Mencari Restoran Korea Muslim Friendly. Berikut saya cadangkan silalah ke Restoran Hwa Ga yang terletak di Tingkat 1, Empire Damansara, Petaling Jaya. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis makanan Korea asli secara buffet dan juga ala carte.
Ini lah yang kami pilih semasa saya bersama sama #guj #gengukurjalan bersuka ria menikmati makanan Korea disini. Makan sekenyang dan sepuas hatinya.
Apa yang menarik tentang restoran ini ialah mereka juga menawarkan 'Ala Carte Buffet, berkonsepkan ' Eat All You Can' dimana anda perlu memesan hidangan ala carte ayam pada menu mereka dalam 3 perisa. Waktu makan tengahari: 11 pagi hingga 3.00 petang, untuk Makan Malam: 5.00 petang - 11.00 malam. Harga adalah berbeza bagi setiap sesi.
Kami pergi seramai 8 orang. Pada mulanya hanya mahu memesan 'Ala Carte Buffet' untuk 4 orang manakala yang lain memesan secara ala carte. Tetapi tidak boleh ye...hahhaha. Macam tau tau je nanti yang 4 orang ni akan menumpang makanan another 4 orang tu. Kekonon nak buat konsep sharing is caring la tu...hahaha. Bijakkk...bijakk sangatlah...



No comments:
Post a Comment