Thursday, 14 February 2013

Jalan Jalan ke Sabah - Day 2

31 Januari 2013

Di Kiram Village, Mesilau, Kundasang. 6.30 pagi dah cerah.....sekejap jer. Pastu hujan menderu.. huhuhu....takde apa yg dapek di buat. Anak anak memang malas nak jalan jalan bila hari hujan.
Pemandangan pagi di Kiram Village di pagi 31 Jan 2013

Dah agak reda sikit, kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring dan Sabah Tea. Hujan still renyai renyai. Kabus tebal. Amat berhati hati bila memandu.



Notakaki: Nak ke Sabah Tea Plantation amik masa lebih kurang 40 minit dari Kundasang. 




Sabah Tea Plantation

Kami menuju ke Sabah Tea Plantation dulu. Jalan nak naik atas...walaweyyy..sama hazabnyer macam nak pegi Mesilau Dairy Farm. Terhegeh hegeh Avanza daki bukit. Cafe kat sini mcm tak well maintain. Kain menutup kerusi pun dah buruk. Makanan tak byk pilihan dan mahal. So, kami memilih minum tea sahaja. Walaupun pada mulanya nak breakfast kat sini. Tea nye sedap..walaupun tea kosong. Akak tak tau org lain..tp pada akak, best..sejuk sejuk minum teh panas....

Dah selesai, kami menuju ke Poring Hot Spring. Semasa sampai di Poring Hot Spring, masih hujan. Tiada sekeping gambar pun di ambil..hahaa...Sejuk dan basah. Semua jadi malas....Pusing pusing saja kat situ. Mulanya ingat nak beli baju ujan. Sehelai 10 hengget. 7 orang = 70 hengget. Asbend kata, tak payah ler..makan lagi bagus..hahaha..

Ni info pasai Poring Hot Spring..PHS. Dan juga ini...PHS. Klu gugel, byk info pasai ni.

Notakaki: Dari Sabah Tea Plantation ke Hot Poring Spring lebih kurang 30 minit. 

Selesai semua, patah balik ke Kundasang. Lunch di Restoran Intan. Dapat sup tulang panas panas, nasi putih panas panas. Perut memang dah lapar. Kenyang sudaaaa........tp kami tak menerai pun chicken wing kat situ. Kata orang, sedap..ontah ler..lenkali datang lagi baru terai kut...actually kat Sabah ni, bleh dia katakan byk tempat menjual chicken wing.

gambar ehsan google
Notakaki: Restoran Intan ni terletak di atas bukit...boleh nampak dari roundabout Pekan Kundasang.


Sudah kenyang, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Kota Kinabalu. Di pertengahan jalan, singgah sebentar di Jambatan Tamparuli.




Kendian singgah di Tuaran..hahaha..xde keroje. Takde cari apa pun.....kami nak cari Pantai Dalit, tapi tak jumpa...ni plak yang kami jumpa...






Perut dah lapar. Akak ada baca kat forum CARI tentang lokan bakar. Kami pusing pusing lagi....ternampak signboard Sepanggar. Akak memang dah print segala maklumat pasai KK/Sabah. Berpandukan apa yang di tulis dlm cari.com..kami jumpa juga tempat lokan bakar. Ternampak pula signboard ke Nexus Karambunai. Asbend kata, kita jalan jalan ke Nexus dulu, kendian kita makan lokan bakar...




Banyak biawak kat Nexus Karambunai ni.... Dah penat pusing Nexus, kami pun pegi ke tempat lokan bakar.........Ini kedai yang kami pegi. Berbaloi walaupun terjah saja. Sambal belacan dan sambal gorengnyer sedap cicah ngan lokan. Kedai ni jual lokan bakar dan puding kelapa semata mata. Takde makanan lain macam gerai gerai yang lain.









Notakaki:  Nak ke tempat lokan bakar ni, sila cari signboard arah ke Teluk Sepanggar, ataupun Nexus Karambunai ataupun cari ke Politeknik Kota Kinabalu. Kena melalui hadapan politeknik KK ni (politeknik mesti di sebelah kiri ya...) dan terus akan jumpa round about. Ambil ke kiri...dan jalan terus akan nampak kedai kedai lokan bakar di tepi tepi jalan. 

Dah kenyang, kami menuju ke pusat bandar. Check in di Promenande Aparment.

Notakaki:  Pada yang nak stay di Premonade Apartment ni betul betul berada di belakang Hotel Promenade dan juga Marina Court. Jalan memang berpusing pusing sedikit nak cari. Lobi Premonade Apartment bersebelahan dengan Hong Leong Bank. Nampak kecil sahaja. Pastikan chop tiket parking di lobi.. Kalau tidak, sia sia sahaja kena bayar parking, walhal parking free jer...



3 comments:

  1. Sedap lokan bakar ni.. Tapi kolesterol tinggi. Sekali sekala ok la..

    ReplyDelete
  2. Bestnya...lepas berjalan ...merendut bagai....jamu mkn lokan...panas2..terbaek!

    ReplyDelete
  3. best2 cerita n...ada gak restorn org semenjung d kk.....sy juga ada mnyediakn prkhdmtan kreta sewa pndu sndri....bole drive sndri&cr kdai2 mkn pntai timur d kk.bole contct jika mau..0194287236

    ReplyDelete