Showing posts with label Coretan Saya. Show all posts
Showing posts with label Coretan Saya. Show all posts

Sunday, 29 August 2021

Year 2021

29 Ogos 2021

Kali terakhir saya menulis di dalam blog ini pada bulan March 2020. Sekadar meng update entries tertunggak. Merujuk kepada penulisan saya di tahun 2019, sekali lagi saya kini di tukarkan ke bahagian lain pula. Berada di Human Resource Department tidak sampai 2 tahun. Bermula Dec 2018 dan berakhir pada Nov 2020. Pada 1st June 2020, genaplah saya berkhidmat di syarikat GLC ini untuk 24 tahun lamanya. Dan kali ini saya ditukarkan ke department yang dipanggil Shared Services Admin. Department yang di centralisedkan untuk mengatasi masalah masalah kerja berkaitan Admin. 

Whatever it is, saya bersyukur kerana masih dapat meneruskan perkhidmatan saya di syarikat ini. MSS secara besar besaran juga dilakukan pada tahun 2020. Ramai antara kawan kawan senior yang sama tempoh perkhidmatan seperti saya yang terpaksa mengucapkan Selamat Tinggal. Maka cuma tinggalkan beberapa orang yang masih dikekalkan. Nasib saya juga tidak tahu di masa akan datang. Dengan keadaan pandemik sekarang, dengan pelbagai isu yang timbul. Saya tetap meneruskan khidmat selagi masih di perlukan. 

Terlalu banyak perkara berlaku di sepanjang tahun 2020. Di tahun 2020 juga, alhamdulillah, saya sempat menunaikan umrah bersama anak anak dan juga suami sebelum lock down. Dan apabila penguatkuasaan di longgarkan, saya sempat juga bersama keluar berjalan jalan ke Pulau Redang. Akan saya tuliskan cerita dan pengalaman mengerjakan umrah nanti dan juga cerita di Pulau Redang. Insya Allah. 








Birthday Celebration

29 August 2021

In August, banyak birthdays and juga kenangan kenangan lain berlaku in August. Just to mesmerize. Walaupun tak dapat sambut bersama sama, masing masing berada di kediaman masing masing, namun ingatan itu sentiasa ada. Delivery je......😄😄. Ada 9 birthdays anak, ibu, kakak suami, anak anak buah, dan juga pasangan masing masing. Saya cuma memaparkan yang rapat sahaja. Dengan yg lain bukan tak rapat....well...cuma tiada ole ole dari saya. Sekadar ucapan sahaja. 

13th August 2021 
Happy 84th Birthday to the amazing women who gave me life. You're the best mother a daughther could ever ask for, and I am grateful for you each day. 






14th August 2021 
Genap 5 tahun my Arwah  Abang meninggalkan kami. Just one day after my mother's birthday. Walaupun sudah 5 tahun, serasakan seolah olah masih baru berlaku. 

17th August 2021 
Happy 12th birthday to my little bam bam who is not little anymore. Wishing you a successful and properous life ahead. 


Memang bambam sangat ni..



26th August 2021
Happy 64th birthday to my eldest sister.  Wish you a day with happiness and joyous year ahead. 





27th August 2021 
Happy 58th birthday to my better half. No matter how much old you got, don't stop loving me....hahahhahahaha. Lets hold our hands and get old together, making memories. 














Saturday, 27 July 2019

And so he graduated

27 July 2021

Kembali dari Kuching, Sarawak, kami ke Kemaman, Terengganu pula. Sepatutnya waktu ini, saya berada di Pulau Belitong, Indonesia. Tapi kerana tarikh graduasi anak dan juga tarikh perjalanan ke Belitong jatuh pada hari yang sama, maka terpaksa lah saya mengorbankan satu daripadanya. Alhamdulillah, selesai sudah anak yang kedua ini. Tahniah Angah. 











Sunday, 10 March 2019

Happy New Year 2019

Salam....

Rasa macam lama sungguh saya tak menulis di blog ni. Ada juga beberapa entry yang tidak sempat saya selesaikan antaranya trip bersama keluarga ke Hatyai juga trip ke Nha Trang, Dalat, Mui Ne dan Ho Chi Minh juga trip ke Jeju Island. Insya allah saya cuba mencari masa untuk menghabiskan entry entry yang ada. (Selesai sudah entry tertunggak)

Sebenarnya sedang saya duduk santai santai menonton tv, tiba tiba saya mendapat mesej di FB. Sessorang bertanyakan tentang trip saya ke Jepun. Sungguh...saya memang tidak begitu ingat untuk mencerita bagaimana untuk ke satu satu tempat semasa berada di Jepun kerana sudah dua tahun berlalu. Kemudian teringat semua catatan saya letakkan di blog. Maka saya merujuk semula kepada blog saya. Dan tiba tiba saya rasa penting juga membuat catatan di blog. Boleh kita jadikan rujukan di masa hadapan. Dan terus semangat berkobar kobar untuk meneruskan penulisan di blog. Walaupun hanya sekadar untuk catatan dan ingatan diri sendiri.  . 

Tahun baru 2019, membuka lembaran baru. Selama 23 tahun saya bekerja di sebuah syarikat di GLC yang agak dikenali juga di Malaysia ini, akhirnya saya di tukarkan ke department baru. Berada di department baru (Human Resource Department) memberi cabaran dan kelainan dalam skop pekerjaan saya. Saya sudah terlalu lama di berada di IT Deparment. Since the day one in 1995 hinggalah ke November 2018. 

Berada di HR Deparment menuntut komitment yang tinggi. Tambahan pula masih baru, saya masih cuba menyesuaikan diri dengan situasi sekeliling. Kata orang..kalau dulu di IT Deparment...sap sap sui...semua sudah ada dalam tangan. You name it...you just get it. Tanyalah file kat celah mana...insha allah pasti jumpa. Tanyalah sapa vendor, sapa client, sapa customer...hehehhe..insha allah semua dalam tangan. Tanyalah juga hal hal lain yang berkaitan..insya allah semua dapat diberikan dengan sebaiknya. 

Sudah 3 bulan berada di jabatan baru. Sesungguhnya saya tidak punya masa untuk melihat blog saya, juga tidak berkesempatan untuk melayari internet. Hatta di rumah sekalipun. Ini pun sedang saya santai santai...tiba tiba teringat  blog yang terbengkalai. 

Sebenarnya kompeni saya menjalankan excercise MSS dan juga VSS. And saya rasa, banyak juga kompeni besar yang melakukan perkara yang sama. Dalam keadaan ekonomi yang agak merudum, terkadang kita tidak punya pilihan. Dan secara jujurnya saya adalah insan yang terpilih ditawarkan VSS namun saya menolak dan memilih untuk di tukarkan ke jabatan lain. Alhamdulillah permintaan saya boleh di consider (mungkin saya antara insan yang bernasib baik juga) tidak seperti rakan rakan yang lain yang yang tidak punya pilihan, maka terpaksa juga memilih antara VSS dan MSS. Apa dia VSS dan MSS (sila gugel hehehehe)

Selama 3 bulan saya berada di awangan awangan. Tidak tahu bagaimanakan kesudahannya. Bermula dari bulan September 2018. Namun akhirnya Disember 2018, saya ditawarkan untuk di tukarkan ke Jabatan Sumber Tenaga Manusia dan saya menerima tanpa banyak persoalan. 

Moga rezeki saya berterusan di sini. Saya berharap tahun 2019 memberi lembaran baru dalam hidup saya. 




Monday, 5 November 2018

KL Fabulous Food Hunt 2018


Bertarikh 20hb Oktober 2018, hari Sabtu bertempat di Dataran DBKL.  Ini cerita food hunting saya pada tahun 2017. TShirt berwarna biru dan kali ini pula tshirt berwarna hijau terang. Dah macam katak dan mentadak pulak...hahahha. Untuk Clue/Task, sila tengok SINI

Saya mengekalkan nama Group iaitu Geng Ukur Jalan. Dengan pertambahan 2 orang baru Rose dan Dee. Saya dah Za dan pernah cuba tahu lepas. Clue/Task ni taklah susah sangat. Cuma kena pandai mengatur strategi kemana tempat yang harus diterjah dahulu. Seperti biasa, team kami tetap kalah...hahhaa..diatas kesilapan sendiri...hahahha...

Tapi kali ini, aturan pengambilan clue/task agak sistematik. Tidak seperti tahun lepas, sampai roboh roboh kerusi meja. Team Leader perlu berbaris di barisan yang ditetapkan untuk mengambil clue/task. Alhamdulillah...tidak perlu berebut rebut....


Geng Ukur Jalan
Get ready
Meriah kaler baju...hahahha

Kami yang kepenatan
Ni je gambar saya yg sempat di ambil sewaktu makan...hahahha

Program yang melibatkan ganjaran lumayan sebagai hadiah, memang akan ada persaingan. Tapi ada juga kumpulan yang sporting dan sudi berkongsi jawapan. Ada juga yang sudi sama sama berlari mencari kedai malah memberitahu di mana restoran tersebut. Tapi bukan semua ya...ada juga yang agak kedekut...hahahhaha...pastu sarcastic pulak...haishh...kamon laaa.....lek lek dah la...hehehee...if taknak share jawapan, just cakap tak tau sudah. 




Monday, 22 October 2018

And so he graduated

After ups and downs, struggle on everthing, and finally, my eldest son is graduated. With the hope that you will continue your study. I always pray the best for you. And always remember, adik adik ramai lagi tu....be a good example to them...








Monday, 8 October 2018

Happy 16th Birthday


Every day I thank Allah SWT for giving me an incredible child. I am so proud of you. Thank you for being such a great son. I am truly proud of you. You are a treasure from above, who brings me so much joy and love. Happy Birthday son! You are my pride and joy, a man after my own heart. 






Happy 16th Birthday...08102018




Thursday, 20 September 2018

Petai

Petai is one of my favourite. Memang tidak ramai yang tahu akan kejadian petai, termasuk lah saya. And saya mendapat gambar ni dari seseorang yang saya sudah lupa siapa..so saya takleh la nak claim gambar ni dari mana...so pada tuan punya gambar, mohon izin ye.....hahahha....menarik kejadian petai ni.

Memola mengeluarkan buah
Kemudian berbunga kut eh..
Mula kluarkan papan papan petai
Papan papan petai membesar




Friday, 17 August 2018

Happy 9th Birthday

17 August 2018

Happy Birthday to my little bam bam...eh...little lagi ke...hahaha.  Bertambah sudah usia, bertambah jugalah tanggungjawap mu. Moga menjadi anak yang soleh dan menyenangkan hati orang di sekitarmu. 






Monday, 23 July 2018

Regalia Suites Residence, Kuala Lumpur

Weekend xtvt together with #guj #gengukurjalan for 2 days 1 night. Best Regalia ni. And paling best, the  Infinity Pool kat 37th Floor. Regalia Residence ni ada 3 block. The one that we booked tu namanya Milan, Block C. Block A & B tak tengok pun apa namanya...hahaha. 

Ada dua pool kat sini. Satu kat Block C, dan satu lagi kat Block yang sebelah - Infinity Pool (saya tak ingat nama Block itu. Blok A kut.....hahhahaa). Untuk masuk ke kawasan apartment ni, kena ada card. Sama macam apartment/aparthel yang lain. Perlu touch card, and tekan level mana nak pergi. Sama juga kalau nak ke Sky Pool/Infinity Pool kat tingkat 37 tu. And nak masuk kawasan pool, kena bagitu no unit, dan berapa orang. Strict giler dia punya security. Nak mandi, cotton tshirt or tracksuit tak boleh ya. Swimming suit sahaja. If pakai jersey tshirt, masih boleh consider. Sangat menarik pemandangan di infinity pool ni.

View from 37th Floor - Infinity Pool
We are here (me tiada  in the picture hehhehhe)
Friends like the waves of the ocean
Geng Ukur Jalan - Travelling is Our Passion
Kami terdiri dari 10 dewasa dan 4 kanak kanak. Untuk Block Milan ni, ianya adalah private unit. So, walaupun booked melalui booking.com, kemudian kena deal direct dengan owner. Untuk unit ni, ada 2 bilik dan nanti akan dapat 3 card dan juga 3 parking lot for visitor. Apartment ni boleh muat ramai, tapi kenalah bawak lapik tidur. Living room besar juga walaupun sekali dengan kitchenet. Ada sofa boleh tidor dua orang. Tempat tidor yang disediakan hanyalah untuk 10 orang sahaja. 

Semua facilities dalam ni boleh digunakan. Dalam apartment, ada kitchenette, fridge, microwave, washing machine, iron juga basic utensil. Boleh lah memasak. Tapi kami potluck sahaja. Masing masing bawa makanan untuk tea break, dinner dan juga supper.

Food for dinner
Tea break
Egg & Tuna sandwiches habis tak sempat ambil gambar. Sementara menunggu nak check in, kami dah kelaparan. Begitu juga dengan fruitcocktail, nescafe sedap, pavlova kek, ambuyat makan dengan ikan asam rebus...semua tiada sempat di kamerakan...heehhe.

Night view from 23rd Floor
Sesekali akan terdengar bunyi lrt melepasi bangunan. Terasa betul betul berada didalam kota metropolitan. We had joy, we had fun. And hopefully the friendship never ends.





Wednesday, 18 July 2018

Majlis Perjumpaan Keluarga & Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2018

7 Julai 2018 (23 Syawal 2018) - Sabtu

Majlis Perjumpaan Keluarga dan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Waris Haji Itam bin Lebai  Mat dan Hajjah Jaayah binti Alang. Kedua mereka adalah ibu dan bapa kepada ibu mertua saya, iaitu ibu kepada suami saya. Pangkat atuk  suami saya la. Kalau yang pernah baca cerita tentang keluarga sebelah suami saya, dimana arwah bapa mertua pernah mempunyai 3 isteri. Ibu kepada suami saya adalah isteri yang pertama. Dan saya juga tidak pernah sempat untuk bertemu dengannya, kerana di saat saya bergelar isteri kepada suami, arwah ibu mertua sudah pun tiada. 

Perancangan ini saya tidak tahu siapa yang mulakan. Saya difahamkan bahawa saudara mara sebelah ibu kepada suami mempunyai wasap group (saya dan suami didalam group tersebut...hehehhe..). Dan dari situlah perancangan bermula. Kami cuma mendapat maklumat dari adik ipar sahaja. 

Antara ibu dan bapa saudara suami sebelah ibu, saya hanya mengenali beberapa orang sahaja. Jarang sekali bertemu dengan mereka. Begitu juga dengan sepupu sepapat suami saya. Kecuali adik adik ipar, mereka lebih mengenali kerana mereka membesar bersama-sama. Tapi itu bukan penghalang untuk saya menghadiri majlis yang di anjurkan.Tidak ramai adik adik ipar yang dapat bersama di hari ni, kecuali abang ipar yang ke2 berserta keluarga, adik ipar yang bongsu sekeluarga (dari ibu yang sama) dan juga saya dan suami sekeluarga. Memandangkan ini adalah majlis sebelah ibu yang pertama, maka adik beradik dari ibu ibu yang lain tidak hadir.

Yang hadir


Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar di Kelab Golf Danau, UKM.Lebih kurang 60 - 70 orang dapat menghadiri kan diri, termasuk keluarga dari Indonesia (maaf..saya tidak sempat berkenalan pun - saya juga di pahamkan bahawa arwah Haji Itam berasal dari Indonesia). 

Arwah ibu mertua saya mempunyai 9 adik beradik. 6 lelaki dan 3 perempuan. 3 darinya telah pun pergi di jemput Illahi termasuk arwah ibu mertua, maka hanya tinggal 6 sahaja. Tidak dapat kepastian arwah ibu mertua anak yang ke berapa (kena tanya asben semula...hahahhaha). 

Yang masih ada. Pak Cik Yahya, Pak Uda, Pak Anjang, Pak Lang, Makcik Bita, Pak Cik Nuar
 Itu adalah nama nama panggilan kami kepada pakcik makcik yang tinggal. Nama sebenar...hmm.. (saya kena tanya suami saya juga...hahahah).

Pakcik pakcik bersama pasangan masing masing. Makcik tiada dalam gambar, datang lewat. 

Sebagai ingatan untuk diri saya di masa akan datang, maka saya paparkan gambar mereka di sini. Semoga ikatan silaturrahim terus berpanjangan hingga ke masa masa akan datang. Juga semoga kemesraan terus terjalin diantara kami.