Wednesday, 30 December 2015

Short Trip To Kota Kinabalu - Kundasang Day 1

4 Disember 2015 - Jumaat 

A short trip to Kota Kinabalu - Kundasang bersama sama dengan kawan kawan se MGS ian dulu. Plan asal 4 Dec - 7 Dec 2015. Memandangkan saya yang sudah hampir kekurangan cuti, maka saya datang lebih lewat dari yang lain. Anna, Zaa, Maz dan Jah fly dulu di pagi jumaat. Manakala saya naik flight malam di hari yang sama.  

Flight delay lak...jenuh nunggu. Dekat jam 0900 malam baru flight dari KK sampai KLIA2 dan naik flight yang sama ke KK.  Lebih kurang jam 1130 sampai KKIA, Zaa and friends dah tunggu. Oh ya...effective 1 December 2015, semua flights AA dari KLIA ke Kota Kinabalu akan landed kat KKIA Terminal 1. Kalau dulu dulu kat Terminal 2.

Sampai....muka letih dan tak mandi....hahhahhaa

Gi makan dulu kat Anjung Senja. Masa makan di Anjung Senja ni, saya order mee goreng basah. Tak lama lepas tu, sampai ler mee ala ala mcm mee ladna. Kami ni siap ckp...kami tak order ni..nak mee goreng basah. Rupanya itulah mee goreng basah. Memang basah sungguh lah...melimpah ruah. Tapi sedap juga. Lepas makan trus balik hotel. Kami menginap di J&J Hotel. Betul2 berhadapan dengan pasar filipina....boleh la. Lagipun budget hotel kan.....

Reception

Inilah rupa bilik kami. Family room

Notakaki:  Gambar hotel semua saya pinjam dari pak google...

Okay la biliknyer. Boleh buat 5 orang. Ada satu katil queen dan satu bunkbed. Boleh bentang sebijik lagi tilam single kat bawah. A bit sempit...sbb dengan barang barang lagi. Nak solat, kena alih semua naik katil. Ni info pasal J&J Hotel

Malam tido lena....saya hanyut terus, sbb kepenatan. Penat menunggu flight, penat jalan sensorang..hahaaha..








No comments:

Post a Comment