Wednesday, 30 December 2015

Short Trip To Kota Kinabalu - Kundasang Day 3

6 Disember 2015 - Ahad

Hari ni hari terakhir saya di Sabah. Flight saya ke KLIA malam ni jam 0900 malam. Manakala Anna, Zaa, Jah dan Maz akan balik ke KL esok. Sbb saya sudah tidak punya cuti. Mampuih....berjalan ke Korea jer dah 10 hari....3 hari balik dari Korea saya ke Kuching pula. Dah lepas tu Kota Kinabalu...ada hati mau amik cuti lagi....huhuhu....kang ada yang dpt vss lak kang...kkkekke

Ni gambar selepas mandi....hehhehe


Gunung Kinabalu di pagi hari....dari Blok S

Bangun pagi, sedang elok nak mandi, air habis...huarggghhhh. Apakehey nyer air habis. Kami komplen, pastu reception suh kami gi mandi kat Block R. Boleh dikatakan ramainya yang menuju ke Block R, maka kena lah menunggu ya. Rupanya dari Block R pun boleh juga nampak jelas Gunung Kinabalu ni. Cuma bila nak ambil gambar di pagi hari, maybe kerana pancaran cahaya matahari, maka orang yang diambil kelihatan gelap walaubagaimana pun Gunung Kinabalu tetap tersergam indah di belakang...hehhee..

Gambar jadik mcm ni..dari Blok R


Zaa ngan Maz sanggup pergi panjat bukit kat belakang block S semata mata nak tengok pemandangan. Kami ber3 lebih rela melepak dalam bilik sambil baring baring..hahahaa...Tempat pertama kami tuju hari ni adalah Desa Cattle Dairy Farm. Masa nak kesini, risau juga dengan Saga kami tu...tp mujur alhamdulillah, selamat. Cumanya jalanraya nak ke Desa Cattle ni memang tidak di jaga dengan sempurna. Pada masa kami sampai, ada juga construction sedang di jalankan untuk bina jalan. Tp memang merisaukan ler. Saya rasa masa saya drive, ntah baper banyak bonggol yang terlanggar. Nasib lah ko Saga, ahkak dah drive dengan berhati hati sebaik mungkin tu.... 

Mungkin kerana hari ni hari Ahad, memang ramailah umat. Nak cari parking pun susah. So, ada saja kawasan kosong, saya masuk. Asalkan tak mengganggu lalu lintas untuk kereta kluar masuk.





Memang ramai sungguh la kat sini. Nak beli aiskrim, yogurt dan juga susu kena berbaris panjang. Seperti biasa, ai lemas bila ramai ramai...hahahha. Tak ada apa pun yg kami buat, selain dari amik2 gambar jer. Selesai di Desa Cattle, kami terus menuju ke Karambunai. Saja jalan jalan.




My friend tanya, kat sini ada orang jual makanan tak....aiyorkk..wa pu cer tau. Ni kawasan Nexus Karambunai. If lapar, kena cari kat restoren ler kut gamaknyer. Bukan macam kat PD. Byk gerai gerai berjualan.  Since lapar semua, jom makan lokan bakar. Tukar driver dah masa ni. Ai always mengantuk bila drive lelama...aaahaha...faktor usia la kut ya. Saya plak ingat ingat lupa jer direction ke sini......tp redah. Anna cuma menurut perintah. Saya kata kiri, dia belok kiri. Saya kata kanan, dia belok kanan....kkkekkekekke..

Masa kat gerai gerai lokan ni, elektrik takdak. Huuh...berpanas, berlengas semuanya. Tp gigih gak makan lokan bakar, nasi goreng kampung dan air kelapa.



Dah kenyang, kami terus ke Bandar Kota Kinabalu. Masa ni Zaa dok ckp, dia x sempat nak confirmkan dengan hotel. Dan waktu check in pun dah terlepas. Saya kata, dun worry, since dia booked thru airasiago pada saya takda masalah if lambat check in pun. Bukan lambat sgt....terlepas beberapa jam.


Masa sampai kat hotel ni, perut saya dah mula meragam.  Tingat kes balik dari Bukit Tinggi...adoish...sama juga berlaku di sini. Perut meragam gile. Asik nak membuang jer dan berangin. Asik berkeriuk tak sudah sudah. Since flight saya malam ni, saya memang malas nak kemana mana. Rehat saja di bilik hotel. Masa ni perut dah sakit bebeno. Ingat nak mandi manda, baring baring jap sambil layan perut. Malas dah nak pandang keliling...kekkeke  Malam ni yang lain lain menginap di Le Hotel. Okay lah hotel ni. Takat nak tido satu malam jer. Tapi susah parking kat sini. Menurut kata kawan saya, the next day depa kena saman sbb tak bayar parking..hehe. Pihak hotel kata, parking free. Tp yg benonyer kena bayo. Gasak korang ler....ahkak dah balik KL masa tu...kekek

Dalam jam 6 petang gitu, kami siap siap untuk keluar dinner. Sekali lagi dinner di Anjung Senja.  Tak selera saya makan sbb sakit perut. Dah tu pulak, Zaa, Maz dan Jah bukan kaki makan macam ai except Anna...hhahaha. Tak meriah makan ngan depa ni. Selera mak asik bantut jer tau....kakkakaka.

Selepas dinner, mereka hantar saya ke airport. Jom balik KL....tp sekali lagi flight delay. Lotih mak nak. Udahler perut asik krok krek krok krek.....saya siap tido kat gate menunggu. Jemuuuu....









No comments:

Post a Comment