Wednesday, 16 December 2015

Autumn in Korea 2015 Day 10 - Jeju Island Day 5

8 November 2015 (Ahad)

Hari terakhir di Bumi Korea. Juga hari ke 5 di Jeju Island. Kami dah siap semua, check out and tunggu Raymond datang untuk bawa ke epot. Raymond amat punctual. Jam 7 dia sampai. Dekat jer epot ngan Jeju Airport ni. Our flight jam 0805 pagi. Alhamdulillah, semua lancar. One hour from Jeju International Airport sampai ke Gimpo Airport.

Pemandangan dari plane touch down ke Seoul



Di Jeju International Airport

Masa amik luggage, so sad, tengok backpack kotor...huhuhu. Tau ler musim hujan. Agaknyer masa nak masukkan luggage dlm perut kapalterbang, kena air hujan kut. Wallahualam....

From Gimpo Airport to Incheon Airport: Gate 8, no 13 (same bus no). Keluar jer dari terminal tu, bustop kat depan je, seberang jalan. Beli ticket kat kaunter di dalam.

Dari Gimpo kami amik bus terus ke Incheon Airport. Lebih kurang jam 1100 pagi kut sampai ke Incheon. Ambil barang barang yg kami simpan kat Hanjin Express dan bermula la operasi menimbang dan meng adjust beg masing masing...hahhaha. Saya punya terlebih dari 30 kilo. Jenuh ejas nak bagi ngam ngam. Terpaksa bawak separuh naik atas flight.


Jom balik Malaysia


Sbb baju SMDA80 tu laaa saya kena tahan...hahahaa.

Kami takde nak tunggu lama lama. Once kaunter drop luggage AA bukak, terus kami drop luggage. Lepas drop luggage, trus masuk boarding. Badan dah penat, otak pun penat. Dok pk nak rehat saja.


Masa nak melepasi imigresen, kelakar dan cuak pula rasanya. Bila tiba turn saya, scanner asik lah berbunyi. Masa tu Lina di belakang saya. Scanner tu berbunyi di sebelah bahu kiri saya. Mula saya sangkakan pin tudung. Saya tunjuk ke pegawai yang memeriksa tu. Tp still dia x puas hati. Bila check takde pepe, trus orang tu pegang tangan saya. Pegang tak lepas tuu...hahhahha.

Saya cuak juga, blurr pun ada. Sebab semua berlaku mcm sekelip mata. Mujur Lina di belakang saya. Sempat pesan suruh ambilkan handbag, ipad kat kaunter. Ntah apa yang menyebabkan scanner tu bunyik bunyik tatau ler. Saya tak sempat buat apa apa. Nak ambil handbag dan passport saya pun tak sempat. Sempat ckp ke Lina, my bags...tolong ambik my bags. Saya bagitau juga ke pegawai tu, saya punya bag. Dia kata takper....then dia bawa saya masuk ke bilik Private Checking Room. Kenala saya bukak baju bagai. Lama gak dia dok ramas ramas baju saya..especially bahagian bahu. Sebab baju tu ada padding. Lepas check thoroughly kat baju dan badan, dah puas hati, baru saya dpt kluar. Tp takde apa pun sangat. Dia cuma check je. Takde lah soal jawap banyak. Cuma susahnyer sbb mcm ayam ngan itik. Saya tanya kenapa (in English), pun depa tak jawap. Yang saya paham, bila depa cakap, opsoyo...opsoyo. Maksudnya takde apa. (Bila tengok kdrama, depa sebut opsoyo, subtitle tulis xde apa..sbb tu paham...hahahha)

Semasa berada di ruangan menunggu, kami dok mengira duit duit syiling yang berbaki. Demi untuk menghabiskan duit duit syiling tu, kami beli Mineral Water ni..hahahaa. Sbb....botolnyer nampak menarik sangat.......

Gambar dari google

Jam 0325 kami berlepas dari Incheon menuju ke KLIA2. Dalam jam 0900 lebih kut selamat sampai ke KLIA. Alhamdulillah. Saya pulang membawa 1001 macam kenangan, tp tak juga serik nak ke Korea lagi..hahahaha.

Azam saya.....lainkali nak pegi jugak sbb tak berpuas hati dengan trip ke Jeju Island. Orang kata, mcm takde tempat lain nak pegi ker....tak kira...suka hati ai ler..kekkeke..





No comments:

Post a Comment