Sebelum ni pernah juga pergi
Krabi 2014 dengan travelmates yang lain. Ni adalah kali yang ke 2. Suka sangat pergi tempat yang sama berulang kali..hehhehhehe...
8 May 2016
Flight ke Krabi jam 0710 am. Saya minta asben hantar hingga ke Putrajaya Sentral je. Di sini Sue Along ngan Shieda dah tunggu, maka kami sama sama naik ERL ke KLIA2. Breakfast dulu di McCafe sambil menunggu Dahlia dan Airin pula. Mulanya Dahlia nak naik ERL sama sama, tp sbb ter lajak tidor...hahahha.
**my new travel mate - Airin, Dahlia & Sue Along. Saya dah pernah travel ngan Shieda...

Flight on time. Jam 0630 dah boleh masuk dalam perut kapalterbang. Jam 0710 maka berlepas lah kami ke awan biru. Perjalanan yang memakan masa 1 jam 25 minit adalah terasa sangat lah sekejap..hehhehe..sembang sembang,makan makan and pilot announce dah nak landing.
Sesampai mendarat di Krabi International airport pihak tour dah siap menunggu. Kali ini kami ambil pakej muslim tour. Airin yang tolong carikan. Tq muaaahhhh to you Airin (introduced by one of her friend). So sesaper yang nak amik Muslim Tour di Krabi boleh lah contact
Salma ni. Salma boleh berbahasa Melayu tp ada loghat Kelantan sikit. Pakej yang kami ambil adalah RM192.00 per pax termasuk:
- Transfer (Airport - Emerald Pool - Hotel - Airport)
- Bot aktiviti (4 Island) - naik long tail boat
- Bayaran masuk ke Taman Negara
- Insurance
- 1x makan tengahari semasa di Pulau
- Peralatan snorkling
- Tour Guide
- Ticket Emerald Pool


Sesampai di sini juga, Airin Dahlia dan Shieda nak beli simcard. Saya tak beli pun. Saya cuma share ngan Dahlia jer. Utk pakej 3 hari unlimited data plan adalah TBH100.00 and calls dlm Thailand (70 minits kut...hahah..sbb tak belikan...so tak fokus).
Selesai semua urusan, kami meneruskan perjalanan ke Emerald Pool. Terasa sangat jauh perjalanannyer, walhal cuma lebih 30 - 40 minit jer. Driver kami namanya Roshan. Boleh cakap English. Sesampai di Emerald Pool, Roshan membelikan ticket dan menunjukkan arah untuk kami lalui. Until 12.00 o'clock katanya. I will wait here......
 |
Ticket masuk ke Emerald Pool
|
 |
Baby pineapple...sgt sedap...manisss
|
 |
Ni pun....unik.
|
 |
| Untuk ke Emerald Pool ada track di sediakan.. |
Untuk menuju ke Emerald Pool + Crystal Pool, kami perlu berjalan masuk ke dalam sepanjang 1.4km. Untuk pengetahuan, tak boleh bawak masuk makanan ke dalam ya. Memula kami heran, kenapa byk makanan bergantungan di tepi pintu masuk. Rupanya makanan tidak di benarkan. Patutlah masuk dalam, tak nampak sampah sarap. Yang nampak cuma daun ranting batang kayu je dalam aliran air. |
1400 meter / 1.4km yer....
|
Jernih sungguh lah air kat sini. Hijau kebiruan, clean and clear. Memang semula jadi sungguhlah.. walaupun ramai yang dah berendam dalam air, tp air menten clear. Taklah keruh macam air sungai kita..hehhehe. Cuma tak suka, sbb ada beberapa ekor anjing kat sini. Dari Emerald Pool ni, kami nak masuk ke Blue Pool. Tp malangnyer ditutup....from May until October kalau tak silap. Ianya dibuka hanya dari November hingga April. Terlewat sikit lah kami ni..hehhehe.
Setelah puas berendam, kami beransur meninggalkan Emerald Pool dan singgah makan tengahari di gerai berdekatan. Roshan dah siap menunggu. Sebenarnya tak plan pun nak mandi, so tak bawak baju extra. Cuma seluar jer. Lepas berendam haruslah basah lenjun. Mujur sementara tengah makan, pelan pelan air dibaju mengering sedikit demi sedikit. Walaupun tidak kering sepenuhnya.
 |
Order fried rice omellet......tp dpt mcm ni..hhahahha.
|
 |
Ni pun sama.....fried seafood with basil
|
 |
Saya punya baru betul nasi goreng....hehhhe
|
Notakaki: Bukan nasi yang di goreng, tp bahan yang lain. Nasi cuma nasi putih sahaja. Cth fried seafood with basil. Samada menu yang silap tulis, atau kami yang tatau hahahaha..
 |
| Van kami setia menunggu... |
Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Aonang. Sebelum sampai ke hotel, Roshan bawa kami singgah di sini dulu.
 |
Street food.
|
Untuk hotel, saya booked bersama dengan ticket kapalterbang melalui Airasiago. Kami tawakal jer. Dalam hati berharap, biarlah elok hotelnyer. Hotel yang kami dapat ialah Aonang Terrace. Dari main road, kena berjalan sedikit dlm 5 minit gitu (or maybe less).Bilik yang kami dapat sangatlah besar. Boleh memuatkan 8 orang dewasa. Ada 4 katil queen. Since kami cuma ber5, mmg terasa lapang sesangat, cuma bilik airnya satu. Maka berebut2 lah ber5 tu yer...hehehehe. Tiada lift...tp tak ler tinggi.
 |
| Besar dan luas kan... |
 |
| Jom gi Krabi Town Night Market |
Selepas check in, kami lepak lepak sahaja dalam bilik. Sebelum tu kami sempat bertanya kepada Salma, kiranya dia boleh menyediakan transport untuk ke Night Market di Krabi Town. Alhamdulillah...Salma kata boleh. Untuk trip ke Pekan Krabi, kami dikenakan bayaran TBH800.00 untuk pergi dan balik. Dalam perjalanan ke Pekan Krabi, hujan tersangatlah lebatnyer. Mencurah2. Dalam hati memasing mula pikir, camner nak jalan jalan kat Night Market. Salma kata,dinner dulu, sementara menanti hujan reda. Salma & driver menurunkan kami di Restaurant yg direkemennyer.
 |
Kami dinner di sini
|
 |
| Our dinner...meriah |
**kami order nasi putih, tomyam, ikan stim, sayur, ayam pandan goreng, kerabu betik, sotong goreng........hmm...apa lagi eh.....sedap dan puas hati. Total: lebih kurang TBH1135.00 utk 5 orang
Selesai makan, alhamdulillah hujan mula reda. Dan gerai gerai gi Night Market pun sudah mula di buka. Saya jalan jalan tengok tengok jer. Sempat beli fruit juice dan pulut mangga. Sudah berjanji dengan Salma, jam 9 dia dan driver akan tunggu di van.
 |
Unik
|
 |
Cantik...tp tak berani nak beli
|
 |
Fruit juice...tingat masa kat Korea..hehhee
|
Abis pusing night market, kami kembali di tempat pertemuan perjanjian. Dan terus pulang ke hotel. Sesampai di hotel teringin plak nak bermassage. So kami bertiga, saya Sue Along dan Shieda turun semula untuk massage. Bawah hotel tu juga. Semasa kena massage...mak aihhhh ko...rasa mcm kena pijak2....hahhaha. Ingat massage ala ala aromaterapi. Ni massage gila gila punya massage. Nak terkucil di buat nya. Tp semua diam tak berkutik, sampaikan si tukang massage pun pelik. Siap tanya kami ni kerja apa. Aci pelik plak dia punya soklan. Rupanyer dia kata, dia heran, sbb kami diam sepanjang kena massage. Biasa orang lain, mesti akan berbunyi bunyi sakit..hahhaa..kelakar gila plak rasanya. Dia tak tau kami semua menahan jer.....Memang sakit badan tul di buatnya. Jam 11 abis massage kami masuk bilik....tido. Esok Island Hoping to 4 Island.

No comments:
Post a Comment