Thursday, 14 February 2013

Jalan Jalan ke Sabah - Day 3

1 Februari 2013

Hari ke tiga. Punya lah malasnya bangun pagi. Hari ini perancangannyer hendak pegi ke pulau.  Pusing pusing juga cari jeti. Walhal dekat aje dengan Promenande Aparment ni. Sampai jer kat Jesselton Jeti ni, banyak kaunter kat dalam. Pilih saja kaunter mana yang anda mahu. Akak tak reti nak sajes..dan tak pandai nak nego. So, akak terjah jer salah satu kaunter...Amik dua pulau sahaja. Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Cukup ler...Bayaran pergi ke pulau pulau..akak ingat ingat luper..adei..Resit dah buang. Yg akak ingat, utk 4 dewasa 3 kanak-kanak kami kena bayar RM200++ termasuk ada beberapa fee yg lain. Utk sewa jacket RM10.00. Ni utk yg snorkeling ler...jacket atas boat, free jerk

Syarikat yang kami pilih..Island Express


Hakim dengan bekalan..heehe

Nasi lemak as bekalan..

Excited Hafiy..nak main air..hahaha


Pulau Manukan - Hafiy & Haikal

Pulau Manukan



Seluas mata memandang..
Kami bertolak ke Pulau Manukan jam 8.30 pagi. Kul 12.30 tengahari, boat raider pick up untuk bawa ke Pulau Sapi pula. Nak masuk pulau kena bayar fee. Tp bayar sekali sahaja. Pulau lain tak payah bayar dah. Bayarannya RM3.00 for adults, RM1.00 for kanak kanak


Notakaki: 
Kat Pulau Manukan ada kedai makanan. Tak payah risau klu tak bawa makanan, cuma biasa ler..sure mahal. Pada akak okay jer...7 orang - RM42.00 hengget. 

Dah penat snorkeling kat Pulau Manukan, jom ke Pulau Sapi...Kecik jer Pulau Sapi ni. Masa sampai sini, ramainyer umat manusia...ada rombongan kut. Banyak biawak gak kat Pulau Sapi






Jam 3, boat datang amik. Balik ke Tanah Besar Kota Kinabalu. Memasing dah penat. Kekonon nak jalan jalan ke pasar filipina....sampai apartment lepas makan, semua doze offf.......hahhaha. Sedar sedar dah gelap jer.

Malam pun mula nyer cadang nak pegi pasar malam filipina tu...hmmm...semua tak menjadi. Kami just pusing pusing bandar KK. Singgah sekejap kat Sutera Harbour...dah malam gambo mmg dah malas nak amik. Pergi makan malam di Tanjung Aru. Bukan restoran seafood. Cuma kedai biasa, berdekatan dengan balai polis Tanjung Aru.Tapi tak mahal sangat.




1 comment: