Tuesday, 15 December 2015

Autumn in Korea 2015 Day 9 - Jeju Island Day 4

7 November 2015 (Sabtu)
(Day 3 kat Jeju x publish lagi.....malas nak abiskann..ntah bila baru leh abis - arini driver tukar ke Mr. Cho)

Hari ke 9 di South Korea juga merupakan hari ke 4 kami di Jeju Island. Plan hari ini melawat sekitar selatan Jeju Island pula. Bila bangun pagi, hujan makin menderu deru. Tepat jam 0900 pagi loceng pintu berbunyi, dan Mr Choo berdiri diluar menunggu kami. Kami dah siap packed semua barang, sbb akan pulang ke Jeju City dan bermalam di sana. Cuaca suram, begitu juga kami. Susah hati juga saya memikirkan kemana hendak pergi dalam hujan hujan begini. Kesemua itinerary hari ni adalah outdoor activities.

Dari bilik Seom Story




Mr Choo membantu membawa barang kami turun ke bawah. Kami check out, then Mr. Cho tanya nak kemana. Saya kata, follow je itinerary yang saya bagi dulu. Mr. Choo bawa kami ke Jeongbang Waterfalls. Sampai disini tak nampak pun hujan akan berhenti. Lagi lebat ada ler. Mr. Choo kata if nak pergi, mengambil masa 40 minits untuk keluar dan masuk. Semua mcm...hah....40 minit. Pikir punya pikir, semua malas nak meredah hujan. Saya tanya Mr. Cho if ada indoor activities yang kami boleh buat. Hujan tiada tanda tanda akan berhenti. Mr. Choo sajes kami pergi ke Teddy Bear Museum. Redho jer lah, dari tak buat apa apa. Lama juga kami di Teddy Bear Museum.



Depan sana nunnnn - Ripleys Museum (Believe It or Not)


**Bayaran masuk ke Teddy Bear Museum - KRW9,500.00 per adults

Teddy Bear Museum ni tak besar mana pun. Ada 3 tingkat jer kalau x silap. Pusing pusing sekejapan jer dah abis...hahahahha. Di bahagian bawahnyer ada kedai kedai untuk menjual barangan berasaskan Teddy Bear. Saya beli juga beberapa souvenier untuk kekawan yang dah selamat sampai ke Malaysia tu. Jenuh juga cari fridge magnet, takde yang cantik dan berbaloi. Last last bedal jer keychain teddy bear. Buat kenangan tuk kekawan. Mahal bedooh....hahaahah..






Kemudian kami pergi ke K POP Museum bersebelahan dengan Teddy Bear Museum. Dekat dekat situ byk museum. Ada Ripleys Museum juga. Masa di K POP museum, kami memang menghabiskan masa sungguh sungguh di sini. Sejuk weii..tak kuasa redah hujan. Perasan ala diva lak kejap bila xmo redah redah hujan ni..hahahaha. Sempat lah menonton konsert Hologram Rainbow dan Big Bang. Perasan ler mcm ada Rainbow dan Big Bang kat situ...hahhaha. Walhal Hologram je pun. Kemudian Mr. Choo membawa kami ke Ripleys Museum.

Bukan peminat kpop....suka kdrama jerk...



**Bayaran masuk ke K POP Museum  - KRW15,000 per adult

Sebelum tu, Mr. Choo ada sajes tengok Dolphin show. Tp saya lupa terus...hahahhaha. Sbbnya hati saya juga dah seperti hujan. Menitik nitik di dalam. Kami decided takmo masuk Ripleys Museum, and nak balik terus ke Jeju City. Nak masuk ke museum ni semua, entrance fee nyer pada saya consider mahal juga. Sebelum bajet lari, baiklah kami terus ke Jeju City...hehhehee. Sebelum ke Jeju City, saya minta Mr. Choo bawakan kami ke Jusangjeolli Cliff dengan harapan hujan beransur reda. Tp malangnye bagi kami, hujan tetap tidak nampak tanda tanda akan reda. Tiba di Jusangjeolli Cliff, yg lain semua takmo turun.  Mr. Choo kata x jauh. If berjalan kaki, dlm 10 minutes je. Saya gagah juga turun ditemani Mr. Choo. Alang alang dah sampai. Yang lain lain tunggu dalam kereta. Saya jalan cepat cepat. Mr. Choo cuma temankan saya sampai ke entrance sahaja. Memang dekat jer. Org tetap juga ramai walaupun hari hujan.

Ni sajer yg mampu...huuhhuh


Women diver - hujan hujan pun depa dok dive jugak

Selesai di Jusangjeolli Cliff, kami pun meneruskan perjalanan ke Jeju City. On the way ke Jeju City, kami tak tau ler jalan mana yang Mr. Choo bawak kami. Sepanjang perjalanan kami dpt melihat pelbagai pokok berwarna warni. Cantik sungguh. Walaupun hujan renyai renyai, kami minta juga Mr. Choo stop sekejap untuk ambil gambar..hehehe. Kami stop sini, then kami cakap...eh ada sungai. Mr. Choo kata, there is no river in Jeju Island...erkk....hahaaha...apa apa ajer lah...

Antara pemandangan yg sempat kami amik..

Sebelum sampai ke Jeju City, kami singgah di Jeju Loveland pula. Apalagi nak buat. Memang buang masa betul. Masa di Jeju Loveland, hujan mula beransur ansur reda. Mr. Cho tanya nak lunch tak. Semua takmo lunch. Sebu perut..hahaah...

***Banyak gambar gambar lain di Jeju Loveland Museum ni. Rasa mcm x sesuai jer untuk dipaparkan....hehhehhee....kalau pergi ke sana nanti, anda lihatlah sendiri..hehhehe. 

Lama juga kami di Jeju Loveland ni. Kendian kami minta Mr. Choo bawakan kami ke mana mana tempat yang boleh kami menyopping pula. Memang aci meraban betul.....sbb tatau dah nak buat apa..hahhaa. saya pun dah malas nak memikir kat mana lagi tempat menarik yang boleh di lawati. Mr. Choo bawakkan ke kedai Duty Free tapi tidak begitu menarik pada kawan saya. Apa yang dicari tidak diketemui di sini. Kemudian terus ke Jeju Airport Hotel. Sampai di sini, reception tu kata, kami mendapat dua bilik instead of satu bilik for 4 yang kami booked. Tak kisah la...janji bayaran tetap sama. After all, airasiago memang dah deduct siap siap dari cc saya.

Kami singgah duty free ni

Checked in sudah.....oohh Mr. Choo tolonglah bawak kami ke restoran halal paling dekat. Kami sudah kelaparan, sbb tak lunch. Tadik kemain eksyen takmo lunch. Lagipun masa dah hampir menjelang jam 6 petang. So, masih ada lebih kurang 1 jam sebelum tamat khidmat. If not, kena bayar extra...hehehhe. Nani masa ni dah tak larat. Sakit kepala. So, kami bertiga je pergi makan. Mr. Choo bawak ke restoren Raj Mahal. Superbbb...mmg sedap sangat. Janji ngan Mr. Choo jam 5.45 tunggu kat bawah. Kami makan macam ribut...kelaparan juga kesejukan..dan kepenatan...haha. Tapi berbaloi makan kat Raj Mahal ni. If datang ke Jeju Island, boleh lah makan disini. Tak jauh dari Jeju Airport Hotel. Restaurant ni Halal ya.

Gambar - Google



Dah selesai makan, Mr. Choo dah tunggu kami kat bawah. Dia drop kami di hotel. Bayar semua apa yang patut, Mr. Choo pun blah...then dari hotel, kami jalan kaki ke Lotte Duty Free. Dekat jer. Seberang jalan. Dah abis shopping, Balik hotel, mandi mandi, kemas barang barang and tido. Esok jam 7.00 pagi, Raymond akan datang amik untuk hantar kami ke epot

Puas hati dapat shopping

Dapat juga apa yang dicari. Camnerpun, saya sedikit kuciwa juga dengan trip ke Jeju ni..hahhaaah. Bukan apa, sbb byk tempat takleh nak gi senarnya. Ye lah..kita hanya mampu merancang. Yang selebihnyer Allah SWT yang menentukan. Ada harapan nak repeat ni...hehehehe....




No comments:

Post a Comment