Showing posts with label Nami Island. Show all posts
Showing posts with label Nami Island. Show all posts

Wednesday, 18 November 2015

Autumn in Korea 2015 - Day 2

31 Oktober 2015 (Sabtu)

Sepatutnyer kalau mengikut itinerary awal, hari ni ke Namdaemun market dulu. Ntah kenapalah saya tukar program. Bila dah tukar program, macam macam plak jadinyer..hehhehe. Seawal jam 6.30 pagi semua dah berkumpul kat pantry. Baguih semua travelmates.  Alhamdulillah.....

Muka ceria lagi...sbb masih di pagi hari....

Saya pada mulanya mahu mengambil laluan fewest transfer sebanyak  2 kali transfer yang mengambil masa 1 jam 51 minit melalui 34 station (mengikut subway map dari ipad saya) dengan tambang sebanyak KRW2,250.00 (menggunakan T Money). Jadi tak perlu tukar train banyak kali. Sampai dlm subway saya blurr nak turun mana..sbb saya x pernah lalu laluan tu....ahaha..mengong jap. Lagipun baru masuk 2nd day...otak tepu lagi dengan subway map..hahahaa. Last2 saya amik subway ke Cheongnyangni Train Station. Sesampai situ, saya dah keliru nak tunggu kat platform mana. Masa tu nak tanya, takde plak orang yang boleh di tanya. Maka kami menunggu di Platform No. 1. Walhal Platform 1 adalah untuk ITX Train. Sayang sbb terlepas dua train. Sepatutnyer di Platform no. 2. Sian kengkawan ai.

Notakaki:  Harus diingatkan bahawa, Korea adalah negara maju. Dimana perubahan sentiasa ada dalam sekelip mata. Jadi sentiasalah update Seoul Subway apps anda ya..hehhehe...Masa tahun 2012 dan 2013 saya pergi, saya tak ternampak pun nama nama station tu semua....Tahun 2014 dah byk stations baru.

Nak tengok Seoul Subway map, boleh tengok SINI. Nak senang, download jer ke hp atau ipad.

Silap platform. Patutnyer platform sebelah kanan tu..Platform no. 2..hhaha..Kami pi turun Platform 1..apa kess...
Jam 10.00 pagi kami tiba di Gapyeong Station. Menggunakan coupon yang kami dapat dari KTO Malaysia, maka percuma ajelah tambang bas. Seawal jam 10.00 pagi memang dah ramai umat maknosia kat sini. Mujur berbaris menunggu feri x lama sangat.


Jom naik ferry



Sampai je di Nami Island, memasing excited. Dek kerana ke excitetan yang tidak terhingga ni, tak pasal pasal terpisah dua group.

Taken by one in the group. Tak ingat saper...sorri na...cilok gambar..pastu letak taq inazzane lak tu..kekkekee..
Dalam kalut kalut nak bergambo bagai, ada pulak yang nak terkencinglaaa dan ada pulak yang nak minum kopi la. Udah ler terpisah satu group ke toilet, satu group ke kedai kopi. And me in the other group yg ke toilet sbb itu yg saya nampak.

Terpisahnyer kat sini jer. 5 orng ke kanan, 5 orang ke kiri...dokek bonar, but still x jumpa..hehhehe
Dlm remutan orang tu, mencari sampai mata pun nak terjojol, tp x nampak gak group lagi satu. Walhal sebelah menyebelah jer tu. (Kami pergi hari sabtu ya...mmg ramai orang). Lama nunggu deme deme ni kat toilet, Dalam hati kemanakah gerangan 5 orang lagi ni. Setelah jenuh pusing pusing menjengah mencari yang 5 orang lagi yang tidak kelihatan, saya mengambil keputusan meneruskan perjalanan dengan harapan berjumpa mereka di hadapan.


Sambil mencari cari kekawan yang lain, kami sempat singgah buka bekalan. Nasi impit dengan sambal ikan bilis + nasi goreng seafood yoganey yang tak abis semalam. Pergghh..sejuk2 ni..memang nikmat...(sambil menaip ni pun terasa rasa dlm mulut..hehhehe)

Selesai makan, maka berpusing pusinglah kami ber5 orang dlm satu kumpulan. Sambil sambil tu tengok tengok dan tinjau tinjau kan kepala gak kut kut ternampak yang 5 orang lagi. Tapi x juga nampak. Mula mula saya nak patah balik mencari........tp pk pk...rasa mcm hmmmm...kenapa nak patah yer (????!!!)..Perlu ker....patut ker....rasa bersalah pun ada...x cari kang..kut depa ber5 tatau. Nak gi cari..buang masa patah ke belakang semula......adoi..biol jap......???? !!!....xpalah. Kami teruskan lagi perjalanan ke depan. Saya membuat andaian, mereka ber5 tahu kemana arah tujuan..







Sempat kami bersantai santai di bawah sinaran cahaya matahari. Dengan harapan...oh kawanku yang berlima, silalah muncul...hehhehheehehe. Kami berada di tempat yang senang untuk dilihat ni, di tengah tengah padang.....




Dalam pada tu, saya cuba juga cari wifi kut ada. Dah pesan memasing suh roaming phone. Nampak gayanyer takde yang roaming. Hp sendiri pun tak roaming benonyer...(ingat auto roaming. Rupanya masa tukar pakej Celcom aritu, lupa nak suruh  roaming...haruuuu). Mujur jijah punya hp roaming. Tp sbb geng lagi satu sorang pun x roaming, saya called pun sia sia jer le. Akhirnya dapat jer line wifi, try wasap depa depa ni kat group. Kul 3, sila tunggu di jeti.....ding dong ding dong...berlaku miscommunication ler pulok kat sini ditambah pula dengan line yang semput...aduisssh....hahaahhahaa. Saboooooo je lah..

Saya mengajak yang lain berpatah balik mengambil yang tertinggal kat jeti pastu saya bawak semua pegi makan dekat dekat ngan restoren dekat ngan surau. Restoran Asian namanya. Tak dan dah nak cari restoren nasi goncang, walhal kat barisan tu je. Sebabnye muka  memasing semua dah macam nak makan orang...kelaparan..hahaa. Pastu ada yang dah aci bengang jer masa ni. Spoil sikit lah masa ni. Ye lah...bukan senang nak jaga hati semua orang yang travel bersama. Bio ler. Penat gamaknya. Bila penat, ati pun panas. Bila hati panas, airmuka pun tak boleh nak sorok. Cuma kita kena ingat, org lain pun maybe penat juga...maybe ada juga yang panas hati masa tu (tp simpan dan jer dlm hati).... dan kita juga kena ingat.....bukan ikut tourist guide ye. Xde istilah org tu kena jaga ko, or orang tu kena buatkan utk ko, or org tu org tu kena gitu gini gitu gini. Semua dah bincang awal awal, dah di beritahu awal awal. Kita sama sama perlu saling bekerjasama. Saya bantu mana yang terdaya. Dan saya pula..!!?? hmmm...saya malas nak pikio sbb malas nak spoil kan mood holiday. Gasak korang ler. Lepas semua makan, gi lepak2 jap kat area patung Winter Sonata. Bagi chance kat depa depa yang tak sampai ke situ tadik, sambil minum coffee dan makan pancake dari Cafe Sonata. Sedap pancake ni. Saya ada cerita dulu masa pergi during Autumn 2013

Sonata Cafe
Nampak dakk..pancake...hehhehe



Dah makan, dah jalan jalan, hari pun dah beransur petang, jom balik. Masa nak balik, kami terkejut...sbb........ panjangnnyer barisan nak naik feri. Mau dekat 2 km kut kena berbaris. Siap ada orang jaga lagi. Jangan ler memandai mandai nak potong barisan yerk. Jaga sikit airmuka orang Malaysia.

Start berbaris dlm jam 3.00 ptg gitu...

Jam 4 petang still dalam barisan
Dugaaan sungguh lah. Bertabah ajelah semua. Yang pasti, hari dah gelap baru  dpt naik feri, Jam hampir 4.30 petang baru sampai mainland. Dapat ler pengalaman naik public transport berhempit hempit dengan sejuk yang mencengkam cengkam dengan kaki yang sakit banyak berjalan. Dapat juga nyembang nyembang orang dari Taiwan yg mana gfnyer orang Korea.

Masa menunggu bas, ada ahjussi tu dok memberitahu dalam bahasa korea yg mana kami memang kompem tak paham. Kami tanya tanya around, apa ahjussi tu ckp. Then ada sorang taiwanese yg boleh berbahasa inggeris ni bagitau...Ahjussi tu kata, nak tunggu bas lambat lagi. So, boleh ler berjalan dari situ ke Gapyeong Station. 10 - 15 minit perjalanan. Kami pikir, itu gaya org korea berjalan. If kita kita ni yang berjalan...hahaha..kul baper mau sampai daaaa.

Masa dlm bas, memang kami nampak ramai yang berjalan kaki. Kami mula menghitung masa dan mengukur perjalanan. Waduhhh....belum tentu 10 hingga 15 minit berjalan. Mujur kami amik keputusan naik bas jugak walaupun bersempit sempit...hehhehee. Oh ya...masa naik public bas ni pun, mujur driver bas tu mau terima coupon discount yang sepatutnyer digunakan untuk Gapyeong Tour Bus. So, jimat gak di sini..xyah bayar tambang bas hehhhehhe..

**Masa ni kami tunggu taxi juga. Tp susah sangat nak dapatkan taxi. Maybe sebab hari dah mula beransur gelap kut. Tobat takmau ke Nami Island di hari Sabtu...(if pegi lagi ke Korea le..kekekke)

Turun naik bas dan subways, akhirnya sampai jua ke Myeondong. Maka memasing buat hal memasing. Badan dah penat, yang hati orang yang panas tadik mujur dah sejuk dah agaknyer.....tp terkesan juga di jiwa yer dak..hehhehe. Esok ada lagi tempat yang perlu kita pergi. So rehatkan minda dan badan. Akak penat otak...tak koser mak nak mikir pasai korang...pandai2 ler korang ye....Sian roomate iols, kena dengar rintihan hati ai. Jangan serik ye....

**pk pk balik, aci nyesal tukar program Nami Island ke hari sabtu. Ntah apa saya pikirkan masa tukar program ni, tak tau ler.....dah baca byk kat tenet, kata jangan dtg Nami Island during weekend. Kira mcm saja cari bala jer lah kannn......Balik dari Nami Island juga, malam tu trus called celcom tanya kenapa roaming tak activated. Nak kol memana tak dapat. Rupanya sbb renew package aritu....ceeehh... malam sy called tu jugak celcom aktifkan roaming. Mujur kat Namsan GH4 tu boleh guna skype line. Kol pree je ke fixed line.