Wednesday, 17 August 2016

Damailah kau disana....disisi Tuhan.......Yang Esa......

15 Ogos 2016 (Isnin)

Walaupun hanya tidur beberapa jam sahaja, saya gagahi juga bangun. Memandangkan saya tidak membawa persalinan, begitu juga dengan anak anak, maka kami terpaksa meminjam pakaian dari yang lain lain. 

Seawal pagi, kakak ipar, emak dan juga yang lain lain sudah berangkat ke hospital Kuala Kangsar. Sementara menanti post mortem di lakukan, majlis tahlil dan bacaan surah yasin di lakukan di hospital sahaja. Saya tidak mampu untuk pergi lagi. Cukuplah semalam saya sudah menatap wajah abang. Mengikut perancangan awal, jenazah mahu di kebumikan di kampung sahaja. Tetapi kakak ipar mahu jenazah dikebumikan di Ipoh. Mudah baginya untuk menziarahi kubur. Kami akur sahaja. Jadi plan asal bertukar. Arwah abang akan di bawa seketika ke rumah di kampung (atas permintaan emak), di sembahyangkan dan kemudian akan dibawah ke Tanah Perkuburan Meru, Ipoh (atas permintaan kakak ipar). 

Alhamdulillah, urusan arwah abang ini mudah. Segalanya diuruskan oleh pihak polis. Dari urusan van jenazah, tanah perkuburan dan juga majlis tahlil di rumah kakak ipar, semuanya mereka uruskan. Jenazah tiba di kampung pada jam 11 pagi. Selesai di sembahyangkan, maka kami berangkat ke Ipoh diiringi dengan pasukan polis Ipoh. Tangisan dan esakan sahaja menyelubungi suasana sebaik jenazah di bawa keluar dari rumah. Rumah di kampung kembali sunyi. 

Sekitar jam 2.00 petang, arwah selamat di semadikan di Tanah Perkuburan Meru. Terimakasih kepada semua khususnya kaum keluarga, sahabat handai, rakan taulan, rakan sepejabat yang jauh dan dekat yang hadir serta mendoakan ke atas kepulangan arwah menemui Illahi.

Di setiap group whatapps, memang penuh dengan cerita arwah abang. Ianya satu kejutan kepada semua orang. Group whatapps saudara mara, rumpun AKRAB, rumpun AHAD, group sekolah menengah, sekolah rendah, semuanya berceritakan perkara yang sama. 


Di hospital Kuala Kangsar






Malam hari, majlis tahlil dan bacaan yasin dilakukan di rumah kakak ipar. Selesai segala urusan, saya terpaksa kembali semula ke KL. Dengan berat hati, kami meninggalkan kakak ipar dan anak anaknya. Demi untuk menemankan dia supaya tidak keseorangan, emak tinggal di Ipoh buat seketika. Begitu juga anak anak saudara yang kebetulan dalam cuti semester. 

Saya difahamkan (saya tidak melihat sendiri), jenazah tidak begitu sempurna dibahagian sebelah kanan akibat hentaman kuat dari Hilux. Malahan anak arwah yang sulung juga tidak dibenarkan oleh pihak hospital untuk memandikan jenazah. Saya...cukuplah sekali menatap wajah arwah di malam kejadian. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk menatapnya lagi. Moga roh arwah di cucuri rahmat. Moga tenang disana dan ditempatkan bersama orang orang yang di kasihi Allah SWT.


Alfatihah....





No comments:

Post a Comment