pun dah tak lena dah. Saya bangun mengemaskan barang barang . Menurut kata Salam, driver akan datang pickup kami di hotel jam 0900 pagi. Sebelum ke epot, kami akan breakfast di kedai Salma dahulu then Salma akan bawa ke kedai souvenier. Dalam mengemas tak sedar masa berlalu. Selepas subuh, memasing menarik selimut semula. Rupanya bukan saya yang tidak selesa perut. Dahlia, Sue Along juga rasa tak selesa. 

Di pagi hari ni, bermula lah edisi berebut bilik air. Kejap sorang nak muntah, kejap lagi sorang nak buang air. Keluar sorang, masuk lagi seorang. Macam macam bunyi dalam bilik air...hehhe. Kami makan utk alas perut sikit kat hotel sebelum ke kedai Salma. Selepas makan saya cepat cepat makan ubat. Dahlia masa ni memang dah kelihatan tak bermaya langsung. Saya juga dah x larat sebab perut asik meragam. Cuma Airin jer yang masih mampu bertahan. Masih bertenaga..apa rahsia..Mineral Coffee kah...hhehehhe..

Kami turun kebawah, check out dari hotel, dan van kayu sudah menanti. Dan terus membawa kami ke kedai Salma. Disini, memang semua dah tak larat. Shida pula mungkin sbb dah berehat semalamam, jadi nampak bertenaga sedikit hari ni. Kami ber3 memang lepek abis. Bau makanan di kedai Salma juga sudah cukup membuatkan kami semua mual dan meloya. Saya muntah muntah lagi di sini. Jadi hanya Airin dah Shieda sahaja yang pergi ke kedai souvenier yang Salma cadangkan. Kami bertiga tinggal di kedai, dan semuanye zzzzzz..kruhhh kruhh...tido..hahhaha.


Dengan Salma

Menurut kata Airin dan Shieda, cantik tempat shopping tu. Rega boleh tahan, reasonable. Dan juga dekat dengan pantai. Alahai...rugi lakkk tak pergi. Tp perut mak meragam nak....hahhaha. 

Lebih kurang jam 11.00 pagi, van untuk membawa kami ke epot pun sampai. Tukar van pula ya. Bukan van kayu lagi...hehhee. Salam salam ngan Salma, then trus naik van. Sampai di epot...ramai nyer la orang. Dan yang paling ramai, rakyat dari negara China. Memang ada tour group dari sana. Agak kelam kabut juga di epot untuk scan bag. Since masih awal, kami decided untuk mengopi dulu. Tp jam 12.00 lebih, kami bimbang orang ramai, takut queue panjang, kami cepat cepat masuk boarding gate. Kat dalam tu pun, punya la ramai..huhuhu...dan dengan geng dot dot dot..(malas nak sebut laaa...hahahhahha). Kecoh wehh...Dengan depa depa ni membedal mee segera, dengan sampah bertaburan, dengan bau mee segera yang pelbagai bau..huhuhuh.... mual perut. 

Dahlia memang lepek trus. Saya dan Sue Along sudah beransur lega. Maybe dah makan ubat awal awal. Tp suasana dlm boarding area...cukup memeningkan. Kepala saya semasa sedang tidur, braper kali kena langgar. Walhal jarak antara kerusi dengan kerusi belakang punya lah besar. Boleh aje lalu tanpa melanggar sesaper...sabarrr jela. 

Jam 1.45 dah boleh masuk perut kapal terbang. Jam 2.25 kapal terbang berlepas. Memang semua bantai tidur jer. Lebih kurang 0425 petang selamat mendarat di KLIA2. Actually kami kami ni bawak cabin luggage jer...tp still kena scan bag kat KLIA2. Udahler lambat jadiknyer. Sue Along jer bernasib baik, dia bawak backpack, so boleh masuk laluan backpack tanpa scan bag...huhuhuhu. Lambat tul process scan bag kat KLIA2 masa hari ini.

End of Day 3. Esok nyer keja...huhuuhuhu...




No comments:

Post a Comment