Monday, 5 November 2018

KL Fabulous Food Hunt 2018


Bertarikh 20hb Oktober 2018, hari Sabtu bertempat di Dataran DBKL.  Ini cerita food hunting saya pada tahun 2017. TShirt berwarna biru dan kali ini pula tshirt berwarna hijau terang. Dah macam katak dan mentadak pulak...hahahha. Untuk Clue/Task, sila tengok SINI

Saya mengekalkan nama Group iaitu Geng Ukur Jalan. Dengan pertambahan 2 orang baru Rose dan Dee. Saya dah Za dan pernah cuba tahu lepas. Clue/Task ni taklah susah sangat. Cuma kena pandai mengatur strategi kemana tempat yang harus diterjah dahulu. Seperti biasa, team kami tetap kalah...hahhaa..diatas kesilapan sendiri...hahahha...

Tapi kali ini, aturan pengambilan clue/task agak sistematik. Tidak seperti tahun lepas, sampai roboh roboh kerusi meja. Team Leader perlu berbaris di barisan yang ditetapkan untuk mengambil clue/task. Alhamdulillah...tidak perlu berebut rebut....


Geng Ukur Jalan
Get ready
Meriah kaler baju...hahahha

Kami yang kepenatan
Ni je gambar saya yg sempat di ambil sewaktu makan...hahahha

Program yang melibatkan ganjaran lumayan sebagai hadiah, memang akan ada persaingan. Tapi ada juga kumpulan yang sporting dan sudi berkongsi jawapan. Ada juga yang sudi sama sama berlari mencari kedai malah memberitahu di mana restoran tersebut. Tapi bukan semua ya...ada juga yang agak kedekut...hahahhaha...pastu sarcastic pulak...haishh...kamon laaa.....lek lek dah la...hehehee...if taknak share jawapan, just cakap tak tau sudah. 




No comments:

Post a Comment