Wednesday, 17 September 2025

Hatyai - Phatthalung Day 2 - Part 2

30 Ogos 2025

Tempat pertama kami singgah adalah Erawade. Gambar ehsan google ya. Erawade ni adalah Herbal Shop. Kalau ikut agent, memang macam ni lah. Tapi no hal pada saya. Okay je. Takde nak serabut kepala. Macamanapun, abis gak THB920.00 saya kat sini. Beli 3 items je...hahhaha


Masa nak masuk sini, kami diberikan satu tag bernombor 37. Nanti mereka akan buat penerangan tentang ubat ubatan. Jadi masuk lah ke bilik yang ber nombor 37 ya.

Ahli rombongan. Tapi ini bercampur dengan group yang naik ETS tu sbb nampak ramai. 

Bertabah le mendengar celoteh dia ni. Tapi dia kelakar.....tak ingat nama

Sis terjebak jua...😂😂


Selesai di Erawade, kami menuju ke Kilang Kacang. Kacang...kacang...kacang...hahah. Tapi saya tak beli apa pun di Kilang Kacang ni. Tujuan utama nak ke Phatthalung. Since ini semua dah ada dalam itinerary, kita follow je. 


Di kilang kacang, saya tak beli apa pun. Cuma beli ice cream coconut di luar kedai. Sedap plak ice cream ni. 


Selepas kilang kacang, kami menuju ke Nora Plaza. Disini katanya ada bird nest yang agak murah di bandingkan tempat lain. Saya, Zana dan Sara hanya mencuba bird nest sahaja. 

Coconut dan longan

Harganya


Selesai di Nora Plaza, kami menuju ke Big Bee Garden pula. Sampai di Bee Farm, macam biasalah. Kami di bawa ke satu bilik, maka penenerangan tentang Honey pun disampaikan. Madu di sini takdelah murah mana. So, tak beli jua. Cuma beli aiskrim je. Tak sempat nak habiskan aiskrim kat bawah, saya pun bawak le naik bas. Elok je bawak naik bas, tup tup driver buat pengumuman. Sapa makan aiskirm, makan elok elok. Sisa sia buang dlm bakul sampah. Nanti semut. Kita nak guna bas ni utk beberapa hari lagi........eh eh....Saya tak kisah nak tegur tu. Tapi sebab particularly sebut ais krim tu, sis ngan Zana aci bengang jugaklah kan. Sebab, yang makan dalam bas tu, sikit punya ramai ke. Siap bawak makanan minuman naik. Klu nak bersemut, makanan lain pun semut datang gak. Nak tegur, generally le. Mmg kenyataan itu pahit, tapi tidak adil. Sebab bukan kami je bawak makanan naik atas bas.  

Dapat sticker ni



Aiskrim kontroversi hahahha



Selesai di Big Bee Garden, kami singgah lunch dulu. Saya tak ingat nama tempat ni...hahaha. Disini, kami bertukar menaiki van pula. Ini adalah kerana, itinerary kami bertukar akan bergerak ke Phatthalung sementara bas ni akan bergerak di sekitar Hatyai. Masa lunch ni pun agak lapar....tp tak semua menu Thailand ni masuk dalam tekak saya, especially menu ikan. 

Lunch

Kerabu kaki ayam tu nampak menarik...tp sis tak makan kaki ayam...

Tukar naik van ke Phatthalung

Selesai lunch, kami bergerak ke Masjid Songkhla. Solat Jamak di sini. Sudah banyak pembaharuan di kawasan masjid ni. Kebetulan harini macam ada festival pula. Banyak gerai gerai makanan di sekeliling. 

Sis yang tersepit di belakang...hahaha

19 ahli rombongan


Hari beransur petang. Kami bergerak ke Phatthalung. Sebelum tu sempat singgah di Cafe Amazon sbb ada yang nak terkucil bagai. 



Dah puas mengopi, kami terus bergerak ke Phatthalung. Konon nak kejar sunset. Haram dapat...hahaha....jauh juga nak ke Phatthalung ni. Tapi bila sampai, rasa lega sangat. Untuk dinner, kami dapat packed food je. Tapi takde hal. Sebab kedai jauh. 

The Rich Resort Phattalung 


Kalau lah boleh mandi malam malam ni...hehhhe



End of day 2. Penat juga dah rasanya masa ni. Tapi paling tak tahan, esok pagi kena bangun awal. Jam 5.30 semua dah kena ready, nak kejar sunrise pulak. Hari ni sunset pun tak dapat hahahha...







No comments:

Post a Comment