Friday, 22 May 2015

Amazing Perth & Western Australia - Day 4 Part I

11 May  2015 - Monday

Hari ke 4 di Western Australia. Awal pagi baru saya perasan, betapa kotornya kereta berwarna putih. Kak Zu kata, semasa dalam perjalanan semalam, ada  road construction sedikit. Mungkin masa tu agaknyer segala kotoran naik ke kereta hingga ke side mirror. Saya ni jenis, risau dengan barang barang yang disewa atau di pinjam. Dek kerana tak mahu kekotoran terus melekat, saya cuci sikit sikit dengan air. Jadi lah...ilang gak itam itam pada kereta. Rajin sungguhlah pepagi hari mencuci kereta..


Jom..ready to go..

Check dulu apa yang patut

Gambo giler semua...hahhaa

Selepas breakfast, kami terus kami menuju ke Lake Sepping dulu. Saya x menjangkakan langsung bahawa Lake Sepping ni berada berhadapan dengan kawasan perumahan. Masa sampai di sini, ada sorang acik minah saleh ni, dok pandang pandang kami amik gambar ngan itik itik tu semua...hahahha. Pastu nampak macam dia panggil panggil seseorang dari dalam rumah. Kami dah mula cuak..hahhaa. Takut kena sergah. Memang ada tulis disitu, di larang memberi makanan kepada itik itik. Biarkan itik2 tu makan secara semula jadi. Bukan kami bagi makanan pun...ambik gambar jer....Copot copot amik gambar. Mengong tul laaa....

On d way ke Lake Seppings - seorang manusia pun tak nampak lagi..

Lake Seppings

Mcmler xde itik kat Malaysia..hahhaa

Itik je pun...hahahha

Amik gambo ngan itik pun jadik....kekkekke

Itiks itiks..

Besar agaknyer Lake Sepping ni. Tp kami cuma jumpa bahagian ni saja. Kecik jer bahagian yang kami jumpa. Ada tasik, ada itik itik, ada pokok pokok....utk photoshot memang cantik. Selesai amik gambar di Lake Sepping, kemudian kami pergi ke pantai. Saya tak pasti apa nama tempat ni. Ni lah Middleton Beach kut...Disini pun kami tak lama. Sekadar ambil ambil gambar dan menikmati pemandangan dan keindahan alam di Albany.

Pokok belakang ter cantas

Benarnyer nak amik gambar pokok dua batang kat blakang tu. Tp minah saleh yang kami mintak tolong tu tak tau kut yg kami nak pokok dua batang tu...hahahha..Nampak jer pokok separuh. Sbb in real, pokok tu amatlah cantik...

Lupa pantai apa

Aksi photographer tak pro...hahhahha..

Kemudian kami set GPS untuk menuju ke Torndirrup National Park. On the way ke National Park, kami melalui satu kawasan mendaki bukit sikit...makin lama, makin tinggi...makin banyak yang dapat kami pandang. ..dari sini memang nampak pemandangan indah laut dan pekan Albany. Semasa berada di Albany, cuaca agak mendung, dan hujan renyai sedikit. Tp sekejap jer..

Kat pantai - pantai apa ntah...hahhaha....
Ada satu lookout kat atas ni if nak tengok keseluruhan Albany

Antara pemandangan dari lookout

Semasa berada disini, kami didatangi oleh seorang mat saleh middle age. Tanya nak kemana. Then dia sajes untuk naik satu mountain...(lupaaa daaaaaa namanya...hahhaa. Lupa sebb mende tu mmg takde dlm itinerary...hehhehe). Saya gugel semula..dan akhirnya jumpa. Nama mountain tu Mount Clarence. Dia kata, dari situ, view memang cantik sangat. Memang kami melalui jalan tu, tp sebab terlepas kedepan, malas nak patah balik ke belakang...kekekkek. Kami meneruskan perjalanan ke Torndirrup National Park dan sekali lagi melalui pekan di Albany - Albany Historic Town. Memang unik binaan binaan disini. Saya ternampak Albany Backpackers. Ooo..disini rupanya. Saya anggapkan ini adalah pekan lama Albany.

Masa ni hujan renyai renyai

Cuaca memang mendung jer...


Albany Backpacker

Gloomy jer cuaca.

Kami terus jalan lagi mengikut arahan GPS....kami nampak signboard ke The Wind Farm. Jom singgah....walaupun tak letak dlm itinerary...hehhehe.. Di Australia ni, jalannyer memang lurus dan elok saja. Tp serasakan betapa lamanya dan betapa panjangnyer jalan untuk sampai ke satu satu tempat. Sepanjang jalan, memang terasa sunyi saja. Akhirnya sampai juga ke The Wind Farm. Cuma kereta kami sahaja. Kami park kereta, ambil ambil gambar cepat cepat, jom blah. Penakut juga kitaorang ni hehehhe.

Parking Wind Farm
Hanya kami

Sunyi dakk....huhuhuhu...

Signboard ke Wind Farm


Kami ber4 jer ada kat sini...

..

Keluar dari The Wind Farm, nampak signboard Albany Regional Prison. Tp cantiknyer la prison. Kawasan sungguh tenang dan damai. Takleh masuk, tengok dari luar jer..hehhee.

Albany Regional Prison

Jom cari Torndirrup National Park....kami terus ikut kata GPS. Melalui Frenchman Bay Rd, ntah kemana mana GPS bawak. Tiba tiba in the middle of road of nowhere....you have reached your destination. Biar betik wehhh. Tengah jalan tu. Kami patah balik kebelakang. Nampak signboard TNP. 30km/s unsurface road. Jalan tanah merah. Masuk gak. Kiri kanan pokok pokok aje. Takde seekor unggas dan seorang manusia pun. Halfway masuk, dah x berani ler pulok. Patah balik. Pergi cari petrol station. Pi tanya org tu kata, betul la jalan yang kami masuk tu. Pegi masuk lagi sekali. Terasa bagai lamanaya nak sampai. Bilalah jalan tanah merah ni nak berakhir. Berselisih dengan hanya sebuah kereta je. Dalam hati mula pikir bukan bukan..if tiba tiba kluar apa apa dari hutan kiri kanan, mana mau lari daaa....dasat punya imigination. Akhirnya sampai ke hujung jalan.....jalan tu berpusing mcm uturn. Meaning itulah jalan mati. If pusing, patah balik ke luar.

Ginilah jalan tanah merah nyer...

Kekawan ai lagi sekali menakut2 kan ai tauuu....hahhahaha. Sabor ja le. Depa xmo jadi orang Moari. Kang kena rampok ka, apa ka. Last last kami decided, jom ler kluar dari kawasan ni. Sebab seingat ingat saya, bila baca kat blog, xde lah orang dok citer kawasan tu sunyi sepi. Kena lalu jalan tanah merah bagai. Adakah saya tersilap jalan. Tidak ketemu jalan yang betui.  Akhirnya terkuburlah harapan untuk melihat The Gap, The Natural Bridge, Blow Holes....etc.


Maka kami pun meneruskan perjalanan ke Augusta. Tapi sebenarnya saya masih tidak berpuas hati. Kenapa saya tidak menemui jalan ke The Gap & The Natural Bridge. Saya rasa saya dah study abis dah pasai Albany. Waktu ni memang saya terdiam seketika, mood pun dah kelaut sikit lah. Terkilan....sambil sambil berpikir, pk dan pk dan pk lagi, kendian baru trigger dalam kepala otak...naper tak google map aje. Naper bergantung pada GPS semata. Sambil ketuk ketuk kepala..sengal.. sengal...bengal.. Nak bertanya orang tu mmg terpk dah dlm kepala, tp x jumpa orang. Bagi saya apalah maknanya turun ke Albany tetapi tidak dapat melihat Natural Bridge dan juga The Gap. Nyumpah nyumpah diri sendiri. Saya terkilan amat amat sangat..tapi pujuk pujuk diri sendiri. Saya tak pasti about kekawan yang lain. Saya tak tahu apa  yang orang lain pikir. Cuma saya  ler, bagai nak pecah kepala pk naper x jumpa...kenapa.. kenapa..why..aduhai...sia sia study bagai nak rak, endup tak jumpa apa yang kita nak.....




No comments:

Post a Comment