Isnin 04/11/2024. Seawal pagi, selepas subuh, kami mula bergerak menuju ke Yejang Terminal Bus. Tour guide, Mr Park, dah masukkan tika dalam group and dah bagi instruction macamana nak ke Yejang Terminal Bus ni. Dari Namsan Forest,kami just berjalan terus menuju ke Daiso dan ambil ke kiri. Mashie memamg pernah ke Yejang Terminal Bus ni, jadi takde masalah. Sampai disisi, dah ramai yang menanti. Mr Park memberi penjelasan serba sedikit tentang tour ni....dah juga pros and cons bila bersama sama bergerak dalam kumpulan. Peringatan untuk semua, untuk terus duduk di tempat yang dah dipilih dari mula dan jangan tukar tukar.
Perjalanan ke Mount Sorak lebih kurang 3 jam dan hanya berhenti di R&R sekali sahaja. Pada waktu pegi, Mr Park cuma benarkan 15 minit sahaja kerana tidak mahu buang masa. Agak bosan juga dengan Mr Park ni....hahhaha. Bercerita pasal Mount Sorak yang tidak begitu menarik minat kami. Kami lebih suka rehat dan tidur sahaja....hahahha. Bila orang tido, dia dok suruh wake up wake up...sabor je la
Bas berhenti agak jauh dari entrance ke Mount Sorak. Mungkin sebab banyak kenderaan kluar masuk. Untuk memudahkan keadaan, elok le bas berhenti jauh dan kami cuma jalan kaki sikit sahaja. Mr Park memberikan beberapa arahan. Cable car untuk group kami akan berlepas pada jam 1200 tengahari. Jadi kami makan dulu, dan berkumpul semula di tempat yang ditetapkan pada jam 1200 tengahari. Pada sesiapa yang nak ikut temple tour, kena berkumpul pada jam 1.45 tengahari di tempat yang di tetapkan. Pada yang taknak, boleh free and easy dan jumpa semula pada jam 2 petang.
Kami mencari tempat yang sesuai untuk makan dahulu. Mee segera goreng, nasi segera, sambal ikan bilis segera...semuanya segera. Tapi sejuk sejuk ni, memang sedap je sambil menikmati pemandangan cable car berjalan. Usai makan, kami masuk untuk menaiki cable car.
Sesampai diatas, pokok pokok dah togel belaka. Dah macam winter lak. Tapi cuaca sangat baik...jadi pemandangan pun cantik juga lah. Kami mendaki hingga ke atas, tapi tak lama, dan turun semula. Memandangkan kena berkumpul jam 2 petang, kami mencari tempat untuk solat di bawah. Cuaca sejuk dan angin agak kuat. Kami cuma bersiar siar sekitar bahagian hadapan sahaja. Actually, kalau masuk lagi kedalam, lagi banyak tempat tempat menarik.
Jam 2 petang, kami bergerak menuju ke tempat bas. Dan kembali ke Seoul. Kali ni, bila berhenti di R&R, Mr Park bagi peluang lama sikit. Tapi saya tak turun pun. Tido lagi sedap...hahhhaha...
Bas menurunkan semua penumpang di Hongik Station. Kami mula memikirkan nak makan kat mana. Cepat cepat google, jumpa satu restoran Halal iaitu Iftar Halal Food Korean. Puas juga menggugel mencari, tapi sebenarnya senang je...hahha. Sabar je la kan. Dari Hongik Station, Exit 3. Keluar dari exit 3, jalan terus ke depan. Jangan pergi ke Main Road. Jalan dalam 100m gitu, ada simpang ke kiri. Masuk simpang tu, jalan ke depan lagi akan nampak signboard Iftar Yang saya ingat sebelum simpang tu, ada pharmacy. Halal Korean Food sebelah kiri. Agak confused sikit...jalan masuk nya. Tapi takper....takkan sesat...hehehe
Makanan di Iftar Halal ni, biasa je pada saya. Tak cukup Korean. Pelajar Malaysia yang jadi tukang masak dan juga pekerja. Mereka ni bukan orang yang sama. Bersilih ganti. Ramai je Malaysians makan kat sini. Selesai makan, kami kembali ke Myeondong. Sempat lagi menjamu mata di Myeondong Underground Shopping Centre. Macam macam di beli.
Esok last day di Seoul. Plan nak ke Bukchon Hanok Village untuk memenuhi permintaan adik kita Elise sebab tak pernah pakai hanbok.

No comments:
Post a Comment