Thursday, 4 September 2025

Hatyai - Phatthalung Day 2 - Part 1

30 Ogos 2025

Hari Kedua Trip Hatyai - Phatthalung. Ahli rombongan kami serama 19 orang kesemuanya. Sepatutnya lebih lagi, tapi ada beberapa orang tarik diri atas urusan yang tak boleh di elakkan. Salah seorang nya Lina. Lebih kurang jam 0500 lebih, kami sampai di Masjid Padang Besar. Dalam bas, tour guide bagi penerangan, bahawa di masjid ni akan ada dua kali azan. Azan pertama, untuk panggilan. Azan kedua tu baru masuk Subuh ya. 

Disini agak ramai orang. Bas pun banyak. Belum lagi masuk kereta kereta persendirian. Nak masuk toilet pun berbaris. Kat ruang OOTD pun ramai orang. Kami selesaikan apa yang wajib, dan cepat cepat pergi ke tempat yang di arahkan oleh tour guide untuk mengambil nasi lemak as sarapan pagi. Nasi lemaknya sejuk...hahha...agaknya masak terlalu awal. 

Nasi lemak


Masa pergi ni, kami dapat naik Executive Coach, bas dua tingkat. Cuma kami je 19 orang. Tapi guide dah bagitau, nanti kena ambil passengers lain yang naik ETS. Bas sangat selesa. Saya, Zana dan Sara duduk bahagian atas, ambil seat seorang tu. 

Gambar sebelum passengers ETS joined

Selesai ambil passengers yang naik ETS, kami pun pergi ke border untuk chop passport. Ramai orang hahaha. Almaklum cuti panjang kan. Chop passport, smooth je. Sebab tak perlu bawa turung segala mala barang dari atas bas. Kemudian perjalanan di teruskan ke border Thailand. Masa ni memang kena bawak turun luggage. Kami pun angkut lah beg masing masing. Tapi rupanya, depa tak scan pun....sabor je lah. And masa ni, chop passport bukan kat tempat biasa. Ada satu kaunter lain pulak. 




Tu dia, berbaris panjang


Selesai urusan di imigresen perjalanan di teruskan ke Hatyai. Kelakarnya, separuh perjalanan, bas berhenti. Kami pun heran, sebab ingat berhenti kut nak beli breakfast lagi. Rupanya tukar tayar. Patut lah terasa bergoyang goyang dalam bas.

Tempat pertama kami singgah apabila tiba di Hatyai, adalah Erawade. Tempat jual segala ubat, segala herba bagai....Next page ya. 




No comments:

Post a Comment