Hari kejadian adalah 7 Oktober 2017. Event ni dah banyak kali dilakukan. Saya jer yang tak tau. Katanya since 2012 lagi dah ada. KLFFH ni ala ala macam amazing race or treasure hunt gitu. Diberikan soalan, kena cari jawapan. Dah dapat jawapan, kena pergi ke tempat itu, and kena makan. Maklumat dan Arahan sila rujuk SINI
KL Fabulous Food Hunt (KLFFH) merupakan salah satu program anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya (Ministry of Tourism and Culture, Kuala Lumpur/Putrajaya (MOTAC)
FORMAT
Satu kumpulan mempunyai 4 orang ahli. Bayaran adalah RM50.00 seorang
Semua kumpulan akan bermula dan menamatkan cabaran di tempat yang ditentukan. Macam tahun ini ianya bermula di Dataran DBKL
Setiap kumpulan perlu membuat semua tugasan di 8 Check Point (CP) dan mendapatkan cop 'completed'.
Pasukan bebas memilih mana mana check point untuk di selesaikan dahulu sebelum menuju ke garisan penamat.
Pasukan yang sampai paling awal dengan 9 cop dikira pemenang.
Pengangkutan yang dibenarkan adalah pengangkutan awam seperti teksi, bas, lrt, mrt dan komuter. Penggunaan Uber, Grab dan Kenderaan Persendirian tidak dibenarkan.
Secara keseluruhan, acara ini sangat menarik. Tetapi pada pandangan saya, ada beberapa perkara yang perlu di ambil kira atau di perbaiki lagi. Antaranya:
Pada permulaan untuk mendapatkan soalan. Sebelum mendapatkan soalan, satu lagi kertas diberikan. Peserta perlu menjawap dan serahkan ke kaunter pendaftaran untuk mendapat soalan. Pada saat ini, keadaan amat huru hara. Untuk kertas pertama sebelum mendapat soalan juga sudah huru hara. Bertolak tolakan sesama sendiri. Bimbang ada yang mengambil kesempatan pula. Para peserta tidak mahu berbaris walaupun sudah di laungkan berkali kali untuk berbaris. Lebih menyedihkan, meja kaunter pendaftaran sampai roboh lah. Maka di sini, pada saya, pihak penganjur perlu mencari jalan yang lebih baik untuk membaiki keadaan.
Yang kedua, pada saya, flag off time. Flag off jam 11.00. Pada masa tu, team captain berbaris untuk mendapatkan soalan. Tak semua team flag off di masa yang sama. Ada yang lewat 5 minit, 10 minit or 15 minit. Disini suka kiranya bila soalan diberikan, dikertas jawapan tertera waktu pengambilan kertas soalan dan jawapan. Pada saya itu lebih adil. Ini adalah kerana, jam 3.30 petang, semua check point telah di tutup.
Mungkin pihak penganjur perlu mengambil pendekatan dari penganjur yang pernah menganjurkan Treasure Hunt juga penganjur lain. Event ini event berbayar. Semua orang mahu menang dan melakukan apa saja yang boleh untuk menang. Saya sesungguh memang tidak selesa apabila ditolak tolak sedemikian apatah lagi yang menolak di belakang adalah orang yang berlainan gender.
Tugasan yang diberikan tidak mengikut turutan. Kami memulakan our food hunting dengan kedai yang paling terdekat sekali iaitu di Selangor Mansion, Masjid India.
Selesai di Wahab Cendol, kami menahan teksi lagi untuk ke Kungfu Ramen. Disini, kami meminta driver teksi menunggu sehingga tugasan selesai untuk kami pergi ke check point yang seterusnya.
Tugasan yang diberikan tidak mengikut turutan. Kami memulakan our food hunting dengan kedai yang paling terdekat sekali iaitu di Selangor Mansion, Masjid India.
![]() |
| Check point No. 5 - Roti canai banjir bersama dua telur goyang |
Kemudian kami menaiki LRT ke arah Setiawangsa. Dari situ, kami mengambil teksi untuk ke Check Point seterusnya iaitu Wahad Cendul Taman Seri Rampai.
![]() |
| Wefie dengan pakcik teksi - tugasan bergambar |
![]() |
| Check point No. 6 - Wahab Cendol |
![]() |
| Check Point No. 7 - Kungfu Ramen |
![]() |
| Check Point No. 4 - Takhe Sulaman. Tempat paling susah nak cari |
![]() |
| Check Point No 3 - Om Pecel Lele |
![]() |
| Check Point No. 2 - Nasi Kandar Sri Hartamas |
Secara keseluruhan, kami berjaya menyelesaikan semua tugasan kecuali di Tugu Negara. Maka, tidak berjayalah juga untuk mendapat sebarang hadiah..hahaha..Takpa..next year cuba lagi.
![]() |
| My KMC Friends |










No comments:
Post a Comment