Rasa macam lama sungguh saya tak menulis di blog ni. Ada juga beberapa entry yang tidak sempat saya selesaikan antaranya trip bersama keluarga ke Hatyai juga trip ke Nha Trang, Dalat, Mui Ne dan Ho Chi Minh juga trip ke Jeju Island. Insya allah saya cuba mencari masa untuk menghabiskan entry entry yang ada. (Selesai sudah entry tertunggak)
Sebenarnya sedang saya duduk santai santai menonton tv, tiba tiba saya mendapat mesej di FB. Sessorang bertanyakan tentang trip saya ke Jepun. Sungguh...saya memang tidak begitu ingat untuk mencerita bagaimana untuk ke satu satu tempat semasa berada di Jepun kerana sudah dua tahun berlalu. Kemudian teringat semua catatan saya letakkan di blog. Maka saya merujuk semula kepada blog saya. Dan tiba tiba saya rasa penting juga membuat catatan di blog. Boleh kita jadikan rujukan di masa hadapan. Dan terus semangat berkobar kobar untuk meneruskan penulisan di blog. Walaupun hanya sekadar untuk catatan dan ingatan diri sendiri. .
Tahun baru 2019, membuka lembaran baru. Selama 23 tahun saya bekerja di sebuah syarikat di GLC yang agak dikenali juga di Malaysia ini, akhirnya saya di tukarkan ke department baru. Berada di department baru (Human Resource Department) memberi cabaran dan kelainan dalam skop pekerjaan saya. Saya sudah terlalu lama di berada di IT Deparment. Since the day one in 1995 hinggalah ke November 2018.
Berada di HR Deparment menuntut komitment yang tinggi. Tambahan pula masih baru, saya masih cuba menyesuaikan diri dengan situasi sekeliling. Kata orang..kalau dulu di IT Deparment...sap sap sui...semua sudah ada dalam tangan. You name it...you just get it. Tanyalah file kat celah mana...insha allah pasti jumpa. Tanyalah sapa vendor, sapa client, sapa customer...hehehhe..insha allah semua dalam tangan. Tanyalah juga hal hal lain yang berkaitan..insya allah semua dapat diberikan dengan sebaiknya.
Sudah 3 bulan berada di jabatan baru. Sesungguhnya saya tidak punya masa untuk melihat blog saya, juga tidak berkesempatan untuk melayari internet. Hatta di rumah sekalipun. Ini pun sedang saya santai santai...tiba tiba teringat blog yang terbengkalai.
Sebenarnya kompeni saya menjalankan excercise MSS dan juga VSS. And saya rasa, banyak juga kompeni besar yang melakukan perkara yang sama. Dalam keadaan ekonomi yang agak merudum, terkadang kita tidak punya pilihan. Dan secara jujurnya saya adalah insan yang terpilih ditawarkan VSS namun saya menolak dan memilih untuk di tukarkan ke jabatan lain. Alhamdulillah permintaan saya boleh di consider (mungkin saya antara insan yang bernasib baik juga) tidak seperti rakan rakan yang lain yang yang tidak punya pilihan, maka terpaksa juga memilih antara VSS dan MSS. Apa dia VSS dan MSS (sila gugel hehehehe)
Selama 3 bulan saya berada di awangan awangan. Tidak tahu bagaimanakan kesudahannya. Bermula dari bulan September 2018. Namun akhirnya Disember 2018, saya ditawarkan untuk di tukarkan ke Jabatan Sumber Tenaga Manusia dan saya menerima tanpa banyak persoalan.
Moga rezeki saya berterusan di sini. Saya berharap tahun 2019 memberi lembaran baru dalam hidup saya.

No comments:
Post a Comment