Thursday, 5 July 2012

Love You Thousand Times - Episod 46 - 49

Dah dekat nak abis dah cerita ni. Setahu akak, ada 55 episod. Walaupun dah tahu kesudahan cerita, tetapi akak tetap polo........hahaha..

Eun Nim menantikan Kang Ho di pejabat pendaftaran perceraian. Lama dia tunggu, Kang Ho tak muncul. Lalu dia menelepon Kang Ho. Rupanyer KH dah tunggu lama, cuma dia tak sampai hati. KH tak jadi menceraikan EN membuatkan EN jadi serba salah. Keadaan  tak seperti yang di harapkan.

KH mabuk2 pulang ke rumah bapa EN. Dalam mabuk, dia mengatakan bahawa tidak akan sekali sekali menceraikan EN.

Seon Yeong dan Hyang Sook begitu desperate untuk memisahkan EN dan KH. Seon Yeong tu mula buat tindakan tindakan bodoh. Marahkan EN, caci, kutuk dan mcm2 lagi la. Bila Seon Yeong beria ia menyuruh EN menceraikan KH, perbualan itu didengari oleh Ae Rang, membuatkan Ae Rang sangat marah kepada Seon Yeong.

Sedih bila KH dan EN memasing flashback balik kisah2 cinta mereka. KH masih ingat dimana dia begitu berusaha untuk mendapatkan EN. EN juga teringat betapa setianya KH berada disisi dia tak kira walau dlm keadaan apa sekalipun.

Sae Hoon akhirnya mengetahui juga bahaw Eun Nim adalah surrogate mother kepada Yoo Bin. Bagus Sae Hoon ni. Dia dpt menerima keadaan itu, malah dia mengharapkan ibunya dan juga isterinya dpt menerima seadaanya. Malah Sae Hoon memberikan sokongan yang baik kepada Kang Ho.

Ramai yg sudah mengetahui bahawa Yoo Bin bukan anak kandung Seon Yeong. Nan Jeong, Ae Rang, So Wol (mak cik Cheol), Sae Hoon, Kang Ho.

Kang Ho cuba membunuh diri apabila EN berkeras utk bercerai. Yg mana akhirnya EN membuat keputusan utk kembali semula bersama KH apabila KH jatuh sakit selepas cubaan membunuh diri. (Yg benarnya mereka berdua ni saling mencintai satu sama lain. Tp keadaan yang memaksa mereka membuat keputusan yang tak sepatutnya.) Ini membuatkan Seon Yeong dan Hyang Sook makin tidak keruan. Hidup KH ceria semula..tp mungkin untuk seketika.

Cheol dan Nan Jeong berjaya membuka sebuah restoren ayam goreng. Bong PD telah meluahkan perasaannya kepad Cheong Ja (ibu Cheol). Geum Ja, berusahakan menyakin semua orang bahaw Yeon Hee telah mengandung hanyalah kerana ingin kan wang dengan menjadikan anak Yeon Hee sebagai pewaris Baeksan Group.  So Wol pula tiba tiba berminat kepada Bong PD.

Yoo Bin sentiasa merindui EN malah melukis gambar EN di lukisan. Lukisan itu dikoyak oleh Seon Yeong. Seon Yeong asik memarahi Yoo Bin, EN pula sentiasa mempertahankan Yoo Bin. Walau bagaimanapun EN memohon maaf. Katanya' Yoo Bin adalah anak Seon Yeong'. Dia tidak akan bertindak lebih dari yang sepatutnya.

Ingatkan Seon Yeong nak ler sedar diri bila EN cakap mcm tu...Rupernyer tidak. Ae Rang merayu kepada Seon Yeong supay membiarkan EN dan KH hidup bahagia. Tp SY tu sombong betul ler. Selfish. Mcm kata Sae Hoo, dingin dan kejam. Dia nak memenuhi kehendak dia je. Dia juga berjumpa dengan EN meminta EN lepaskan KH. Boleh lak ckp elok elok masa ni. Tp sempat ugut gak tu..kalau EN berkeras, dia akan berbuat sesuatu.

Disebabkan rasa puas hati, walau dah bagitau pada bapa EN yg EN tu jadi ibu tumpang,  Seon Yeong ambil keputusan utk bagitau bapa EN yang Yoo Bin adalah anak yang dilahirkan oleh Eun Nim. Bapa EN terus pengsan. 


-Desperate betul Seon Yeong ni. Dan pada akak, dia mmg buat tindakan bodoh yang lebih menghuru harakan keadaan. Sakit hati tul nengokkan perangai dia...ishh..ish..emo lak akak..hahahha....Dua orang ni la..Hyang Sook dan Seon Yeong mmg giler tul le... - 

No comments:

Post a Comment