Wednesday, 16 December 2015

Taxi Driver di Jeju Island.

Saya aci malas nak drive di Jeju Island. Dah tu pulak, left handed kan. Tak kuasa makk...nak kena tuko ke International Driving Licence lak. Nak senang senang jer, so might as well hire taxi driver. 

Untuk mendapatkan taxi driver @ tour guide di Jeju, saya membaca begitu banyak blog, dan cuba menghantar email kepada mereka. Antara email yang saya hantar adalah kepada Mr. Choo. Email address nyer saya dapat dari blog kakitravelkhairuddin 

Tetapi anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan dari Mr. Kim. Email. Address Mr. Kim saya dapat dari blog wanderlustdj. Banyak juga taxi driver yang lain, tapi saya cuma mengambil dari dua blog ni sahaja. If sorang pun x reply haritu, harus juga saya mencari yang lain kut.

Pada saya, siapa yang reply cepat, itulah yang bakal saya grab. Saya mendapat email pertama dari Mr. Choo. Saya paham je ayat dia. Dia dah ada orang ler tu pada hari kami nak ke Jeju.. So dia nak introduce ngan orang lain. Saya okay jer...

Then saya dapat email yang ini pula. Dari Raymond Cheon. Saya tak pilih pilih dah Setuju jer...Alhamdulillah..dipermudahkan segalanya. 

Bagusnyer sebab Day 1 dan Day 5, free pickup service. Dia tak charge apa apa. Tp kami ni jenis mak mak budak ni kan...kesian sbb dia dok heret kami kehulu kehilir. Dengan angkat bag lagi, make sure everytime kami makan apa yg kami order tu betul sampai. Tolong order makanan pun ya, sbb tak reti baca menu kann..kekke. Pastu tolong amik gambar lagi, bila kami buat aksi aksi sengal, dia layan jer. Dlm hati WA...ntah  ntah dia dok kata, tebiat betul ahjumma 4 orang ni...hahhaha. Ada satu ketika, kami nampak dia tertidur sementara menunggu kami. Dah tu pulak, Raymond ni about 10 years younger than us.. Pangkat adik adik gitu. Kami still bagi dia tips gak. Mengelak ngelak si Raymond takmo amik. Dia ni ada sorang anak lelaki. Cute je. Dia suka tunjuk video gelagat anak dia. Okay Raymond...next time if we want to come again, we will look for you ya ......hehheheh





No comments:

Post a Comment